CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8394|Reply: 42

Pakistan pun minat Sara Sajeeda katanya

[Copy link]
Post time 14-10-2019 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sara Sajeeda dapat perhatian warga Pakistan



Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my

DRAMA Sara Sajeeda bukan saja ditonton peminat tempatan, tapi juga mendapat perhatian penduduk Pakistan termasuk yang bekerja di negara ini.

Drama yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3 itu menampilkan hero dari negara itu, Arslan Asad Butt dan seorang lagi watak utama, Anmol Baloch sebagai Sajeeda serta Tiz Zaqyah selaku Sara.

Penerbit, Fadzil Teh berkata, dia tidak menjangka sambutan luar biasa diberikan penonton berdasarkan maklum balas diterima.

“Selepas episod pertama ditayangkan, saya mendapat banyak mesej dan komen daripada warga Pakistan di negara itu yang menonton di YouTube. Begitu juga yang bekerja dan menetap di sini.

“Selain meminati hero, mereka sukakan jalan cerita drama ini. Malah, mereka puji lakonan pelakon kita. Mungkin ini kali pertama mereka menonton drama yang menggabungkan dua negara.

“Sebagai penerbit, saya bangga dan terharu. Segala penat lelah dan cabaran sepanjang penggambaran drama ini terbayar apabila mendapat maklum balas sebegini,” katanya kepada Harian Metro.

Fadzil berkata, drama yang mula ditayangkan sejak 3 Oktober itu antara lain mempromosikan Malaysia sekali gus mengetengahkan bakat pelakon tempatan.

Menurutnya, drama arahan tiga pengarah terkenal itu berbeza daripada daripada kebanyakan karya yang diterbitkan Zeel Production sebelum ini.

“Saya boleh katakan ini antara drama termahal yang kami pernah terbitkan. Disebabkan itu, kami kena teliti dan buat yang terbaik. Bukan saja skrip, tapi juga jalan cerita.

“Dari segi pemilihan pelakon, saya sudah dapat yang terbaik. Mereka sangat bagus. Begitu juga dengan kru produksi.

“Kalau ada rezeki, saya nak buat lagi drama seumpama ini yang menggabungkan dua negara. Mungkin selepas ini dengan Turki dan Thailand pula.

“Saya berharap drama ini memberi dimensi baru dalam penerbitan drama di negara kita dan penerbit lain juga mulakan langkah sama,” katanya.

Selain Tiz, pelakon tempatan lain yang terbabit seperti Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Haliza Misbun, Mas Anizan, Uyaina Arshad, Alif Hero Remaja dan ramai lagi.

Sara Sajeeda ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Oktober 2019 @ 5:22 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2019 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka hero sama mcm ranbir kapoor tp versi pukistan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 14-10-2019 06:14 PM
Muka hero sama mcm ranbir kapoor tp versi pukistan

Ranbir yummy tau.. Tapi tu la.. Chola.. Aku x berkenan.. Wakakakaakak
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sapa2 tgk tak drama ni.. Citer sal apa ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tits Zakiah maintain lawa dan muda.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lalu aku nk tgk citer ni...lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2019 09:21 PM | Show all posts
Dah start ke? Tak perasan pun.. Tiz Zaqyah berlakon memang best je selalu.. Teringin pulak nak tengok walaupun hero foreigner tak menepati citarasa iollss..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewah, ada pelakon melayulah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 09:58 PM | Show all posts
besar nye idung hero tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak abis..bosan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:20 PM | Show all posts
selagi projek marr selagi tu aku takan support hahahhahaha geli
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:32 AM | Show all posts
bila cerita ni.. kalau time maghrib tu mmg tak sempatlah
masih di jalanan lagi menempuh jem tak hengat
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ku sangka si uyaina dah melebarkan sayapnya menjadi pelakon pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Turn off sb hero n heroin bau kari then tiz ckp xnk bawak watak sama xnk streotype tp watak yg sama la jgk ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:05 AM | Show all posts
nape tak ambik jahlop or clan berlakon?tu kan sek sek dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
LembingDayanti replied at 14-10-2019 10:20 PM
selagi projek marr selagi tu aku takan support hahahhahaha geli

aiols ingat aiols jer nyampah ngan bapok tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 09:44 AM | Show all posts
q@2a replied at 15-10-2019 12:40 AM
Tak ku sangka si uyaina dah melebarkan sayapnya menjadi pelakon pulak

Kan dia dah start berlakon time drama yg ada Zahirah & Aiman tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:49 AM | Show all posts
q@2a replied at 15-10-2019 08:40 AM
Tak ku sangka si uyaina dah melebarkan sayapnya menjadi pelakon pulak

bukan dah lama ke dia berlakon.. cerita lelaki kiriman tuhan pun dia ada.. iols kenal dia dr drama pastu baru tahu dia pengacara..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:49 AM | Show all posts
Cpkay replied at 15-10-2019 08:32 AM
bila cerita ni.. kalau time maghrib tu mmg tak sempatlah
masih di jalanan lagi menempuh jem tak hen ...

pukul 10-11 malam cuols.. sempat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 10:53 AM | Show all posts
drama pukul 7 tak sempat layan, pukul 10 tidor kan anak, sekali iols pun hanyut. takut kalau layan drama ni pun, tv yg tgk iols. mcm tak best jerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.277337 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list