CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2491|Reply: 19

[Jenayah] Rakyat Malaysia maut ditembak di Narathiwat

  [Copy link]
Post time 27-10-2019 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ditembak 5 das depan kubur

BERNAMA

SEORANG rakyat Malaysia ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan di hadapan sebuah tanah perkuburan di Sungai Golok, Narathiwat, selatan Thailand, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi (waktu tempatan), mangsa dikenali sebagai Mohamad Faisal, 28, dari Rantau Panjang, Kelantan dipercayai ditembak selepas bertengkar dengan sekumpulan lelaki.

Penolong Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Kapt Pol Jaturon Thongkliang berkata, lima das tembakan dari jarak dekat dilepaskan ke bahagian kepala, muka, dada dan kaki mangsa.

“Polis menemui lima kelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jaturon berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk bedah siasat dan polis turut menghubungi waris mangsa.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian mangsa pernah bertengkar dengan lima lelaki berhampiran tempat kejadian.

“Saksi memberitahu mangsa cuba melarikan diri daripada buruan lima lelaki tersebut.

“Dua daripada mereka melepaskan tembakan ke arah mangsa sehingga menyebabkannya rebah.

“Lima lelaki itu melarikan diri dengan menaiki dua motosikal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 4:19 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2019 05:35 PM | Show all posts
Kes apa agaknya sampai bertengkar membawa kepada pembunuhan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 06:17 PM | Show all posts
jangan main main dengan siam..terus tembak je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 27-10-2019 05:35 PM
Kes apa agaknya sampai bertengkar membawa kepada pembunuhan tu?

sy pernah bekerja ngn ore sana yg punya 2 kerakyatan...Msia,Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 08:12 PM | Show all posts
Skuau replied at 27-10-2019 06:29 PM
sy pernah bekerja ngn ore sana yg punya 2 kerakyatan...Msia,Thailand.

Mana agaknya loyalty dia...Msia ke Thailand...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tembak kat tanah perkuburan at 4.30am? Scary dan spooky nye.....innnalillahh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannyaaaa

Bahaya la bergaduh2

Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerinya. Apalah agaknya yang digaduhkan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2019 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh tembak.. anak orang dibuat macam tu.. tergamaknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang tgh panggang fetus yg dah mati untuk buat minyak mandrem Siam kot atau lebih dikenali sebagai “minyak dagu”. Arwah maybe sound dorang buat keje giler tu. Tuh sebab dia kena tembak kot. Pelancau dok buat area kubur pepagi buta. Confirm panggang mayat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2019 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Forfoxache replied at 27-10-2019 10:25 PM
Dorang tgh panggang fetus yg dah mati untuk buat minyak mandrem Siam kot atau lebih dikenali sebagai ...

Pepagi buta buat tempat terang2. Memang gila betul.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 27-10-2019 11:55 PM
Pepagi buta buat tempat terang2. Memang gila betul.

4.30am tak kluar matahari lagi uolls. Masa setan dok berkeliaran ekceli.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 27-10-2019 08:12 PM
Mana agaknya loyalty dia...Msia ke Thailand...

Org kelantan biasa je ada dua ic.....masa aku keeja dulu, colleague aku bgtau dia ada dua ic...utk urusan kt msis guna ic msia ... bila gi telend guna ic telend
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah ada niat nak pergi Thailand pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 28-10-2019 07:54 AM
Org kelantan biasa je ada dua ic.....masa aku keeja dulu, colleague aku bgtau dia ada dua ic...utk ...

Setau I Malaysians takleh ada dual nationality. Ke illegally tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pa pe pun salam takziah.. Gila betul orang sekarang. Main bunuh orang jee. Dalam diri tu dah takde belas ihsan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hiswife replied at 28-10-2019 09:55 AM
Setau I Malaysians takleh ada dual nationality. Ke illegally tu?

Tak tau le...tapi dia kata memang biasa je org kelantan ada dua IC....tambah dia dok kat sempadan tu kannn
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh kat negara orang ni, nak lagi sorang2, memang bahaya. Tak berbaloi gaduh kalau kena macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. Selalu gaduh2 sbb dadah aje..  (Bukan kata arwah )
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi cari cekpit siam ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.739997 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list