CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1176|Reply: 17

[Jenayah] Penoreh getah pun jadi mangsa scam

[Copy link]
Post time 18-10-2019 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Penoreh getah rugi hampir RM10,000 ditipu 'Tuan Sam'

KUANTAN - Seorang penoreh getah kerugian hampir RM10,000 apabila wang dalam akaun banknya dikeluarkan pihak lain tanpa kebenaran semalam.

Kejadian hanya disedari mangsa berusia 31 tahun dari Bera itu selepas dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak bank memaklumkan terdapat transaksi berjumlah RM9,999 dari akaun banknya ke sebuah akaun lain di atas nama seorang wanita tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, susulan kejadian mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kemayan, Bera semalam.

"Mangsa mengesyaki pengeluaran wang melalui akaun banknya itu dilakukan seorang lelaki bernama Tuan Sam. Sebelum itu, dia menerima panggilan daripada seorang pegawai bank memaklumkan berhubung kad kredit.

"Kemudian mangsa berurusan dengan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ejen Bank Negara itu bagi menyelesaikan kes kononnya dia mempunyai tunggakan hutang kad kredit berjumlah RM7,000,"katanya.

Menurutnya, mangsa menafikan kerana dia tidak pernah menggunakan kad kredit, namun pada hari sama dia menerima panggilan daripada Tuan Sam yang kononnya ditugaskan untuk mengendalikan kes tersebut.

"Lelaki tersebut mendakwa akaun bank mangsa diceroboh dan dia akan membantu membuat laporan polis berhubung kes tersebut sebelum meminta mangsa menyerahkan nombor kad banknya untuk dikemaskini," katanya.

"Mangsa akur lalu menyerahkan maklumat kad banknya seperti yang diminta dengan harapan kes itu dapat diselesaikan," katanya.

Mohd Wazir berkata, tindakan itu ternyata merugikan diri sendiri apabila ejen Bank Negara itu ialah 'scammer' yang menggunakan helah untuk 'menyedut' wang dari akaun mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai ke org kg pn dh kene scam..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Penat dia menoreh getah.. Dah la kena hina bangsa pemalas.. Hamjad.. Aku skrg mmg tak angkat phone no yg aku x kenal
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by yuki812 at 18-10-2019 09:38 AM

penoreh getah muda belia pon ada savings gitu. graduan jangan malas harap keje ofis hokey...
kesian..penat menoreh...menyimpan lagi.
iols tetap percaya ada orang dalam yang bagi info kat scammer. takde kerja scammer nak random call sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dia..msti duit tu dah lama dia smpan..eyyyyy..tlg laa gomen buat something utk tangkap set2 scammer ni...

Makin lama makin menjadi2 since xde tangkapan dibuat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xfaham, kalau bagi Akaun bank je, mmg leh sedut duit ke? Bukan ke elakkan bagi tac number yg bank SMS Tu je?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis Tu, kalau kat TV, Ada yg Minta derma n bagi nombor Akaun, selamat Pula xkena sedut duit? Camna konsep scammer ni sedut duit? Anyone can explain?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:27 AM | Show all posts
siannya lahai...susah payah menyimpan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 18-10-2019 09:23 AM
Aku xfaham, kalau bagi Akaun bank je, mmg leh sedut duit ke? Bukan ke elakkan bagi tac number yg ban ...

Aku rasa dia x citer habis tu...ada la tu samada dia bg no pin atm ke, bg tac ke, atau dia sendiri yg trf ke acc scammer
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 18-10-2019 09:24 AM
Habis Tu, kalau kat TV, Ada yg Minta derma n bagi nombor Akaun, selamat Pula xkena sedut duit? Camna ...

Dia bg no maklumat kad bank..no blkg kad bank tu kot..yg tu automatic scammer blh tolak duit..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tula, Aku pelik jugak..kalau nak cakap sekadar bagi nombor Akaun bank, kad TV Tu, banyak yg mintak derma, even org yg jual barang online Pon , senang je bagi no akaun kat customer...xkan mudah je nak sedut duit camtu Kan...tapi Aku Rasa mmg mangsa scammer ni dia bagi lebih Dari sekadar maklumat nombor akaun bank..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:28 AM | Show all posts
org dlm bank subahat ngn scammer, dia cari mangsa yg ada simpanan dlm bank lebih rm10k

cuba korg ada simpan rm10 je dlm setahun , takdenya scammer nk hingin tepon ko..

klu byk transaksi tu mmgla scammer akan call.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pihak berkuasa xda buat apa2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:59 AM | Show all posts
jahat nya org kmpg kerja penoreh pun ko nk tipu..penat dia kerja kumpul duit. mmg celaka lah scammer tersebut. boleh x kalau nk tipu tu pilih mangsa yg kaya mcm najib ke, ceo 1mdb ke, lim guan eng ke, atok n family ke, ataupun tokey kosmetik timbang kilo semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:05 AM | Show all posts
miss_strangers replied at 18-10-2019 09:46 AM
Tula, Aku pelik jugak..kalau nak cakap sekadar bagi nombor Akaun bank, kad TV Tu, banyak yg mintak d ...

no.akaun tu xde masalah org tau..tapi no yg tertera di kad atm tu x boleh bagi org tahu. sbb kalau nk login online banking, lupa password n nk reset balik, kena ada no. kad atm tu, pastu jawab security question. pakcik yg kena tipu ni mungkin dh disclose byk lg maklumat tu yg scammer boleh sedut duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 11:32 AM | Show all posts
semoga semua scammer duit orang mampus digelek lori sampai berkecai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 04:02 PM | Show all posts
Btw, siang tadi.. nyaris mak aku nak kena scam dek scammer ni.
Katanya bil telefon tertunggak nak dipotong, klu tak puas hati boleh report polis, siap nak offer pas talian tu ke balai polis. Nasib baik hari hari aku dah bagitau mak aku, jangan layan sebarang panggilan yg sebut polis, mahkamah, report, kastam etc etc.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 10:57 PM | Show all posts
saya undi lori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.102536 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list