CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1729|Reply: 13

Solat Subuh berjemaah dapat duit

[Copy link]
Post time 15-10-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Solat Subuh di masjid dapat wang saku



DAMANSARA - Dalam usaha memupuk masyarakat khusus generasi muda mengimarahkan masjid, Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara mencipta kelainan apabila memberi wang saku kepada pelajar yang menunaikan solat Subuh di masjid itu.

Ketua pentadbir atau naqib masjid, Mohammad Akmal Abdul Aziz berkata, program berkenaan bermula 7 Oktober lalu dan idea tercetus ketika mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.

"Amaun yang diberikan RM3 untuk murid sekolah rendah manakala RM5 untuk pelajar sekolah menengah.

"Inisiatif selama seminggu sedikit sebanyak membuahkan hasil apabila seramai tujuh hingga 11 remaja solat Subuh bersama ahli keluarganya di masjid," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemberian wang saku itu hanya diberikan pada Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

"Selain mengimarahkan masjid, AJK mahu menarik anak muda untuk hadir solat Subuh berjemaah di masjid.

"Secara tidak langsung, ia mengajak ibu bapa untuk turut serta bersama mereka. Ia satu pendekatan terbaik untuk kariah di sini," katanya.

Mohammad Akmal berkata, sumber kewangan adalah hasil sumbangan ahli kariah dan korporat.

"Sememangnya kami mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat dan badan bukan berkanun untuk terus menyuburkan program-program bermanfaat seperti ini.

"Sumbangan ini boleh melalui Bank Islam Malaysia Berhad, 14229010005272," katanya.

Beliau berkata, matlamat utama bukan semata-mata pemberian wang saku itu sebaliknya memurnikan budaya orang ramai berkunjung ke masjid untuk bersolat dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah.
Mohammad Akmal berkata, pengisian program terutama kepada golongan muda juga membantu mereka untuk menghabiskan masa dengan aktiviti bermanfaat pada musim cuti sekolah selain membantu mencungkil bakat baharu dalam bidang agama.

"Antara aktiviti yang diadakan seperti program Movie Night (kisah Rasul) dan pertandingn beyblade dan hafazan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap dapat dibagi utk golongan dewasa dan tua jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ni... tp tu kt damansara... cer bt kt kg2... rsnya dlm 2 hari hbs laa duit tabung masjid tu klu bt gini...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:05 PM | Show all posts
Usaha yang baik harus diberi pujian
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:18 PM | Show all posts
bagus ni, bagi token kat anak2 solat...biasakan yang tak biasa...akak cadangkan kalau apak2 tak pi solat subuh di masjid lebih dari 3x seminggu, didenda mencuci tandas masjid selama hari tidak mengerjakan subuh di sejid...kekekkeke, siak siler ambil kedatangan kariah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 15-10-2019 11:23 AM
Harap dapat dibagi utk golongan dewasa dan tua jugak..

Dah tua2 tu nk wang saku mende lagi....lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada program gini area rumah sy nescaya sy heret mereka ke masjid berjemaah subuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu usaha yang baik. Tahniah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2019 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam nak mengimarahkan masjid buat lah dengan cara apa pun, setiap usaha pasti ada hasilnya, untuk ahli masjid yang budak2 bising pun kau halau, ingatlah mereka yang terpekik terlolong ni lah yang bakal penganti korang bila korang dah tak ada nanti,

Orang zaman dulu nak ajak orang pergi masjid bawa parang keliling kampung, satu2 ketuk rumah, suruh bini kejutkan suami untuk subuh, kalau buat zaman sekarang memang masuk dalam lah pokcik yang pegang parang tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 03:00 AM | Show all posts
Masjid ni mmg kaya.....dlm akaun berjuta2. Siap ada hotel sendiri dlm kawasan masjid. Kat parking area pun ada buggy car utk bawak jemaah yg x larat nak jalan jauh ke masjid.  I igt dulu few years back, dorang buat kuiz sempena Ramadhan. Tapi terbuka for kids je la. Hadiah2 pun menarik...ada ipad, basikal, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguih la. Student2 kecik i mulut dok zikir benda x elok je, pintu kelas disepak2. Mak pak nak bawak ke masjid jauh sekali kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
G kenduri kt Teluk Intan baru ni merasa la bangun subuh dikejutkan oleh siak sana. Syahdu je rasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Masjid ni mmg mewah, klu berbuka dtg sini meriah juadah~~
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kwsan org kaya kaya.mmglah.ehehehehehe.. sek rendah dia pn nama sek kerajaan tp dh dimonopoli ibubapa kaya raya.nak masuk pun bertapis kot.golongan biasa ni kena ikutlah rentak org kaya..masjid ni pun..mmg mewah lah..apapun mana yg baik blhlah cuba ikut dn berpada ikut kemampuan masjid2 di kariah masing2.kdg kutipan masjid pun bukan banyak mana kan bergantung pd kariah.rezeki kariah ni mmg kwsn org kaya disitu.banding yg baiklah..gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.076197 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list