|
Tak habis lagi dengan kemelut rumah tangga Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
Baru-baru ini, Che Hafiz seolah-olah menyindir Lufya yang sering ke kelas agama agar jangan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
Katanya, belajar agama untuk menjadi lebih baik, bukan menutup keburukan yang ada dalam diri.
"Belajar agama itu bagi tujuan berdakwah disamping mengajak rakan ke arah kebaikan. Bukannya nak menunjuk-nunjuk dan menutup siapa diri kita sebenar. Yang penting, keikhlasan hati dan niat itu kena betul," tulisnya di Instagram.
Menguatkan lagi dakwaan sebab sebelum ini memang Lufya ada memuat naik video dia berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew.
Tak cukup dengan itu Lufya juga ada berkongsi beberapa tip berkenaaan masalah rumah tangga.
Sebelumnya, pasangan ini mula mendapat perhatian ramai bila Lufya mendakwa Che Hafiz telah membuat penganiayaan terhadap dirinya.
Disebabkan itu Hafiz mengambil tindakan dengan mebuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam terhadap Lufya berikutan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.
"Semua tuduhan dia terhadap saya itu tidak benar dan keterlaluan! Disebabkan tuduhan itu juga telah menjejaskan imej saya dan masyarakat mula memandang saya dengan negatif.
"Jadi saya bertindak membhat laporan polis terhadapnya demi menjaga dan membersihkan nama keluarga serta imej saya sebagai seorang doktor," katanya kepada mStar Online.
Foto: IG
Bahkan, Hafiz mendedahkan dia dah menceraikan Lufya menerusi WhatsApp.
Bagimanapun aktres terbabit mendakwa dia tak pernah menerima sebarang mesej lafaz cerai dari Hafiz.
Doakan sahajalan agar kemelut rumahtangga ini akan berakhir dengan cara yang terbaik. - CARI
|
|