CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11346|Reply: 92

2 Lelaki fitnah Rita tampil minta maaf

  [Copy link]
Post time 31-10-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 31-10-2019 10:35 AM

Dua lelaki mohon maaf fitnah Rita Rudaini [METROTV]







Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


DUA lelaki tampil memohon maaf secara terbuka sekali gus mengakui tindakan mereka memfitnah status dua anak lelaki pelakon, Rita Rudaini di Instagram dan Facebook.

Dua individu itu ialah Ahmad Najib Mat Arif, 38, yang juga pengguna akaun Instagram (IG) @ahmadsan81 dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39, pengguna akaun Facebook.

Kedua-dua lelaki itu hadir dan bersemuka dengan Rita di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, malam ini.

“Mereka hadir bersemuka dengan saya atas kesilapan mereka sendiri. Seperti yang saya mahukan, mereka kena hadir dan tampil bersemuka dengan saya.

“Melalui percakapan yang direkod, kedua-duanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun IG dan Facebook saya.

“Saya berharap permohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.

Bagaimanapun menurut peguam mewakili Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Naya, pihaknya masih mempertimbangkan untuk membuat saman malu.

“Memandangkan perkara ini sudah menular di semua platform media sosial dan berangkai, anak guam saya akan mempertimbangkan untuk saman malu.

“Perkara ini juga memberi kesan kepada dua anak Rita apabila turut ditanya di sekolah mengenai status mereka dan isu ini.

“Sekali gus, ia mencalar imej, maruah diri dan kredibiliti Rita. Apa pun, pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Rita membuat laporan polis terhadap individu pemegang akaun @ahmadsan81 yang didakwa memfitnah status dua anak lelakinya pada 21 Oktober lalu.

Individu itu diberi tempoh bersemuka dan memohon maaf secara bersemuka dengan Rita dalam tempoh 14 hari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 11:41 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 09:27 AM | Show all posts
haaa gagap plak ko jawab bang oiii..padan muka ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Rita masih pertimbang tindakan susulan

Oleh Farhana Ab Rahman
farhana@bh.com.my

PETALING JAYA: Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar masih mempertimbang sama ada mahu meneruskan tindakan undang-undang atau sebaliknya terhadap dua individu yang mempertikai status kedua-dua anaknya di laman sosial, baru-baru ini.

Rita berkata, dia akan mendapatkan nasihat peguamnya, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan mengenai perkara itu.

Katanya, komen keterlaluan mereka itu menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita, selain mahu mempertahankan nama baik kedua-dua anaknya.

“Mereka sudah hadir bersemuka seperti yang saya mahukan dan menerusi rakaman percakapan, kedua-dua individu itu mengakui kesilapan menulis komen sedemikian di akaun Instagram serta Facebook saya.

“Saya berharap permohonan maaf yang dibuat itu ikhlas dan mereka tidak mengulanginya lagi. Biarlah perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.

Dua individu yang tampil memohon maaf itu ialah Ahmad Najib Mat Arif, 38, yang juga pengguna akaun Instagram, @ahmadsan81 dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39.

Kedua-dua lelaki itu hadir dan bersemuka dengan Rita di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini, malam ini.

Kedua-dua individu terbabit sebelum ini diberi masa 14 hari untuk bersemuka dengannya atau berdepan tindakan undang-undang.

Rita membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, di sini, pada 21 Oktober lalu. Dia menyifatkan fitnah yang dilemparkan melampau, berniat jahat, mengaibkan dan menjatuhkan maruah dirinya serta anak-anak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 09:33 AM | Show all posts
akan mempertimbangkan untuk saman malu


pulakk....

kesian pulak aku kt lelaki2 itu

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 31-10-2019 09:33 AM
pulakk....

kesian pulak aku kt lelaki2 itu

Sbb tu fikir sblm berkata2...jantan tu tuduh..anak rita x sah taraf...ko masih nak kesian..org yg jatuhkan maruah org lain???
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 09:35 AM | Show all posts
iols tertinggal kapal.. tak baca pulak thread pasal fitnah tu.. tahu2 dah mintak maaf..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2019 09:37 AM | Show all posts
saman je.. kesian anak2

tak pasal2 jadi bahan kat sekolah     
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 09:43 AM | Show all posts
patut la dia buat live smlm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 09:59 AM | Show all posts
samang jgn tak samang

dpt duit free
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:11 AM | Show all posts
Iols pun tertinggal keretapi. Memang ada eh netizen yang pertikaikan anak sheols? Bodohnya lahai. Ko tak join porem ker bang, meh join meh. Lepastu ko akan expert bab edisi kalkulator ni bang oi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
apak dia si Aidil tu diam membisu...takde masuk campur ke? Maruah anak2 kau tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 31-10-2019 09:33 AM
pulakk....

kesian pulak aku kt lelaki2 itu

Jadi pengajaran kat yg lain.. Nak kutuk sapa pun berpada2.. Tak memasal glamour muka satu msia.. Jantan lak tu... Lg malu dh ada anak bini...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:23 AM | Show all posts
tuduh anak dia tak sah taraf ibarat tuduh dia berzina juga..
tau apa hukum?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman je rita. I xsuka sheol tp mulut jantan 2 ekor tu mmg melampau. Suka2 kau je tuduh ank tu x sah taraf
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sokmogitu replied at 31-10-2019 10:17 AM
apak dia si Aidil tu diam membisu...takde masuk campur ke? Maruah anak2 kau tu

Baik la diam. Jap lg sekali berbunyi, mmpos rita sambung berkali2
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:30 AM | Show all posts
manehnya replied at 31-10-2019 09:33 AM
pulakk....

kesian pulak aku kt lelaki2 itu

ko tgok bidio tu, siap boleh sengih2 dgan gigi dia mcm xde rasa menyesal ya hamat, kalo iols jd rita pn iols proceed jah saman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 10:30 AM | Show all posts
padan lah muka lain kali fitnah lagi, Allah bayar cash malu kat dunia lagi pengajaran pada i dan pada semua
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 31-10-2019 09:33 AM
pulakk....

kesian pulak aku kt lelaki2 itu

Tu lah...asalnya suh dtg jimpa minta maaf...ni nk saman malu pulak...apedaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha . Mst penah kena reject dgn pmpuan cantik ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik macammana anak tak sah taraf??rita dan aidil kawin kot..nak fitnah pun agak2la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.172363 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list