CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1496|Reply: 3

Nabila Huda Berselfie Dengan Anjing, Perli Pengecam Agama?

 Close [Copy link]
Post time 30-10-2019 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 30-10-2019 11:59 AM

  


Aktres Nabila Huda mencuri perhatian apabila berkongsi foto bersama seekor anjing daripada baka Husky Siberia.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Nabila yang kini sedang bercuti di News Zealand memuat naik swafoto tersebut beberapa jam yang lalu.

“Hello Everybody! (Relax, saya dah cibuk muka saya dan samak)” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Namun, kapsyen yang ditulis pelakon itu nampaknya mengundang reaksi rakan-rakan selebriti dan wargamaya apabila ia seolah-olah memerli sesetengah golongan yang suka menjatuh hukum dan membuat tuduhan melulu.

“Tak samak pun it’s your choices babe,” komen pereka fesyen Syomir Izwa.

“Zaman sekarang ni memang nak kena explain di ruangan kapsyen,” ujar seorang wargamaya.

“Bapak besaq siot! Sekali dia ngap muka aku, terus jadi ayam tandoori,” usik pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Okay setakat tujuh minit lepas gambar dimuat naik, ruangan komen masih lagi terkawal dan bersih,” kata seorang wargamaya.


Malah, menerusi ruangan balas, Nabila sempat menjelaskan alasan dia memberikan kapsyen sebegitu supaya wargamaya faham sebelum membuat sebarang spekulasi.

Nabila bersama keluarganya bercuti di New Zealand sejak 16 Oktober lalu dan mengembara mengelilingi negara itu menggunakan karavan.

Foto tersebut sehingga kini telah menerima hampir 30,000 tanda suka.

Sumber: Gempak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 12:07 PM | Show all posts
Menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat adalah haram di sisi Islam. Nak kata apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 12:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2019 12:31 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 30-10-2019 12:29 PM
duplicate benang yach!

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1179438

Iols dah suruh Fishsoup padam...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.332542 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list