CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 8

[Politik] Saya Minta Maaf Kerana Untungkan Taikun” – Mahathir

[Copy link]
Post time 30-10-2019 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui terpaksa mengenakan cukai kepada rakyat semasa krisis kewangan 1997-1998 bagi menyelamatkan taikun-taikun di Malaysia.

Namun, kata Perdana Menteri, ia memang menjadi cara negara ini menyelesaikan krisis dengan menolong taikun walaupun kerajaan boleh untuk tidak menolong mereka.

Katanya, 0 tahun dahulu, taikun-taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara.

Semua perniagaan dan perusahaan taikun itu akan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh kerajaan.


Jelasnya, kerajaan perlu menolong taikun, jika tidak, perniagaan taikun akan rugi, gagal dan terpaksa ditutup dan akhirnya semua kakitangan – sama ada yang kaya dan tidak kaya akan menganggur.

“Dan, kerajaan pula akan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun. Sebahagian besar dari dana kerajaan akan hilang. Operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan. Segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan.

“Dalam keadaan kehilangan cukai ke atas taikun pun kerajaan terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan boleh sahaja menghalau keluar semua taikun ini dengan tidak menolong mereka.

“Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.


“Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya?” hujahnya sambil minta maaf kerana tindakan beliau yang menguntungkan taikun semasa menangani krisis kewangan 1997-1998. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tidak mampu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih kerana...'pecahkan rahsia silap mata' tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
yo lah..ko buang kakitangan penjawat awam tu.sape nak ganti dia orang bayar cukai?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:26 PM | Show all posts
Skuau replied at 30-10-2019 08:16 PM
Terima kasih kerana...'pecahkan rahsia silap mata' tu.



NIat nak menyindir..sekali mengkantoi diri..


teruskan lah Tun. ...kalau ayat mohon maaf tu tiada dalam hati nko...x pe..teruskan la mengkantoikan diri..itu la yg rakyat Malaysia perlukan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 30-10-2019 08:26 PM
NIat nak menyindir..sekali mengkantoi diri..



sok last day..31/10/2019...jadi x jadi ke bro???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2019 08:37 PM | Show all posts
Skuau replied at 30-10-2019 08:34 PM
sok last day..31/10/2019...jadi x jadi ke bro???

2,3 hari lepas...Abg joe dh bgitau..engkar...jumpa dimahkamah..

tunggu 1 Nov..if sebalik...baik abg joe masuk kubur terus..idop tiada maruah pun tiada guna

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 30-10-2019 08:37 PM
2,3 hari lepas...Abg joe dh bgitau..engkar...jumpa dimahkamah..

tunggu 1 Nov..if sebalik...baik ...

ok..saya tunggu..sampai 2 nov.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh piang. Cukai , royalti, duti semua glc dengan mnc yang paling banyak bayar. Pekerjaan gaji bagus juga paling banyak disumbangkan oleh glc , mnc, kerjaan negeri, kerajaan persekutuan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.071723 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list