KUALA LUMPUR - [VIDEO] Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman (PH) rebah secara tiba-tiba ketika membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang duduk bersebelahan beliau dilihat segera membantu.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menghentikan perbahasan selama lima minit ekoran kejadian tersebut sementara menunggu pasukan perubatan tiba.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani ketika ditemui media memaklumkan Mansor kini sudah kembali sedar.
"Beliau (Mansor) sudah sedar dan sedang menerima rawatan," katanya.
Post time 21-10-2019 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
JohnnySins replied at 21-10-2019 05:11 PM
takut angin ahmar kan...doakan yang baik2
Perubahan muka macam stroke..ayah iols kena major stroke sebelum meninggal..muka masa mula2 memang herot
Tapi cepatkan bantuan sampai..stroke kena cepat ke hospital untuk kurangkan kesan..
Semoga yb sembuh kembali