CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hussaini4675

Luar Biasa! Anwar Ibrahim Cadang Perluas Bantuan Zakat Kepada Bukan Islam

  [Copy link]
Post time 31-10-2019 12:23 PM | Show all posts
Ina8895 replied at 31-10-2019 10:58 AM
Duit hang ada berbiliun nuar. Hang sedekah la kat non muslim.

jahil tu jgn tunjuk sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 12:28 PM | Show all posts
ponya la nak bela nasib non muslim supaya dpt undi nak jadi menteri perdana......
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 12:33 PM | Show all posts
Mintak mintak la dia ni tak jadi PM.. kalau tak mampos semua umat islam...
lain macam dia sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 12:38 PM | Show all posts
ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM
BOLEHKAH MEMBERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM



1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan zakat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi’i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya:



“Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta zakat”. (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).



2. Pendapat al-Imam al-Syafi’i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi’i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi’i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ dan lain-lain. Berdasarkan asas ‘kekufuran’ itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi’i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.



3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan ‘al-muallafah qulubuhum’ iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620):



“Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya..” (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).

zakat1.jpg



4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas Ta’lif al-Qulub ‘ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan zakat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:



“Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi” (Riwayat Muslim).



5. Walaupun Mazhab al-Syafi’i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain zakat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah (zakat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: (maksudnya)



“dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: “cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah”.



Kata Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar:

“Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat (zakat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai zakat”. (ibid).



Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada zaman baginda.



6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan zakat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian zakat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!



7. Selain dari peruntukan zakat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina ‘Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya)



“Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah).



8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: (maksudnya):



“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah 8-9).



Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat muallaf atau fakir miskin ini.



9. Institusi zakat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

Sumber : www.Drmaza.com
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 12:39 PM | Show all posts
http://www.ukm.my/zakat/Latest_News/zakat-kepada-bukan-muslim

Sekadar untuk menambah pengetahuan dan pembacaan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 12:41 PM | Show all posts
http://www.pkppippum.org.my/v2/f ... bagi-tujuan-dakwah/

FATWA “Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah”

Adila Mastura  

“Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 – 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memberi Zakat Kepada Orang Bukan Islam Bagi Tujuan Dakwah. Muzakarah telah memutuskan bahawa pengagihan zakat perlu diberi keutamaan kepada umat Islam mengikut asnaf-asnaf yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pemerintah diharuskan memberi zakat kepada orang bukan Islam berdasarkan siasah dan keperluan secara hikmah bagi tujuan dakwah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap babi ni tak jd pm.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 12:44 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 31-10-2019 11:11 AM
kat mana yea aku baca.... kutipan zakat fitrah jika di beri sama rata pada umat islam malaysia, kemu ...

Zakat fitrah jer?? biar betik....kutipan zakat fitrah tu berapa jer lah hai....kalo kita amik 60% dari 30 juta rakyat msia sbg muslim dan andaikan semua bayar zakat sbyk RM7 seorg baru RM126,000,000

Jumlah asnaf di selangor saja dah 50,000....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital bahagia Tanjung Rambutan baik angpa siap bilik VVVIP utk anwar ibrahim ni.. Dah tak lama dah dia nak admit sana..

Aman damai malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 12:47 PM | Show all posts
EmaAsmadi replied at 31-10-2019 11:40 AM
Bangnon dengan pendapat yusuf alqardawi berpisah tiada

Walaupun aku rasa Bangnon ni mmg saja nak perguna nama Yusuf Qaradawi saja, tp dlm konteks rujukan isu2 agama siapa lagi ulama' level mujtahid yg lebih faqih dari Syeikh Yusuf Qaradawi?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement makan diri nih. Fhm la knp tokdet kata belum ada yg layak jadi pm.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahil

Imam syafie pn tegah bagi zakat pada kafir tak kira apa keadaan pun

Kau menyekutukan Allah, sembah berhala tak masuk lagi mgkin kutuk hina Islam endup dapat zakat?

Umpama org Islam minum todi, berjudi, main perempuan, membunuh, puja setan, xbuat suruhan agama tapi endup harap masuk syurga
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 31-10-2019 11:05 AM
quran memang ada sebut kerajaan langit, tapi di mana kerajaan itu ?

Tanya bang non
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:11 PM | Show all posts
adakah ini  jual agama demi habuan dunia?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la byk sgt main belakang. Bodoh ke apa? Sah2 zakat tu mmg wajib dlm islam. Nk bg bkn islam buat apa? Diaorang bkn byr zakat. Kene byr cukai pon dah lari. Kita yg islam dua2 kene byr. Pdahal cukai = zakat. Tp sb kerajaan neraka, dua2 wajib byr
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kaklimahcomot replied at 31-10-2019 12:22 PM
yg bukak thread ni, sje nk mngundang cacian kat dsai ke ape? sblm dsai cadang, mufti perlis n kat pe ...

Macai PH detected
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 01:16 PM | Show all posts


hmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Zakat kena bayar cukai pun kena bayar. Org2 kafir kena byr cukai je. Tiba2 zakat boleh diberi kepada kafir? Penduboq ni Kit Siang suruh dia makan babi dia sanggup agaknya asalkan boleh jadi PM.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmm.

....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Org cina nak keling muka tak malu ke sangap sgt duit org islam.. kalau aku, aku mmg tak halalkan duit zakat aku bg ke org bukan islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 2.946529 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list