CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3658|Reply: 54

[Tempatan] PDRM dedah video penyeludupan di Padang Besar

[Copy link]
Post time 18-10-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sempadan negara dibolosi, anggota penguatkuasa 'buta' mata



Hasimi Muhamad, Astro Awani | Published Oktober 18, 2019 13:45 MYT

PUTRAJAYA: : Seolah-olah tidak nampak ...

Itu seolah apa yang dilakukan anggota penguatkuasa di sempadan negara di Padang Besar, Perlis terhadap kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi secara berleluasa ke luar negara.

Perkara itu dibongkar menerusi pendedahan mengejutkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi rakaman CCTV kegiatan pembolosan penyeludupan rentas sempadan yang dijalankan sindiket dipercayai didalangi rakyat tempatan.

Modus operandi yang digunakan oleh kumpulan sindiket tersebut adalah dengan mendekati anggota penguatkuasa, dipercayai dengan memberikan rasuah - sebagai mendapatkan “keizinan” untuk mereka (kumpulan sindiket) menjalankan aktiviti penyeludupan.

Menerusi klip video tersebut, sindiket-sindiket berkenaan dilihat dengan mudah dan berani memikul barangan seludup, sebelum menyerahkan kepada individu di luar sempadan negara, melalui pagar sempadan berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar.

Malah, kegiatan tersebut dilakukan dengan jarak yang begitu dekat dengan pos kawalan pihak berkuasa, namun anggota yang bertugas langsung tidak mengendahkan aktiviti menyalahi undang-undang itu.

Lebih mengejutkan, terdapat rakaman menunjukkan pihak penguatkuasa memberhentikan kenderaan mereka seketika, seolah memberi laluan kepada kumpulan berkenaan melintasi jalan dengan memikul barangan seludup.

Kumpulan terbabit juga dilihat begitu licik apabila turut melakukan persiapan rapi dengan menyediakan pos kawalan sementara di kawasan sekitar dan kenderaan untuk membawa barangan yang diseludup.

Visual yang didedahkan hari ini adalah hasil daripada ribuan klip video dirakam sumber tidak dinamakan oleh SPRM di sepanjang kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Menurut Ketua Cawangan Audio Video, Bahagian Forensik SPRM, Penguasa Kanan, Badri Azni, antara yang diseludup adalah barangan bersubsidi seperti gula, tepung, minyak masak dan baja.

Menurut Ketua Cawangan Audio Video, Bahagian Forensik SPRM Penguasa Kanan, Badri Azni, antara yang diseludup adalah barangan bersubsidi seperti gula, tepung, minyak masak dan baja.

“Video diperolehi hasil risikan dan kejayaan menerusi penembusan ke atas sistem rakaman di sempanan utara negara. Aktiviti penyeludupan sering menggunakan waktu pertukaran shif seawal jam 6 pagi hingga 9 pagi," kata Badri.

“Melalui video ini, kita juga dapat melihat bungkusan disyaki mengandungi daun ketum dibawa dengan mudah. Harga ketum sekilogram di Malaysia ialah RM18, manakala di Thailand RM100, jadi ketum memberikan keuntungan berlipat ganda kepada penyeludup,” tambahnya.

Mengelak daripada dikesan, jelas Badri, kumpulan penyeludup turut menggunakan walkie-talkie bagi berkomunikasi dengan ahli kumpulan lain bagi memaklumkan mengenai kehadiran anggota keselamatan.

Modus operandi 'penyeludup'?

“Lazimnya, apabila selesai ‘trip’ penghantaran (ke negara jiran), kesan tapak kasut (penyeludup) akan dicuci atau kanvas direntang di sepanjang laluan lintasan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” kata Badri.

Dalam pada itu, Badri memaklumkan anggota keselamatan di pos kawalan hanya dilihat bermain telefon bimbit dan seolah tidak tahu apa yang berlaku di hadapan mereka.

Klip video berdurasi 11 minit itu dirakam antara tahun 2017 hingga Mei 2019.

Kesemua ribuan komplikasi video aktiviti penyeludupan telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 03:28 PM | Show all posts
hangpa baru tau ka. polis yg belah depa pun buat taktau ja
yg seludup binatang ternakan utk ikut bukit nakawan pun ada
dulu la adaorg bgtau. sekarang ni aku tak tau la diorang tu hidup lagi ke tidak
jadi lepas ni hangpa buat la kerja elok2. seeloknya depa yg jaga sempadan ni kena pi kursus
kena bg faham apa impak kpd ekonomi kita. depa seludup mcm2 keluar masuk malaysia, tapi bila bab berniada bukan main berkira, bg alasan currency jatuh la apa bala. tahun ni aku tak dengar pulak ada puak yg komplen pasal currency siam lg tinggi. 2 tahun lepas bagai nak rak hangpa komplen kat fesbuk. tahun ni lagi teruk cik oiii.
aku pun meluat dah pi pdg besar tu. tiap kali pi harga semedang ja naik.
padahal kat belah sana harga lagi murah ja kalu  masuk. seberang pagaq ja pon.
aku tau la hangpa semua seludop ja brg2 tu. mcm la hangpa bayaq cukai import.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 03:31 PM | Show all posts
Satu lagi kes easy money. Makan rasuah duit haram.
Diberi tanggungjawab, tapi disalahgunakan.
Bukan diaorg kira apa akan jadi kat ekonomi, janji poket diaorg sentiasa berduit
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 03:37 PM | Show all posts
Bukan benda baru pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 03:43 PM | Show all posts
wehhhh giler arh. senang2 je kena seludup. melampau btol. pecat je petugas yg x brtanggungjawab tu. ramai lagi nk kerja la dari goyang kaki terima rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 03:47 PM | Show all posts
patut ler senjata api dadah manusia senang masuk negara ini
apa kata hamid bador?/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2019 03:51 PM | Show all posts
mizruncing replied at 18-10-2019 03:43 PM
wehhhh giler arh. senang2 je kena seludup. melampau btol. pecat je petugas yg x brtanggungjawab tu.  ...

Bayangkan petugas tu semua pencen umur 60
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:00 PM | Show all posts
hatikudus replied at 18-10-2019 03:51 PM
Bayangkan petugas tu semua pencen umur 60

haha semoga tak sempat merasa pencen harapnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2019 04:10 PM | Show all posts
selalunya anggota sindikit ni akan datang ke rumah polis ni .. borak2 ..

dan depa bagi tahu .. " tadi saya nampak anak encik di sekolah ni bla bla bla.. "

hangpa rasa polis tu berani ka nak tahan depa masa sedang seludup.. ?  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua sbb duit..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Melorqe replied at 18-10-2019 03:28 PM
hangpa baru tau ka. polis yg belah depa pun buat taktau ja
yg seludup binatang ternakan utk ikut bu ...

Aku x suka pi padang besar.. Dengar org ckp kuar mmg kapak kaw2..aku suka beli peniaga malaysia yg bawa masuk barang dari siam
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
zacEfron replied at 18-10-2019 04:10 PM
selalunya anggota sindikit ni akan datang ke rumah polis ni .. borak2 ..

dan depa bagi tahu .. " ...

Tudia .....apa anak2 polis tu   buat kat sekolah smpi mak  pak boleh goyang?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar pengkhianat. Patut dibuang negara ja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 04:47 PM | Show all posts
Jiddin replied at 18-10-2019 04:28 PM
Tudia .....apa anak2 polis tu   buat kat sekolah smpi mak  pak boleh goyang?

maksudnya.. anggota sindikit ni tahu polis2 ni ada anak..
kalau polis ni tangkap depa menyeludup ..

anak2 polis ni akan jadi mangsa..  





Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi angkara penjawat awam Mulayu, setelah Pasir gudang, Kuala koh, dan pencemaran air Sngor. Lepas tu salahkan menteri DAPig nak naya Mulayu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 07:14 PM | Show all posts
zacEfron replied at 18-10-2019 04:10 PM
selalunya anggota sindikit ni akan datang ke rumah polis ni .. borak2 ..

dan depa bagi tahu .. " ...

Jika begitu berilah tugas itu kepada andartu atau antertu yang selalu emo di pejabat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2019 09:57 AM | Show all posts
sarah82 replied at 18-10-2019 04:27 PM
Aku x suka pi padang besar.. Dengar org ckp kuar mmg kapak kaw2..aku suka beli peniaga malaysia yg ...

aku pun tak suka pi sana walaupun selalu juga balik kpg kat utara
diaorang ni yg asalnya sewa separuh kedai,
dlm masa setahun diaorang dah boleh bayar sewa kedai sebijik
ada yg aku dgr diaorang ni ada bnyak kedai
yg aku hairannya arkeb  tu under mpk tapi yg melayu sublet kat org siam
org melayu makan duit sewa org siam buat duit ribu2 sebulan
yg menjual buah pun mahal nak mampus, serupa harga kat MBG,
sebijik mangga dia potong besar2 masuk dlm gelas besar
dgn biji mangga sekali dibubuhnya nampak la mcm bnyak.
kena buah yg jenis biji tebal mau menyumpah aku. diaorang jual harga RM5 sebekas
kalau ko kira balik la, dah jadi RM10/kg buah mangga muda.
padahal diaorang punya modal berapa ringgit saja.

sama la dgn pulut ayam, setakat pulut dgn ayam goreng kurus bubuh bawang goreng pun jual sampai RM5-RM6.
harga tak nak kalah harga kat KL.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Melorqe replied at 21-10-2019 09:57 AM
aku pun tak suka pi sana walaupun selalu juga balik kpg kat utara
diaorang ni yg asalnya sewa sep ...

Pergh. Lama tak pi padang besar.. Sy suka beli terus dari peniaga melayu yg ambik direct dari siam.. Harga murah berbanding padang besar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:01 AM | Show all posts
zacEfron replied at 18-10-2019 04:47 PM
maksudnya.. anggota sindikit ni tahu polis2 ni ada anak..
kalau polis ni tangkap depa menyeludup ...

sebab tu dulu yg jaga border ni team UPP, diaorang duduk dlm kem, jadi penjahat semua tak senang nak trace anak beranak polis.
sekarang ni tak tau lah mcm mana. pak sedara aku yg UPP pun dah lama meninggal.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2019 10:02 AM | Show all posts
sarah82 replied at 21-10-2019 10:01 AM
Pergh. Lama tak pi padang besar.. Sy suka beli terus dari peniaga melayu yg ambik direct dari siam ...

ada ke? kat mana tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.151774 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list