CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7047|Reply: 21

Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

[Copy link]
Post time 8-10-2019 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Sebut saja  namanya, sudah pasti ramai akan teringat karya-karya  senimana agung Malaysia ini.


Daripada tua sehinggakan yang muda, setiap lapisan masyarakat tidak akan terlepas daripada sentuhan magis karyanya, sama ada daripada tinggalan muzik atau lakonannya.


Siapa lagi kalau bukan Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai Tan Sri P.Ramlee.

Sebagai penghormatan kerana jasanya dalam dunia hiburan tempatan, mari kita mengungkap cerita-cerita dan fakta-fakta menarik tentang Seniman Legenda Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang mungkin ramai tidak tahu.


1. Cuba lihat gambar di bawah ini. Anda mungkin pernah melihat figura tinggi ini di dalam filem Allahyarham,
tapi yang mana satu ya?




Sumber  : Astro Prima




Figura yang mudah dikenali dengan panggilan Mr.Singhini terlibat dengan dua filem Allahyarham yang porpular iaitu Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.


Bukan sekadar menjadi pelakon tambahan di dalam filem-filem Allahyarham malahan apa yang menarik lagi, Mr.Singh juga akan datang ke rumah Seniman Legenda Malaysia ini hampir setiap minggu untuk mengurut beliau.


2. Jika di Hollywood mereka ada Eminem yang mempopularkan pekataan 'stan', Drake dengan 'yolo' dan Miley Cyrus dengan 'twerk'. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.


Seniman lagenda negara kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah mencipta beberapa perkataan yang masih digunakan sehingga sekarang. Allahyarham telah mencipta perkataan  di mana beliau memendekkan perkataan tersebut dengan mengambil sebutan awalan untuk setiap perkataan seperti;


KUGIRAN  yang diambil daripada Kumpulan Gitar Rancak dan
PAWAGAM yang diambil daripada Panggung Wayang Gambar


3. Bagaikan sebuah kisah dongeng jika dapat menjadikan seorang permaisuri sebagai seorang isteri. Tapi untuk Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bukan lagi dongeng kerana pada tahun 1955, pada usia 26 tahun, Allahyarham telah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarhamah Seniwatati Norizan Binti Muhammad Noor.




Sumber: Internet


Yang mana Seniwati tersebut pernah menjadi isteri pemaisuri untuk Sultan Perak ke 32, Sultan Sir Yusuf Izzuddin Shah pada tahun 1954 pada usia 27 tahun, sebelum bercerai setahun selepas itu. Hubungan rumah tangga yang didirikan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee juga tidak bertahan lama kerana hanya dapat bertahan selama 6 tahun sahaja yang menyaksikan tahun 1961 menjadi tahun terakhir mereka menjadi pasangan suami isteri.


4. Kejayaannya dalam bidang hiburan bukan saja di Malaysia, malahan beliau penah mendapat beberapa pengiktirafan daripada negara luar atas bakatnya sebagai seorang penghibur. Tetapi dengan kejayaan itu juga telah melahirkan seteru- seteru yang dengki dengan pencapaian Seniman Legenda Negara itu.


Terdapat beberapa komplot untuk menjatuhkan beliau dengan cara mengupah samseng – samseng bagi bertujuan mencacatkan muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.




Sumber: Youtube\Kipaszz



Walau bagaimanapun, hal ini telah sampai  ke pengetahuaan Allahyarham melalui bantuan rakan sekerjanya. Bagi mengelakkan perkara buruk itu berlaku, Allahyarham terpaksa meminta pertolongan daripada seorang penyanyi piring hitam iaitu Allahyarham Jasni Ahmad ataupun lebih dikenali sebagai Wak Jasni oleh orang di sekelilinya. Beliau juga adalah suami kepada Neng Yatimah dan juga bapa kepada Roseyatimah.


Begitulah antara cerita menarik yang dilalui legenda tanah air ini. Apa pula kenangan zaman kecil anda dengan figura ini? Kongsikan bersama kami di ruang komen. - CARI



Sumber : Internet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 03:45 PM | Show all posts
yang penting aura arwah P Ramlee ni masih ade..suka btul aku tgok iklan powerroot yg macam dolu2 tu..ni kalu anak2 p ramlee tgok aku rasa dorang mesti menangis sebab figura n sore fairuz sama cm p ramlee
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 04:28 PM | Show all posts
kecik-kecik dulu suka main belakon-belakon dengan sepupu sepapat..
filem yang kami suka ialah pendekar bujang lapok.. kelakar bila dikenang semula..
setiap dialog n scene tu kami hafal hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 04:48 PM | Show all posts
arwah Abah aku peminat Allahyarham
aku igt lagi zaman tu
kereta arwah Abah ada catridge player
mmg mainkan lagu2 Allahyarham je lah
1 hari tu arwah Abah suh beli catridge lagu baru
aku beli la lagu Suhaimi Mior Hassan masa tu
marah arwah Abah.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 05:13 PM | Show all posts
Wak jasni buat apa sampai komplot semua tak jadi ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 05:31 PM | Show all posts
Edited by cclina2 at 8-10-2019 09:33 AM

P. Ramlee in a promotional still, 1954
Born        YM Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
22 March 1929
George Town, Penang, Straits Settlements
(now Malaysia)
Died        29 May 1973 (aged 44)
Setapak, Kuala Lumpur,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2019 06:47 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 8-10-2019 05:13 PM
Wak jasni buat apa sampai komplot semua tak jadi ?

akk pun tertanya2..bantuan mcm mana tu kan..nak tau jg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:17 AM | Show all posts
Klu neng yatimah tu tau lah dia ada silat, plus pandai baca2 skit..
Pasal wak jasni ni kurang tahu skit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah pegi rmh Allahyarham kt setapak ngn arwah abah & mak.. seronok betul arwah abah ngn mak dpt msk dlm tu & tgk brg2 Allahyarham...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:16 AM | Show all posts
chicozinn replied at 8-10-2019 03:45 PM
yang penting aura arwah P Ramlee ni masih ade..suka btul aku tgok iklan powerroot yg macam dolu2 tu. ...

Ye lah kan. emak i siap konfius lagi iklan tu. emak i kata, kenapa macam lain je ni?
i cakap, 'tu iklan je, mak. p.ramlee tu bukan p.ramlee betul. tu orang lain berlakon jadi p.ramlee.'



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
seniman yang tiada gantinya.. sampai skrg org masih ingat dan filem2nya mmg tak jemu nak tonton..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem2 arwah antara filem melayu yg aq boleh layan berulang kali...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik2 aku panggil P. MALEE.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:31 AM | Show all posts
noorhairiahma replied at 9-10-2019 10:16 AM
Ye lah kan. emak i siap konfius lagi iklan tu. emak i kata, kenapa macam lain je ni?
i cakap, 'tu ...

tapi nampak cam real kan?of coz la xleh nak 100% sama sebab arwah da takde
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:08 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 8-10-2019 05:13 PM
Wak jasni buat apa sampai komplot semua tak jadi ?

kat youtube tu ada cerita wak jasni buat siasatan dan sound kat depa yg terlibat kalau apa2 jadi kat p ramlee depa akan terima akibatnya...wak jasni ni orang yang disegani di singapura masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:09 PM | Show all posts
Eric.n9 replied at 9-10-2019 04:17 AM
Klu neng yatimah tu tau lah dia ada silat, plus pandai baca2 skit..
Pasal wak jasni ni kurang tahu  ...

kalau isterinya hebat pasti suaminya lagi hebat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 05:42 PM | Show all posts
abas8888 replied at 10-10-2019 09:08 AM
kat youtube tu ada cerita wak jasni buat siasatan dan sound kat depa yg terlibat kalau apa2 jadi k ...

Ooo. Hebat tul wak jasni tu


@ikanmasin
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:48 PM | Show all posts
abas8888 replied at 10-10-2019 05:08 PM
kat youtube tu ada cerita wak jasni buat siasatan dan sound kat depa yg terlibat kalau apa2 jadi k ...

oh gitu..wah mmg hebat org nya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:49 PM | Show all posts

itulahh ..ptt lah takde yg berani usik kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 10:37 AM | Show all posts
Allahyarham tiada yg dapat menganti tempatnya..Sedih juga baca kisah hidup allahyarham,dimana yg sama turut menjatuhkannya adalah terdiri dari rakannya sendiri,wartawan dan orang yang diperkenalkan beliau kedalam dunia seni...memang kacang lupa kulit sungguh orang yg sanggup nak menjatuhkan P.Ramlee dulu.. Alfatihah..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.144357 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list