"Nasib awaklah, penghibur. Awak ada masalah sebelum show, orang tak peduli. Orang cuma tahu nak berhibur.
"Kalau awak terlepas pandang sorang peminat, dibilangnya angkuh. Awak tak boleh buat silap ya. Jangan sekali.
"Sebab orang akan lupa segala satu benda manis yang pernah awak kerjakan. Kalau ada rezeki lebih, siap kena kecam di laman sosial," tulis Naim.
Malah, Naim turut terkesan apabila ada sesetengah pihak yang menawarkan bayaran murah untuk setiap kali membuat persembahan.
"Nasib awaklah, penghibur. Pekerjaan awak ini mungkin nombor 900 yang penting di dunia, kalau boleh lagi murah rate awak, lagi orang nak.
"Lagi kesian bila orang tanya “Main alat muzik/menyanyi je pun takkanlah mahal?”
"Padahal mereka lupa, selain beruang, manusia juga perlu cari makan. Kita masih perlu membayar segala bil dan belanja.
"Tapi yalah, awak penghibur, mana logik bayar mengikut kemahiran awak kan?" tambahnya.
Hinggakan akui Naim, setiap tindak-tanduk artis juga sering kali diperhatikan masyarakat hingga hilang nilai privasi.
"Nasib awaklah, penghibur. Orang beranggapan awak kalis makian, memang menjadi bahan punching bag mulut masyarakat, sampaikan makan minum, bangun tidur awak pun sering terfikir apa orang akan kata.
"Nasib awaklah, penghibur.Tika awak leka menghibur, hati awak yang terkubur," tambah Naim lagi.
Sumber:
Gempak