CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9326|Reply: 65

Jual nasi ayam rm1.90 je

[Copy link]
Post time 5-10-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Biar untung 10 sen



Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my

SEGAMAT: “Walaupun untung hanya 10 sen, tetapi saya bersyukur dapat mengenyangkan perut pelanggan terutama dalam kalangan golongan B40 (berpendapatan terendah),” kata peniaga nasi ayam bajet, Dzaul Kafli, 36, di Gerai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) di sini, semalam.

Berbanding gerai atau restoran yang menjual nasi ayam pada harga sekitar RM4 hingga RM7 sepinggan, dia hanya menawarkan harga nasi ayam serendah RM1.90 sen untuk satu set.

Harga itu dianggap tidak masuk akal berikutan kos bahan mentah di pasaran ketika ini terus meningkat.

Dzaul berkata, dia bersama isterinya, Nur Zara Kassim, 38, menjual set nasi ayam dengan harga murah daripada kebiasaan kepada pelanggan yang mempunyai ahli keluarga ramai.

“Jadi saya perkenalkan harga jimat bagi memberi ruang kepada mereka merasai set nasi ayam murah tanpa perlu berkongsi,” katanya.

Menurutnya, dia mengecilkan sedikit ukuran potongan ayam pada bahagian dada, paha atau kepak bagi setiap set nasi ayam dijual.

“Hidangan turut disertakan dengan sup, sos pedas, timun dan daun sup. Ia cukup mengenyangkan untuk makan tengah hari atau sarapan pagi,” katanya.

Dzaul berkata, ada pelanggannya bertanyakan bagaimana perniagaannya boleh bertahan lama dalam keadaan ekonomi mencabar ketika ini.



“Walaupun hanya untung 10 sen, namun kami turut menjana pendapatan tambahan melalui hidangan air minuman yang dijual.

“Permulaannya kami hanya mampu menjual tiga ekor ayam sehari namun ia kini meningkat kepada lapan ekor sehari berikutan sambutan yang diterima,” katanya.

Menurutnya, dia membayar sewa gerai hanya RM150 sebulan selain tidak menggajikan pembantu.

Nur Zara berkata, resipi nasi ayam itu dipelajari melalui ahli keluarga selain rujukan laman sosial.

Pelanggan yang juga kakitangan pasar raya, Huzaimah Abu, 45, memuji harga yang ditawarkan itu kerana ia dianggap mampu bayar untuk golongan bergaji rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 5:50 Am

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga The Chicken Rice Shop mengambil pengajaran..jgn nk untung besar je.Mkn 2 org dh dkt rm50..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia untung sebenarnya.. Dia niaga cara Abdul Rahman bin Auf..untung sikit tapi volume yg penting.. Dia untung pada jumlah jualan.. Tgk dia kata dari 3 ekor ke 8 ekor.. Tak lama lagi gerai ni akan boleh jual lebih dari 20 ekor sehari.. Dia potong 12 bahagian kalau x salah aku.

Katakan 12 × 1.90 = RM22.80 anggaran dia dpt utk sekor ayam tak tolak modal..

Aku doakan rezeki dia makin bertambah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 09:54 AM | Show all posts
buatlah rm2.0 bang..senang kira..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
wah... murah rezeki. ya betul shud be rm2
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 5-10-2019 09:54 AM
buatlah rm2.0 bang..senang kira..


Rasanya ramai pelanggan akan bayar RM 2. Ummah macam akak yang malas simpan duit syiling akan soh keep the change. Maybe hada yang even bayar lebih dari RM 2 karna terharu dengan rega makanan murah. Good marketing, good strategy sebenarnya. Kat Indon ramai buat gini. Jual murah, pehtu tiap hari beratus/beribu jualan ludes (laku). If akak ni mampo jual seribu bungkus sehari, dah huntong 100 ringgit sehari huntok nasik ayam jah. Blom masuk makanan laen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai sebenarnya tak setuju peniaga buat bisness mur mur mcm ni. Peniaga mcmni boleh rosakkan harga market. Berniaga makanan ni ingat tak penat ke? Kalau untung 10sen, buat apa dia nak susah payah sengkang mata, cuci ayam, basuh beras semua tu?

Kalau harga rm3.50 tu ai ok lagi. Kalau rm1.90..hmmm tak tau la nk ckp. Kesian peniaga ns ayam lain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 5-10-2019 09:53 AM
Dia untung sebenarnya.. Dia niaga cara Abdul Rahman bin Auf..untung sikit tapi volume yg penting.. D ...

Tp abd rahman bin auf jual unta.
Beza dgn peniaga nasi ayam. Dia kena beli brg mentah di pasar, cuci bersih ayam dan beras, masak banyak2, prepare sos dan salad timum etc. Semua tu perlukan masa dan tenaga...
Untung bukan sekadar untung utk makan. Tp untung bisnes tu perlu ada utk simpanan dan pelaburan pendidikan dan insuran perubatan keluarga. Kalau dh sakit, tak boleh buka kedai, duit sale tak masuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 5-10-2019 10:51 AM
Tp abd rahman bin auf jual unta.
Beza dgn peniaga nasi ayam. Dia kena beli brg mentah di pasar,  ...

Tak.. Abdul rahman bin rauf bukan jual unta pada permulaan.. Dia jual tali ikat unta..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rm3 pun dah rasa murah sangat dah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga murah rezeki dia. Kat Kelantan ni pun ada lagi kedai yang jual nasi ayam rm1.90 sebungkus
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 5-10-2019 10:44 AM
Ai sebenarnya tak setuju peniaga buat bisness mur mur mcm ni. Peniaga mcmni boleh rosakkan harga mar ...

Setuju....buat kerja teruk2 letih nak mati pastu untung seposen sebungkus. Lagi satu, harga barang basah yg berubah2. Camna dia nak sustain harga ni? Mungkin dia ada jual makanan lain yg dijual pada harga pasaran kot..
Kat tempat aku gerai nasi bajet RM3 & nasi ayam RM2 dah tak ada. Nasi bajet tu ada la dekat/lebih 2 tahun bertahan, yg nasi ayam tu tahan bape bulan je. Sekarang depa dah jual ikut market price..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 5-10-2019 10:51 AM
Tp abd rahman bin auf jual unta.
Beza dgn peniaga nasi ayam. Dia kena beli brg mentah di pasar,  ...

Yes..kalau niaga just utk geli2 tapi belakang ada income lain utk benda2 yg sis mention tu, by all means buat ler....nak jual 50 sen buat la..Kalau takde payah oooo..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat rumah mokcik, ada nasik ayam rm2..
Bagus dik..semoga dimurahkan rezeki...ameen
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga rezeki akak ni . meniaga sambil kumpul pahala .
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga murah rezeki akak ni . meniaga sambil kumpul pahala .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
buatla la kat lembah klang ni....paling murah pon kat lembah klang ni pon rm5...tu pon x dpt thighs
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dia kata dia tak upah pekerja
Dan sewa hanya rm150 sebulan
Oklah tu. Target dia pun b40
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnye nasi ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ymeesoboring replied at 5-10-2019 12:27 PM
Sedapnye nasi ayam

Klu dok kl blh try ns aym melawati..sdp sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.140764 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list