Meskipun perkara tersebut telah dimaklumkan Nabila Huda telah samak namun tindakan memuat naik foto sedemikian di media sosial boleh mendatangkan fitnah pada agama.
"Fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dalam kalangan artis semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa dalam kalangan mereka.
"Dari adegan sentuh-menyentuh, peluk-memeluk sehingga perkara-perkara dosa lain yang sering mereka ulang dan tanpa rasa rasa bersalah dipertontonkan kepada peminat mereka.
"
Fenomena menormalisasikan dosa ini sangat bahaya dan ia boleh mendatangkan fitnah pada agama," tulisnya di Instgram miliknya.
Lebih mesra dipanggil Syed, beliau turut menjelaskan hukum hakam menyentuh anjing menurut Mahzab Syafie, setiap inci bagi seekor anjing adalah dikira sebagai najis.
"Anjing adalah termasuk sebagai najis mughallazah iaitu najis berat. Sama ada yang digunakan untuk berburu atau tidak, yang kecil atau yang besar...
Artikel Penuh:
SinarHarian