CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 2

“Tahu selepas habis berlari!” -Sebab Pakai Tudung, Nama Digugurkan Dari Acara Ma

[Copy link]
Post time 31-10-2019 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by chacon at 31-10-2019 02:48 PM



Baru-baru ini, kecoh dilaman sosial mengenai kemenangan seorang lelaki yang dikhabarkan seorang transgander, menjuari pertandingan berbasikal kategori wanita. Terdapat pelbagai pertikaian terhadap isu ini yang hebat dibincangkan dalam media sosial.

Semalam, timbul pula isu baru mengenai seorang gadis yang berusia 16 tahum, namanya telah digugurkan dari menyertai acara marathon. Noor Alexandria Abukaram berusia 16 tahun, merupakan atlet dan juga wakil sekolahnya bagi acara berkenaan.

Tular di seluruh dunia dan laman sosial!
Nasib dan kisahnya ini ternyata mendapat perhatian menyeluruh dari pelusuk dunia. Seorang lelaki telah memuat naik gambar Noor Alexandria di laman Twitter dan menentang tindakan yang dilakukan oleh penganjur acara marathon itu.



Tak tahu nama digugurkan!
Jelasnya lagi, dia hanya mengetahui perkara berkenaan setelah dia menamatkan lariannya. Dia sedar namanya tiada dalam senarai rekod masa larian dipapan kenyataan seperti peserta-peserta yang lain.




Minta izin sebelum berhijab…
Paling menyakitkan hati, apabila  penganjur mengeluarkan kenytaan bahawa, peserta yang memakai tudung sepatutnya menghantar borang kebenaran untuk berhijab sebelum menyertai apa-apa pertandingan.





Disebabkan Noor Alexandria tidak berbuat demikian, penyertaannya telah dianggap batal dan gugur dengan serta merta. Setelah dikaji dan perundingan semula, gadis ini disahkan telah layak ke peringkat seterusnya kerana mencatat masa yang melepasi syarat rekod kelayakan.

Tahniah diucapkan kepada Noor Alexandria kerana rezeki telah menyebelahinya. Diharapkan dia akan dapat menjadi juara bagi pertandingan akhir acara marathon terbabit.


Sumber: Twitter, CNN.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel je..dh la pandai bersokan, jaga hijab plak tu

Tapi kite tak sesuai..
Sebab kalau dh kawen saya nak main terkam2 mesti awak dapat melarikan diri dgn jayanya

Sobs sobs
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 31-10-2019 03:14 PM
Comel je..dh la pandai bersokan, jaga hijab plak tu

Tapi kite tak sesuai..

So funny..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057933 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list