Buat reunion di Korea Selatan pakai baju sekolah!
NOR KHALILAH GUSTI HASSAN | | 1 November 2019
GAMBAR empar bekas pelajar Sekolah Menengah Jengka Pusat 1 yang memakai baju sekolah ketika mengadakan reunion di Seoul, Korea Selatan tular di media sosial sejak Ahad lalu.
Marwani Mohamad Marzuki, 34, bersama tiga rakan sebayanya, Norihan Jamhari, Fariza Mohamad Nasir dan Seri Azlina Mohamed Sani mahu mengabadikan kenangan dan mengulangi nostalgia memakai baju sekolah.
Marwani berkata, idea melancong ke negara itu sudah dimaklumkan rakan-rakannya sejak tahun lalu namun dapat direalisasikan tahun ini kerana kekangan masa dan kerjaya.
"Kami bercuti ke negara itu bersama keluarga pada 24 sehingga 29 Oktober lalu. Foto menjadi tular kerana kami bergambar memakai pakaian seragam sekolah berlatarbelakangkan beberapa kawasan tumpuan pelancong sekitar Gyeonggi-do di Anyang, Seoul.
Impian bercuti keluar negara pernah disuarakan sejak zaman sekolah dan ia terlaksana selepas 18 tahun.
“Kami belajar dalam kelas sama di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat pada 2001. Sejak dari zaman sekolah kami tidak terputus hubungan cuma jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan komitmen keluarga dan kerjaya.
"Tak sangka idea itu mendapat tumpuan rakan-rakan di Facebook dan akhirnya dipetik beberapa portal media popular sehingga kami dihubungi pihak media. Kami gembira idea ini dipuji netizen," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Marwani dan Seri Azlina bertugas sebagai guru masing-masing di Kedah dan Pahang manakala Norihan bekerja sebagai jururawat dan Klang dan Fariza adalah peguam di Subang Jaya.
Marwani berkata, kesemua mereka berasal dari Felda Jengka dan Jerantut Pahang berhasrat untuk ke luar negara bersama-sana ketika masih di bangku sekolah dan tidak menyangka ia terlaksana selepas 18 tahun.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 1-11-2019 10:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nest la reunion.. Yg aku, sampai ke sudah tak reunion... Plan je lebih, tapi soramg tak pergi, semua taknak pergi.. Lepas tu plan lagi, tapi jadi benda sama.. Buang masa aku cari tempat apa semua.. Tu yg jadi bekas kawan tu
rajin pulak nk bawak kain bju tu
aku kalau travel kalau boleh sikit jer kain baju nak bwak
packing nya awal..
sebelum hari kejadian sekurang nya sekali dua tengok lagik
mna yg patut di kurangkan
aku malas nk reunion bagai.mcm budak2 ni ok sbb mmg reunion geng je.klu aku nk reunion pun utk gwng2 rapat je.yg dh lama tk jumpa tu entah la tk tau nk borak apa.masa sekolah pun tkde nak berborak bergosip pun
Post time 1-11-2019 02:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kurex replied at 1-11-2019 10:37 AM
Nest la reunion.. Yg aku, sampai ke sudah tak reunion... Plan je lebih, tapi soramg tak pergi, semua ...
Sorry ye kurex aku ni la salah sekor sejenis tak suka pegi reunion sbb rasa mcm masing2 dah terpisah lama so mcm takde bende nak borak pun, tambah plak aku ni jenis antisocial. Tp kawan2 yg sgt rapat ada la sekor dua yg sejak tadika pun still in contact lg. So maybe aku jenis yg boleh join kalau close meeting jela kot huhu