CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Xim

Edisi tahiniah:Amar Asyraf nak bukak branch baru bagi melebarkan sayap keturunan

  [Copy link]
Post time 10-10-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
blekkep replied at 10-10-2019 04:59 PM
Failed la pemahaman chuols nie..

Binik no. 2 tu lar yg kwn si Noni...kawen mase preknen ...

Haa tulaa iols fahamkn mcm tu laa..si elayka ni nyaris nk jadi mangsa seterudnya..si Aa ni sejenis burung xle tinggal dlm sangkar kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Br tgk ig dia..seramnya bila tgk dia bergambar dgn perempuan..terbayang2 plak bawa ke katil skali aduhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:38 PM | Show all posts
Ingatkan satu, rupanya dua bini






PENGGIAT teater dan pelakon, Ellika Azman menjelaskan dia menolak untuk bernikah dengan aktor juga pengarah, Amar Ashraf dan memuat naik perkara itu di laman Instagram, selepas mengetahui lelaki itu sebenarnya beristeri dua.

Katanya, dia hanya tahu mengenai perkara itu selepas membuat solat istikharah sebelum bernikah. Mengikut perancangan awal Ellika dan Amar akan bernikah minggu hadapan.

“Selepas melakukan solat istikharah itu saya ditemukan dengan rakan kepada isteri kedua Amar. Menerusi rakannya, saya mencari isteri keduanya dan dari situ baru tahu keadaan serta situasi sebenar.

“Saya rasa tertipu selepas mengetahui yang Amar sebenarnya sudah ada dua isteri. Saya ingat dia hanya ada satu isteri saja. Lebih menyedihkan isteri keduanya kini dalam pantang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Selepas mengetahui perkara itu, Ellika berkata, dia memang tidak mahu meneruskan perancangan untuk bernikah. Begitupun pada awalnya dia tiada niat mahu memalukan pelakon utama drama Tanah Kubur itu.

“Amar tidak tahu yang saya tahu mengenai isu isteri kedua. Sebab saya sudah berjanji dengan isteri kedua untuk merahsiakannya.

“Cuma apabila selepas isteri kedua melahirkan anak dan Amar tidak sekalipun jenguk serta melaksanakan tanggungjawabnya membuatkan saya mengambil keputusan terbabit,” katanya.

Katanya, dia mengenengahkan perkara itu di laman Instagram kerana ingin memberitahu Amar supaya bertanggungjawab kepada isteri keduanya, memandangkan mereka kini sudah putus hubungan.

“Orang mungkin akan menuduh saya macam-macam. Tetapi apa yang saya lakukan ini dengan niat baik.

“Sewaktu berkawan dengan Amar saya tahu dia sudah beristeri, tetapi Amar sendiri yang bersungguh mahukan saya. Malah dia datang bertemu kedua ibu bapa saya bagi menyatakan hasrat untuk bernikah,” katanya.

Ellika berkata, isteri pertama Amar pada awalnya hanya mengesyaki yang mereka berdua mempunyai hubungan sehinggalah tiga bulan sebelum tarikh pernikahan akan dilangsungkan.

“Saya rasa isteri pertama Amar tahu kami mahu bernikah sewaktu Amar merancang untuk membawa saya bertemu dengan keluarganya.

“Ada timbul sedikit isu antara kami dan waktu itulah ibunya menghubungi saya serta marah. Ibunya juga minta saya membayar RM100,000 sekiranya mahu berkahwin dengan anaknya,” katanya.






Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 6:02 PM






Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... tu-rupanya-dua-bini
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedesup aku masuk forum lps bace crite ni kt fb
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:47 PM | Show all posts
Kahwin dua? Isteri tahu semua - Amar Asyraf







“KALAU benarlah seperti apa yang didakwa mengapa isteri masih lagi setia dan berada di sisi saya?,” kata pelakon dan pengarah, Amar Asyraf mengulas dakwaan yang dihebahkan pelakon dan penggiat teater, Ellika Azman.

Ellika sebelum itu di Instagram miliknya mendedahkan dia dan Amar merancang untuk berkahwin minggu depan tetapi membatalkan kerana baru mengetahui aktor itu sudah beristeri dua.

Amar berkata, bohonglah kalau dia menegaskan tidak mengenali Ellika, tambahan pula mereka pernah bergandingan dalam teater Puteri Saadong.

“Kami memang berkawan rapat, malah isteri juga tahu mengenai perkara itu. Cuma saya tidak bercadang untuk memberikan komen lanjut kerana mahu menjaga aibnya,” katanya.

Katanya, kalau benar begitu buruk sikapnya sehingga menganiaya banyak wanita termasuk isteri sendiri, mengapa isterinya tetap melayaninya dengan baik.

“Bukan isteri tetapi keluarga juga turut ada di belakang saat saya sedang diaibkan oleh dia.

“Cukuplah apa yang berlaku antara saya dengan dia. Biar antara kami, isteri dan keluarga saja tahu, tidak perlulah untuk dipukul canang kepada umum,” katanya.

Menurutnya, apa juga perkara yang berlaku membabitkan dirinya dan Ellika, isterinya Arna Salleh tahu akan kedudukan sebenar.

Menyentuh mengenai dakwaan dia sudah bernikah satu lagi, pelakon utama Tanah Kubur itu menegaskan dia tidak mahu memberikan komen mengenainya kerana bimbang ia akan memanjangkan lagi isu yang cuba ditimbulkan Ellika.

“Sekali gus kenyataan itu akan dimanipulasi sehingga mengaitkan banyak pihak dan memberi kesan pada hubungan baik antara ahli keluarga saya,” katanya.





Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 7:51 PM






Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... u-semua-amar-asyraf
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:49 PM | Show all posts
aiyooo..ni mesti stok mulut manis..
lembut gigi dari lidah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2019 09:50 PM | Show all posts
'Silap saya biarkan diri terjebak cinta tiga segi'







KUALA LUMPUR: “Dalam hal ini, saya salahkan diri sendiri kerana membiarkan diri terjerat dengan cinta tiga segi,” demikian penjelasan pelakon, Amar Asyraf.

Nama pelakon berusia 33 tahun itu kembali hangat diperkatakan apabila dikaitkan dalam kontroversi cinta bersama seorang gadis, sedangkan dia masih berstatus suami orang.

“Saya tidak mahu membuka aib sesiapa, tambahan pula hubungan saya dengan gadis itu sudah berakhir pada Mac lalu. Biarlah apa yang berlaku menjadi rahsia kami.

“Saya juga berharap, penjelasan ini dapat menutup semua isu yang tercetus. Apa yang berlaku antara kami sudah menjadi sejarah dan tidak perlu dikenang lagi.

“Tetapi, jika ada pihak yang terus mengungkit perkara itu, saya tidak teragak-agak membawanya ke muka pengadilan,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Arna Salleh, susulan kontroversi yang tercetus, Amar atau nama lengkapnya Amar Asyraf Zailudin berkata, hubungan mereka masih berjalan dengan baik.


“Isteri tahu hubungan saya dengan gadis itu. Dia tidak melatah, malah tenang apabila saya berterus terang perkara sebenar. Dia bagaimanapun, terkilan apabila cerita itu mula tersebar.

“Keluarga juga tahu mengenai perkara itu. Saya akui, saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini dan tidak akan sekali-kali menuding jari menyalahkan orang lain,” katanya.

Terdahulu, seorang gadis yang dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan, hampir mendirikan rumah tangga dengan pelakon lelaki popular berstatus suami orang.

Ellika dalam satu muat naik di Instagram, turut mendedahkan beberapa gambar dan video bersama pelakon itu, selain mendakwa, dia bertindak mendedahkan perkara itu supaya wanita lain di luar sana tidak tertipu dengan jerat dan ayat manis jejaka itu.

Mereka berkenalan ketika membintangi pementasan teater, Puteri Saadong di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, pada Ogos, tahun lalu.

Amar yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.





Sumber: https://www.bharian.com.my/hibur ... bak-cinta-tiga-segi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
messymimi replied at 10-10-2019 03:21 PM
lets grab popcorn chuols

gila nak masuk 3 isteri, jenis tak boleh setia ke apa dia ni

taktau pulak dia dah kawin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki macam amar ni bersepah zaman sekarang. Jenis mencelup sana sini, jenis suka install apps macam tinder.. one thing nak cakap, laki macam ni, memang diaorg tak akan ceraikan isteri pertama walau apa jadi pun.. sehabis dan sebaik mungkin diaorang akan cover dan jaga hati isteri.. endup tang menyondol di kutuk kaw kaw
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
skullcandy replied at 10-10-2019 03:53 PM
Pemahaman i.....AA ada 2 bini

1. 1st wife

Pemahaman ai pulak

Bini 1st baru beranak

Bini 2nd trmengandung,kawen & xjenguk anak lps lahir

Bakal bini 3rd kantoi.xjd kawen.kawan nonny
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Taik punya perangei...malu org jate je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri tenang je bila tahu laki membirah dengan pimpuan lain?

Wow
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak nye ni betul ke tak?ke sama sewel dgn anakdia?
Ada ke mintak 100k kalau nk kawen
Dah la anak ko menipu.hujung2 maknye mintak duit pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal gamba binik amar yg rmbt kerinting tuh aku nengok da mcm anak sh shahira? Yg anak dgn jatt tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk muka spesis baik2..
rupa2nya bini 2 dh.. nyaris2 nk tmbah jd 3.

Bini 1st tu redho jelh kot..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsepnya mcm ustaz kat kursus kawin ckp, mana ada istilah suami curang sbb boleh kawin 4.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ini dah mcm abg jamil madu 3... ku sangkakan dua..rupanya tiga...kikikikiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow... Pandai tepis konar baring bagi statement.. Ye je bini ko tenang.. Pooodahhhh.. Cam norman dulu kata abby tau semua.. Tup tup abby bawak reporter serang tempat shooting...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
1st wife dia sebenarnya cantik lah.
Satu kelas masa sekolah menengah. Sudiarna Salleh
Arna ni cantik gila kot jadi rebutan kat sekolah n universiti Sejenis tomboy yg cantik.. Cuma yelah tomboy kan bila ubah jadi pompuan. Mana tau nak makeup gile2....
Hati arna ni keras n tabah.budak pandai dari sekolah... Sejenis tak depend pada jantan. So no wonder dia x kesah pon laki dia cari pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
SufiSite replied at 10-10-2019 07:42 PM
Ceh...sudah ku sangka sudah ku duga
Samada dia ni scorpio kuat seks atau ada no 279 dlm trikh lahir ...

Waaaaaa menarik


Kalau i bg tarikh
U boleh tolong elaborate tak? Hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.477339 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list