CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hussaini4675

Luar Biasa! Anwar Ibrahim Cadang Perluas Bantuan Zakat Kepada Bukan Islam

  [Copy link]
Post time 31-10-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pejuang agama apalah?? Tau x maksud duit zakat?? Awat sume hak muslim hang nak kacau nuatt oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bung Nuwar punya pandangan ni sesuai dgn pemikiran penyokong2 dia...Ini laa calon PM ke 8 yg terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 31-10-2019 02:32 PM

Dah kenapa.... ehhh.. diorang bangsa lain pun ada ala3 cam  duit bantu kaum dia lah..

Zakat tiap tahun tapi ramai je org susah... banyak lagi yg perlu.. non muslim tu dah ada badan kebajikan sendiri.. kawan cina aku siap ada kalau nak makan free ada tempat khas utk bangsa dia kat kedai tertentu, ada free check up.. semua bangsa dia sama2 derma tau.. sekolah2 diaorang pun lagi kaya banyak derma
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 02:39 PM | Show all posts
bodo la bang non ni..org da nak PRK Tanjung Piai ni boleh wt spoil lak.. habis la pengundi meleis xnak undi Pakatoon Hanjeng..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 02:40 PM | Show all posts
Ina8895 replied at 31-10-2019 10:57 AM
Agama kerajaan langit memang takde halangan la mangkuk.

bahahahahhahahaha, tazzangka ade jugak pengikut ayoh piang kat sini...ahahahahah

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bang non dgn mat syabu kombo yg terbaik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2019 02:54 PM | Show all posts
No laa DSAI.  Zakat is meant for muslims ONLY..    Itupun harus menepati kpd golongan asnaf.   Penerima zakat sudah digariskan kpd mereka yg mematuhi syarat, maka tak harus pula pepandai  nak diubah pula aturan kpd non-muslim..  Golonga ini mereka tentu ada komuniti bangsa mereka yg boleh menolong/membantu.  Kalaupun ada grup muslimin yg nak bantu the non-muslim, biarlah  mereka beramal kebajikan atas nama sedeqah ttpi jgn sesekali usik duit zakat.  Tak betul tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:07 PM | Show all posts
Asdan replied at 31-10-2019 11:05 AM
quran memang ada sebut kerajaan langit, tapi di mana kerajaan itu ?

Iye ke? sila sebutkan pada surah apa dn ayat ke berapa........... teringin juga nak semak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 03:17 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 31-10-2019 11:12 AM
bole jadi dimasa2 akan dtg, dah bole mintak non-muslim bayar zakat
agak derang nak tak?

Non-muslim berhak untuk mengelak drp mambayar zakat. Undang2 negara pun tak boleh paksa atau menyalahkan mereka kerana zakat tu hanya bagi orang Islam dn termaktub dlm Rukun Islam yg ke-4.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:19 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 31-10-2019 11:12 AM
bole jadi dimasa2 akan dtg, dah bole mintak non-muslim bayar zakat
agak derang nak tak?

Non-muslim berhak untuk mengelak drp mambayar zakat. Undang2 negara pun tak boleh paksa atau menyalahkan mereka kerana zakat tu hanya bagi orang Islam dn termaktub dlm Rukun Islam yg ke-4.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna duit ko la nuar.. jgn guna duit zakat..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:37 PM | Show all posts
Idea ni mufti perlis dah lama cadang..  ada video kat youtube beserta explanation
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:37 PM | Show all posts
ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM
BOLEHKAH MEMBERI ZAKAT KEPADA BUKAN MUSLIM



1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan zakat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi’i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya:



“Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta zakat”. (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi).



2. Pendapat al-Imam al-Syafi’i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi’i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi’i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ dan lain-lain. Berdasarkan asas ‘kekufuran’ itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi’i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.



3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan ‘al-muallafah qulubuhum’ iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620):



“Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya..” (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).

zakat1.jpg



4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas Ta’lif al-Qulub ‘ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan zakat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:



“Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi” (Riwayat Muslim).



5. Walaupun Mazhab al-Syafi’i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain zakat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah (zakat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: (maksudnya)



“dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: “cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah”.



Kata Dr ‘Umar Sulaiman al-Asyqar:

“Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat (zakat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai zakat”. (ibid).



Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada zaman baginda.



6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan zakat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian zakat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!



7. Selain dari peruntukan zakat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina ‘Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya)



“Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…”, beliau berkata: “Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)” (Riwayat Ibn Abi Syaibah).



8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: (maksudnya):



“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah 8-9).



Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat muallaf atau fakir miskin ini.



9. Institusi zakat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

Sumber : www.Drmaza.com

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:41 PM | Show all posts
kepala banar dia.... kita muslim yg bayor zakat sedap2 bangsa lain dapat? tubuhkan 1 badan amal la utk lain2 bangsa.. belajar agama la nuar oiii!
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 03:53 PM | Show all posts
Islam liberal kah beliau ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Suh lah yg bukan Islam ni buat pusat zakat diaorang sendiri. Tak pun kalau setuju dgn konsep zakat masuk lah Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon maaf. Saya nak tanya, siapa yang berada di seminar tersebut dan betul2 mendengar apa yang dikatakan oleh YB Anwar Ibrahim? Kalau ada, tolong perjelaskan kata2 sebenar Anwar. Kerana wartawan tak boleh dipercayai. Maaf sekali lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 05:15 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 31-10-2019 10:22 AM
Ajaran sesat juburi mana dia ikut ?

itulah antara sebab kenapa bang non dipuja kafirun

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa dah abis ker org islam yg dhoif?papa kedana?tp yg maiwp tu aku tak pasti wakaf or zakat...jv dgn kkm..buat pusat bersalin risiko rendah..which benefit all..kalo mcm ni akak ok..kalo direct ppl..abis jkm tu apo?Kot persatuan kristian buddha lgk kayo...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 31-10-2019 05:11 PM
Mohon maaf. Saya nak tanya, siapa yang berada di seminar tersebut dan betul2 mendengar apa yang dika ...

Saya xdengar tp pernah dengar cerama dia sebelum ni jenis populis suka menjaga hati non malay sebab undi dia kuat dari non malay.

Soalan kaka mudah je? Ramai lagi asnaf belum dapat bantuan zakat kenapa nak agihkan kepada non muslim?? Kan ada wakaf korporat  klinik2 percuma kenapa xguna bantuan tu??

Zakat ni sucikan harta dan hanya untuk asnaf. Akak memang benci anwar sampai mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.076715 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list