|
Kredit foto: IG
Wah, Cepatnya! Pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand, 29, mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada 3 November ini!
Memetik Harian Metro, pernikahan Sarah dengan jejaka kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, akan dilangsungkan di masjid berhampiran kediaman keluarganya di Lembah Keramat.
Katanya, mereka buat keputusan bersama untuk membina mahligai bahagia selepas lapan bulan berkawan rapat.
"Sebenarnya, saya dan Otto kawan lama yang terpisah ketika sama-sama menuntut di sekolah tinggi di Amerika dulu.
"Saya bertemu semula dengannya ketika melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat awal tahun ini.
"Namun, kami kembali berkawan rapat sejak Februari lalu selepas hubungan saya dengan bekas kekasih berakhir," katanya.
Lah, kenapa sorok-sorok hubungan dengan pelukis itu selama ini?
Katanya, dia tidak mahu menjaja kisah cinta kerana serik sejarah pahit berulang.
"Justeru, selepas kami sepakat untuk berkahwin, saya pastikan perancangan untuk berkahwin berjalan lancar dulu barulah berkongsi berita baik ini dengan semua.
"Selain itu, banyak dokumen berkaitan urusan pernikahan yang perlu diuruskan kerana saya bakal berkahwin menggunakan wali hakim nanti," jelasnya.
Sarah sebelum ini menjalin hubungan cinta dengan pengacara Nabil Mahir selama lima tahun, namun terkandas di tengah jalan selepas putus pada awal tahun ini.
Semoga semuanya berjalan lancar! - CARI
|
|