"
Tayang body tayang kreta....!!! Aurat mau jaga bro....!!!
"
jagalah aurat setidak tidaknya....."
"
usya kaki dia"
"
Tu peha ke tiang besi".
Tidak pula dinyatakan dimana lokasinya dan bila tarikh sebenar akan tetapi, gambar itu telah mendapat reaksi berbeda dari para pengikutnya di media sosial.
Zul Arrifin 33, yang mendapat watak lakonan pertamanya pada 2008 menerusi drama
Awan Dania lakonan Scha Al-Yahya seringkali dikaitkan dengan tubuh badan yang sasa lagi perkasa tidak berbaju. Tidak hairanlah mengapa dia dipilih menjadi pelakon utama filem aksi sukan
Mixed Martial Arts (
MMA) pertama di Malaysia arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak dan Mira Filzah yang mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019.
Artikel disiarkan pada Mei 2018 yang bertajuk '
Zul tayang tubuh separuh bogel'
Harian Metro, dia mengakui tidak kisah dengan dakwaan tubuh sasanya dieksploitasi sekali lagi dalam filem genre aksi terbarunya,
Sangkar.
Menurut Zul, dia terpaksa mendedahkan tubuhnya separuh bogel demi menjayakan karakter selaku peninju latihan seni mempertahankan diri campuran (
MMA) dalam filem itu.
“Biarlah orang nak cakap saya nak jual tubuh pun kerana ia keperluan watak dilakonkan.
“Bukan sengaja mahu tayang badan untuk raih publisiti,” katanya.
Kemungkinan besar gambar "terbaru" di
Instagram ini hanya sekadar '
throwback,' namun para pengikut seakan-akan terpanggil menegur mengenai isu aurat yang dikatakan tidak berapa sesuai sebagai seorang
public figure dan juga seorang yang beragama Islam-
Cari Forum.