CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haruslah

[Jenayah] [Updated: page 3 #52] Mayat Dikerat Lapan, motif : MARAH

   Close [Copy link]
Post time 14-10-2019 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 13-10-2019 06:57 PM
Hahhaah cemana uols pikir nak tanya jawapan dia sbb jawapan dia mmg mengundang

Dia kata ti ...

Merecik jawapan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
caramello replied at 14-10-2019 01:16 AM
Tp klo btul dia dh rancang lama, buat ape dia sdiri pegi pecah tembelang dia kt family dia..x ke b ...

Rasanya adengan heols bunuh & kerat mayat tu duk playback manjang sampai heols xbuleh function.. tu yg ngaku kat family dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:38 AM | Show all posts
teringat ttg anak dia, buat sebak btol.. mcm mana lah keadaan budak itu saat2 akhir dia.. Ya Allah..
tak boleh hadam lgsg... how could he?..

harap Allah dh ambil nyawa budak tu sblm di lapah2.. cannot brain camne dia struggle...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:43 AM | Show all posts
caramello replied at 14-10-2019 01:37 AM
Guna parang means dia takik2 la kan mcm takik ayam tu..mak aiii potong mayat tgh2 mlm..setan apa y ...

Bila manusia dah hilang pertimbangan.
bila kemampuan berpikir secara logik akal dah clouded.
Time and time again, dah terbukti yang manusia ni makhluk yang tak dapat dijangka.

btw jangan fobia pulak nak kerat ayam lepas ni.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:44 AM | Show all posts
caramello replied at 14-10-2019 02:41 AM
Klu tgk kt ig saspek, lg byk video n pic lovey dovey dorg berbandjng ig wife dia..mmg nampak saspek  ...

hahaahha sorry tergelak gak baca komen u nih
rasa mcam nak sep sikit
tp kes i terbalik plak, i plak yg bolayan klu laki i suka provoke2
buang tenaga nak wushu wushu, save energy iolss utk perkara yg berpekdah (read:shopping online )

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kookie92 replied at 13-10-2019 08:30 PM
Baca kat fb, adik beradik pembunuh ni bekap abg dia pulak.  sah family dia mental

What else could we expect from such family. No arwah pun diorg X simpan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kookie92 replied at 13-10-2019 08:43 PM
selayaknya dikecam netizen

Dia ingat dia sapo? Nak bagi amanah2 bagai pastu semua orang kena ikut cakap dia?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Saje nk tgk update terbaru

Sekali terbaca part saspek bwk polis g rmh sewa, tunjuk kepala arwah ats bumbung

Perggh..meremang terus oooiiitt

Ni lg scary dari mona fandey
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-10-2019 12:14 PM
Latest update.. somi bawak polis balik rumah sewa kat melaka

Kedua2 kepala ada kat bumbung rumah. ...

Gila betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:12 AM | Show all posts
aku tak rasa dia rancang..kena rasuk setan. waktu2 maghrib jgnla nk bertekak.
cuba chk balik pukul brapa diorg begado pastu dia ke dapo amik pisau..dah kena rasok apalagi semua benda dia buat lepas tu rentetan perbuatan setan..takan dia nk panggil pak imam tok kadi mufti utk justify perbuatan dia salah ke idak.

benda ni aku dh hadap smua..manusia bila hati dia hitam jiwa dia dia juga mudah kacau..mudah mengamok acah2 victim. aku fobia. pernah amik pisau dia acah nk bunuh aku dan anak2 aku menyorok dlm bilik air ngan anak2..pastu dia ugut nk bakar rumah. bila baca benda2 gini aku trauma.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I cannot brain ramai yg bersimpati dgn pembunuh ni. Fine la maybe kena provoke blablabla tp dia bunuh anak tiri dia. Pastu boleh fikir nak dispose the bodies mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 13-10-2019 09:10 PM
Tgk ig arwah...sedih plak rasa...
Sheols cam asek merindu je laki jahanam dia tuh..
Tgk pic happy2 ...

Kat ig terakhir (hari di bunuh) siap up hadiah bday. Lawa2 hadiah. Siap abadikan kat ig. Apoooo kata bday hadiah kena campak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
'20 minit pandang rumah'
Nur Saliawati Salberi

Jiran mangsa ketika ditemui susulan pembunuhan kejam ke atasnya. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
“KIRA-kira 20 minit mereka dilihat duduk di motosikal sambil memandang ke arah rumah.

“Saya tak tahu apa tujuannya, bagaimanapun tidak lama selepas itu mereka berlalu pergi,” kata Hong, 60- an, jiran mangsa pembunuhan kejam yang mayatnya ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong, Melaka Khamis lalu.

Menurutnya, tengah hari semalam individu dipercayai ahli keluarga iaitu ibu, kakak dan seorang anak kecil dilihat berada di hadapan rumah yang didiami wanita berkenaan.

Katanya, dia dapat mengecam motosikal dan individu berkenaan kerana sering kali melihat mereka mengunjungi rumah itu sebelum ini.

Dia yang menetap di situ sejak 11 tahun lalu berkata, pada mulanya dia curiga selepas dikunjungi polis tengah hari Khamis lalu yang bertanyakan mengenai jirannya itu.

“Apa yang saya ingat polis bertanya ada melihat wanita berkenaan dalam tempoh dua atau tiga hari kerana dimaklumkan dia hilang.

“Bagaimanapun saya dan suami terkejut apabila mengetahui berita kematiannya yang tragis melalui media,” katanya ketika ditemui hari ini.

Warga emas itu berkata, dia tidak menyangka jika perbuatan itu dilakukan lelaki yang juga suami wanita terbabit.

Katanya, lelaki warga Singapura itu dilihat sangat menyayangi anak mereka selain selalu membawanya bersiar-siar menaiki motosikal pada waktu petang.

“Walaupun dia jarang ada di rumah namun apabila terserempak lelaki itu menyapa atau senyum,” katanya.

Harian Metro melaporkan, polis menahan lelaki warga Singapura disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam itu kelmarin.

Terdahulu, mayat individu dipercayai mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong 4 petang Khamis.

Mayat mangsa dalam keadaan tanpa pakaian itu ditemukan berselerakan di kawasan semak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh kerat lapan: Rakan dah tempah kek
MyMetroMutakhir

Rakan mangsa menunjukkan gambar kek yang ditempah untuk menyambut ulang tahun kelahiran mangsa di Melaka Raya hari ini. Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@hmetro.com.my


“KETIADAAN dia memang amat dirasai, semalam kami langsung tidak bersemangat untuk bekerja.

“Terngiang-ngiang suara riuh rendahnya yang suka berceloteh serta membebel, sukar untuk menerima dia ‘pergi’ dalam keadaan sebegini,” kata rakan sekerja kepada wanita yang ditemui dibunuh dan dikerat dalam kejadian di Kampung Ladang, Krubong, Melaka pada Khamis lalu.

Rakannya itu yang enggan dikenali berkata, dia dan rakan sekerja masih sukar untuk menerima hakikat bahawa mayat yang ditemui berselerakan itu adalah kawan mereka sendiri.


Menurutnya, sepatutnya dia bersama rakan lain merancang untuk menyambut hari lahir wanita berkenaan pada Isnin, malah turut menempah kek untuknya tetapi pada hari berkenaan pasangan suami isteri berkenaan gagal dihubungi.

“Kali terakhir kami bercakap dengannya melalui panggilan video pada 8.47 malam, Ahad dan mereka kelihatan ceria serta bahagia seperti biasa.

“Bagaimanapun, pada Isnin mereka gagal dihubungi sebelum suaminya menghubungi dan menghantar pesanan WhatsApp pada Selasa dan Rabu memberitahu isterinya lari dari rumah selain bertanya jika dia ada bekerja,” katanya ketika ditemui di Melaka Raya hari ini.

Menurutnya, dia tidak tahu apa motif suami wanita berkenaan memaklumkan isterinya lari daripada rumah selepas kejadian itu selain turut memberitahu dia berdepan masalah undang-undang di negaranya.

Katanya, sepanjang kira-kira empat bulan mengenali wanita berkenaan, dia tidak pernah bercerita sebarang masalah rumah tangganya walaupun suaminya tinggal di Singapura.

“Mereka adalah pasangan yang bahagia, malah dia turut bercerita keluarga mentuanya juga baik selain turut membelikan hadiah buatnya.

“Jadi apabila hal ini berlaku ia memang di luar jangkaan dan amat sedih dengan apa yang dia lalui,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan sepatutnya masuk kerja semula pada Rabu selepas mendapat cuti sakit pada Sabtu hingga Selasa kerana tidak sihat.

Sementara itu, bekas rakan sekerja wanita berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Aida, 30-an berkata, apa yang berlaku amat mengejutkan kerana mereka berdua adalah pasangan bahagia.

“Kebahagiaan yang ditunjukkan mereka berdua memang daripada kasih sayang bukannya dibuat-buat.

“Walaupun sempat bekerja bersamanya hanya dua bulan tetapi dia seorang yang periang dan disenangi ramai,” katanya.

Harian Metro pada Khamis melaporkan mayat individu dipercayai mangsa bunuh ditemui dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong pada 4 petang.

Mayat mangsa dalam keadaan tanpa pakaian itu ditemukan berselerakan di kawasan semak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
'Saya tak pernah dengar suami isteri itu bergaduh'
MyMetroMutakhir

Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my


“KALI terakhir ibu saya menemui lelaki itu adalah minggu lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya menegur seperti biasa,” kata jiran kepada keluarga yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan kejam di Kampung Ladang, Krubong, petang semalam.

Jiran berkenaan yang enggan dikenali berkata, sejak mendiami rumah dua tingkat itu hampir dua tahun lalu, dia tidak pernah mendengar lelaki warga Singapura dan isterinya itu bergaduh.

“Walaupun mereka jarang balik, tapi sesekali bila pulang, mereka tetap menyapa saya dan tidak menunjukkan seperti mempunyai masalah dalam hubungan.


“Memang pasangan itu dan tiga anaknya jarang balik ke sini kerana suaminya bekerja di Singapura dan hanya pulang tak sampai 10 kali sebulan,” katanya.

Petang semalam, polis menemui anggota badan manusia dipercayai lebih daripada seorang yang berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong.

Susulan itu, media sosial hari ini tular mengenai laporan pembunuhan kejam oleh seorang lelaki terhadap dua mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan ibunya berusia 27 tahun yang dikaitkan dengan kejadian penemuan mayat itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad dilaporkan berkata, polis masih menyiasat jantina mangsa termasuk identiti yang hanya diketahui selepas proses bedah siasat.

“Kita akan putuskan sama ada sekurang-kurangnya lapan bahagian tubuh manusia ditemukan ini lebih daripada satu (mangsa) atau tidak selepas selesai proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun kerana membunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangan dibuang belum jumpa lagi
MyMetroUtama

Laporan portal berita Harian Metro sebelum ini.

Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@hmetro.com.my


USAHA pencarian bahagian pergelangan tangan mangsa pembunuhan kejam yang mayatnya ditemui berselerakan di Kampung Ladang, Krubong masih dilakukan polis.

Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, beliau difahamkan bahagian tangan milik mangsa yang dibuang ke dalam tong sampah masih belum ditemui.

“Bahagian tangan belum dijumpai dan ia masih dicari dalam melengkapkan bahagian badan yang lain.


“Ia difahamkan dibuang ke dalam tong dan kemudiannya diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang selain sudah lama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata, tiada perkembangan terbaharu selain pegawai penyiasat kini sedang melengkapkan siasatan termasuk dapatan daripada proses bedah siasat.

Beliau berkata, dalam melengkapkan laporan penuh beberapa perkara perlu dilengkapkan terlebih dulu.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai lokasi penemuan anggota badan terbaharu iaitu kepala mangsa, beliau memaklumkan perkara itu tidak dapat didedahkan.

“Dari segi lokasi tidak wajar dijelaskan kerana mengganggu siasatan atau pertuduhan,” katanya.

Harian Metro Khamis lalu melaporkan mayat individu dipercayai mangsa bunuh ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, pada 4 petang.

Mayat mangsa dalam keadaan tanpa pakaian itu ditemukan berselerakan di kawasan semak.

Semalam, polis tidak menolak kemungkinan lapan bahagian tubuh mayat manusia dijumpai dalam semak di Kampung Ladang milik dua beranak yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:05 AM | Show all posts
haruslah replied at 13-10-2019 11:00 PM
Bukan aida aris ke...
Ade porumer sebelum ni bgtau
Tqjuk citer antara arca dan.....

yang i ingat lelaki ialah rosyam

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:12 AM | Show all posts
realist_13 replied at 11-10-2019 02:32 PM
Teringat pulak kes tahun 80an dlu, cina kerat gf dia sbb marah sngt nk ttup kes trmengandung.. kerat ...

kes lily kan... dia buang kat Bukit tungku... dari opis aku leh nampak rumah sewa mendiang... baru tgk Motif... kat astro kes beliau ,sabtu baru ni... elok sgt timing nye... yg bunuh tu guru music aka skandal nye... nsb ada diary mendiang Lily... tu yg terbongkar... klu x polis kata ssh... siap guna pelukis tlg Sketch kan gambar... time tu polis x de kepakaran lagi...

aku rs cam ada iras2 kes ni... dia cam marah sgt smpi blank tibe2 dah settle kerat mengerat... tu kita org islam klu marah kena istifar... x pon g amek air wuduk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:26 AM | Show all posts
NURMIMIE replied at 12-10-2019 06:12 PM
kalau berbekalkan hati kental, of coz suspek nih hati dia agak kental.. army kan.. kekentalan pada ...

boleh panggil si manak masuk thread ni, atau forumers SG yg lain to clarify
rasanya dia NS masuk army -- bkn skrg dia army.
Don't even think dia SPF jugak, sebab dia mcm buat mcm2 kerja
tak pernah tetap kot.

and for all that fail to read in between all our postings
tolong buka minda tu, tak semua org berforum niat nak jadi judge
some are more interested in behavioral science and analysis
like me

kalo tak boleh setuju dgn pro and cons berforum
sila join FB ada medium yg lain utk bertekak

sigh, at times rasa dah lemau nak berforum kaka
jom lepak pokok ceri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.133714 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list