CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2130|Reply: 13

'Cukup-cukuplah cerita kontroversi' - Shahir Af

  [Copy link]
Post time 16-10-2019 08:13 AM | Show all posts |Read mode
retis sendu...

Ia menjadi topik hangat apabila wanita bernama Mona, seorang pramugara tampil dan mendedahkan hubungannya dengan Shahir secara terbuka.

Disebabkan perkara itu juga Shahir dilihat sekali lagi mengambil tindakan ‘lari’ dan menyepikan diri sehinggalah baru-baru ini kembali hangat diperkatakan apabila tampil dalam klip video terbaharu nyanyian Erra Fazira, Menangkah Cinta.

Membicarakan mengenai perkara itu, kata Shahir, memang tujuannya menyertai Akademi Fantasia Megastar untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Bagaimanapun, apabila timbul isu hubungannya dengan Mona membuatkan dia membuat keputusan mendiamkan diri kembali.

“Saya bukan jenis manusia yang akan mempertahankan apa juga gosip atau isu panas cuba dikaitkan dengan diri ini. Pada saya ia tidak akan habis.

“Saya akui perkara seperti itu juga membuatkan saya berasa penat. Niat menyertai bidang seni ini untuk bekerja tetapi apabila perlu berdepan cerita yang boleh membuatkan reputasi menjadi buruk, saya rasa ia seperti mahu melemahkan semangat untuk terus berjuang dalam bidang ini,” katanya.

Disebabkan itu juga, katanya, dia lebih senang sekiranya terus mendiamkan diri dan membiarkan isu yang cuba dikaitkan dengannya reda.

“Saya tidak pernah melupakan bidang nyanyian dan tidak ada niat langsung berhenti menyanyi, tetapi seperti yang dikatakan sebelum ini, banyak sangat isu dikaitkan dengan diri ini dan tiada kaitan dengan kerjaya seni membuatkan saya kecewa,” katanya.

Shahir berkata, dia sedar apa yang dilalui itu sebahagian daripada asam garam mahupun permainan dalam kehidupan sebagai anak seni.

“Tapi biarlah perkara seperti itu ada batasnya, ini tidak. Saya baru saja hendak mula, tetapi fokus yang diberikan adalah kepada perkara tidak membina kerjaya. Sampai sudah nanti orang pun menyampah dan tidak mahu lagi menyokong kerjaya seni saya.

“Kalau itu yang berlaku, takut nanti apa saja yang saya usahakan tidak akan diterima umum. Perkara seperti itulah yang cuba saya elakkan. Cukup-cukuplah dengan cerita kontroversi dan perihal peribadi saya menjadi tumpuan.

“Sedangkan sebagai penggiat seni dan penyanyi, kalau boleh mahu orang memberikan tumpuan kepada bakat yang saya ada,” katanya.

Katanya, kemunculannya dalam klip video Erra juga sebahagian daripada usaha untuk memberitahu kepada umum yang dia sudah kembali aktif menyanyi.

“Sekarang ini saya sudah bersedia untuk kembali bekerja dan kini sedang merangka kembali langkah seterusnya apa yang perlu dilakukan dulu. Saya mengharapkan peminat masih setia dan akan terus menyokong kerjaya seni ini,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah. Pramugara. Nama Mona.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 08:15 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 09:15 AM | Show all posts
hakak tetap who r yus kan chuolss dek shahir....hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 09:17 AM | Show all posts
mona tu pondan ke burung hantuk?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau masuk industri sebab nak kerja, cari makan. Kerja la elok-elok.
Ni dah macam chipsmore.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2019 09:28 AM | Show all posts
dulu masa keluar af, hot mamat ni. skang ntah la kenapa kepam sangat. ni antara juara af yang tak menjadi selain dari si mamat tengganu tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 12:01 PM | Show all posts
teringat smlm bukak youtube tgk la mv erra dgn dia ni cantik gigi shahir skrg hahaha whitening kemaen lepas braces dibukak. tp mmg tong dia skrg, nmpk mengah baju pun sangkut2 kt bontot hahaha iolss suka dia dolu2.

kepada shahir,

jauhi erra, kahwini aku.

tolonggggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
"Wanita bernama Mona, seorang pramugara" Wanita jadian kah ittew??
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Relevan lagi ke shahir ni.... kejap ada kejap takde... Koserrrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 05:40 PM | Show all posts
Tapi kerjaya seni dia takat tu jela, takde single baru ke apa? Ni pun muncul dalam mv single baru erra kan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sahir dh mcm pak anak lima
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mereput acik erra dengan gigi besi.. thanks to mona fendy shahir nak melamar acik, tapi lama2 lamaran pun dibawa ke lautan sedalam2 sendu. tup2 nk ber mv
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2019 06:45 PM | Show all posts
MissLana replied at 16-10-2019 12:01 PM
teringat smlm bukak youtube tgk la mv erra dgn dia ni cantik gigi shahir skrg hahaha whitening kemae ...

Hahahahah! Ko taste ke dengan Shahir ni? Selamat mencaras beliau dari Ratu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.202499 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list