CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2408|Reply: 29

[Tempatan] Edisi tuan guru wee: Ahli UMNGOK bertelagah boikot.

[Copy link]
Post time 31-10-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ahli UMNO boikot majlis pengumuman calon BN

Oleh Mohamed Farid Noh

farid_noh@bh.com.my

Share



Tweet

PONTIAN: Ahli UMNO dikatakan memboikot majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng malam ini.

Tinjauan BH pada majlis itu mendapati hampir 90 peratus kehadiran hadirin di Rumah UMNO Pontian sejak jam 7.30 malam adalah dalam kalangan ahli MCA.

ADVERTISING

Sumber berkata, hampir keseluruhan Peti Daerah Mengundi (PDM) serta jentera BN di Parlimen Tanjung Piai yang digerak dan dikuatkan daripada kalangan ahli UMNO kawasan berkenaan kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan yang tidak mendengar hasrat serta suara hati majoriti pengundi.

"Kira-kira 75 peratus ahli UMNO yang menjaga PDM BN Parlimen Tanjung Piai memboikot majlis pengumuman calon BN malam ini.

"Walaupun ada Bahagian serta beberapa pemimpin UMNO cuba memujuk ahli akar umbi untuk hadir, kekecewaan kami pasti mengambil masa untuk hilang.

"Malam ini juga hampir keseluruhan PDM Parlimen Tanjung Piai akan mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu jentera PRK," katanya kepada BH.

Jeck Seng yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) PRK Parlimen Tanjung Piai. Pengumuman dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad di Rumah UMNO Pontian, di sini.

Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soondan Setiausaha Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali.

BH sebelum ini melaporkan BN hampir pasti mengumumkan Jeck Seng sebagai calon PRK Tanjung Piai.

Isnin lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan jentera PRK Parlimen Tanjung Piai di sini, dilapor menyerahkan kepada Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad, untuk mengumumkan calon parti dalam masa terdekat, walaupun sepatutnya mengumumkan sendiri calon BN petang kelmarin.

Isnin lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua BERSATU Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) PRK Parlimen Tanjung Piai.

Kelmarin, GERAKAN mengumumkan Timbalan Setiausaha Agung, Wendy Subramaniam, sebagai calon.

Jeck Seng menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal pada 2013 hingga 2018, dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas pada 2004 hingga 2008.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Jeck Seng tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan, menafikan dakwaan hampir semua PDM BN di Tanjung Piai bersedia memboikot kempen PRK kali ini.

Jefridin yang juga Pengarah Operasi BN PRK Parlimen Tanjung Piai berkata, ura-ura berkenaan hanyalah khabar angin yang tidak berasas.

"Mana ada boikot. Kalau boikot satu pun tidak hadir pada majlis ini. UMNO Tanjung Piai berjanji akan memberi sokongan penuh kepada kempen Jeck Seng yang juga rakan baik kami di Tanjung Piai," katanya.

Sos: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/623189/ahli-umno-boikot-majlis-pengumuman-calon-bn?fbclid=IwAR0aKjQ0NCD6PRuk5kFUhHOY9crsrEK_SuVadLjkTADp267rqTNZH8fs-HA

P/s: sedangkan lobai2 pon boleh terima tuan guru wee, inikan pula ahli umngok. Tolonglah bekerjasama dgan tuan guru. Kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
We reject seng..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2019 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai benang sebegini lobai2 cacai2 malu nak masuk kan? @dino @Simunggu @zorrro_03 @True-X @tobby @harizs @harisbee
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian... BMF kehulu BMF kehilir... Hujung2 kena jilat bontot MCA...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 31-10-2019 07:31 PM
Alahai benang sebegini lobai2 cacai2 malu nak masuk kan? @dino @Simunggu @zorrro_03 @True-X @tobby @ ...

alahai org takde malu pun... bkn cam ko

baru berani kluar gua kan? haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
xy_daen replied at 31-10-2019 07:33 PM
Kesian... BMF kehulu BMF kehilir... Hujung2 kena jilat bontot MCA...

bmf tu boikot ke? tu jela mampu.. kempen ph mmg takat ni je haha

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2019 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bygkan calon umno bertanding.... puak2 ni bising umno rasis... dah mmg kerusi mca...

satu lg mca mic klau calon umno bertanding bleh jd depa kluar parti.... kluar parti lg mudah la bn dibubarkan..  itu impian atuk kertu

biar jela ade tak puas hati tu... yg penting pru15 kasi humban ph

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 31-10-2019 07:48 PM
bmf tu boikot ke? tu jela mampu.. kempen ph mmg takat ni je haha

Post aku tak sebut pun perkataan boikot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 31-10-2019 07:51 PM
bygkan calon umno bertanding.... puak2 ni bising umno rasis... dah mmg kerusi mca...

satu lg mca  ...

satu percaturan politik yg bijak meletakkan calon mca disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah x sangka dodol gemuk hidup lg ingatkan dah join ke alam barzarkh mcm rapiji
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:08 PM | Show all posts

vmf = vote mca first
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 31-10-2019 10:03 PM
satu percaturan politik yg bijak meletakkan calon mca disitu.

Aku pon sokong letak MCA. Asal bkn dap komunis
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 31-10-2019 10:08 PM
Wah x sangka dodol gemuk hidup lg  ingatkan dah join ke alam barzarkh mcm rapiji

die ade bahan camni berani muncul la..
cuba psl adib ka.. psl kg baru ka.. psl menteri ph thp loji indahwater... mana ade die komen haha

masuk gua trus haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 31-10-2019 10:08 PM
vmf = vote mca first

BMF : Bantu MCA First

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 31-10-2019 10:03 PM
satu percaturan politik yg bijak meletakkan calon mca disitu.

ade org buta tak nmpk bn tu mmg parti asas kaum haha

nak guna modal pembangunan ka.. janji manis ka.. semua dah tak laku.. serang la psl calon mca... tak islam la apa la...

mmg plan nak hancurkan bn tak jd sbb umno pkir jangka panjang

pkir nak menang kena sepakat.... cari kurg mudarat... tu je
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:25 PM | Show all posts
aku dah search satu alam semesta internet termasuk youtube...


aku x penah dgr mca kuarkan ayat rasis,
kena tala dgn nazri gangster teksi pun abis kuat dibalasnyer belanja buku undang-undang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 11:26 PM | Show all posts
#ASAL BUKAN DAP
#ASAL BUKAN BERSATU
#ASALBUKANKUTTY


Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 11:32 PM | Show all posts
alahai.. TT siap seru nama sorang2 nak memeriahkan benag dia yg sendu ni,.. hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 08:48 AM | Show all posts
ini peluang MCA membuktikan mereka masih relevant dlm BN...kalau kalah kick out
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 09:23 AM | Show all posts
ekmal_sorrow replied at 31-10-2019 11:25 PM
aku dah search satu alam semesta internet termasuk youtube...

Aku rasa ko tak cukup search ni..

Ko search MCA anti hudud..Tengok apa yang keluar nanti.

DAP dengan MCA sama je pendirian masing-masing.

Pengundi melayu BN Tg Piai dalam dilema sekarang.

Kalau undi MCA dan menang, dah hilang 1 kerusi Melayu dalam parlimen.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.088864 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list