CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4721|Reply: 24

Ada sape2 tertinggal kucing kat Sentul tak?

[Copy link]
Post time 1-11-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Siapa punya bulus ni...



KUALA LUMPUR - Tular seekor kucing berwarna kekuningan berkeliaran di sebuah kedai mamak di flat Taman Datuk Senu Sentul di sini dan menjadi perhatian netizen.

Gambar kucing itu yang dipercayai mempunyai pemilik kerana lehernya dipasang seutas rantai dimuat naik di Facebook Dunia Kucing.

Status Facebook itu memberitahu kepada orang ramai yang kehilangan kucing comel berbulu kuning supaya datang ke kedai mamak tersebut.

"Tolong la pantau bulus korang. Kalau tak mahu, jangan tinggal di kedai mamak macam ni. Tak reti langsung kucing ni cari makan. Kena buli lagi ada. Berapa hari dah saya perati tiada sesiapa pun tuntut kucing ini.

"Tuan kedai ni pun pening dah siapa punya pun tak tahu. Kang kalau orang ambil ko meroyan. Sendiri yang cuai. Marilah sesiapa yang nak tu sila ambil. Lokasi Flat Taman Dato Senu Sentul KL. Kat kedai mamak bawah blok 207. Jantina jantan. Manja budak ni. Kesian dia," tulis pemilik Facebook.

Rata-rata netizen yang teruja dengan kecomelan kucing itu mengakui mahu membelanya dan tidak kurang bersimpati dengan nasib haiwan berkenaan yang mungkin kehilangan tuannya.

Difahamkan, kucing ini dipelihara sementara oleh Maheswary Kandasamy.

"Dah ada orang ambil belum? kalau tiada nak pergi ambil sekarang juga," tulis Datin Alya.

Kata Rohanin Yeob Ahmad, "Kesiannya si bulus ni, sesiapa yang berdekatan ambil lah jaga dia, comey sangat," tulisnya.

Dalam pada itu ada juga netizen berkongsi cerita pernah bertemu dengan kucing itu ketika makan di kedai tersebut.

"Ini bulus di kedai mamak, masa saya dan keluarga makan di situ, kucing pasti merayu nak ikan atau ayam goreng, kami layan sehingga kucing tu kekenyangan.

"Itu pun nak makan lagi kalau buka mata, mengunyah sepanjang masa kecuali tidur. Yang pasti kucing pandai ambil hati semasa minta makan, comel," kata Jahja Khalijah.

Bagaimanapun, menerusi ruang komen, Maheswary Kandasamy dikatakan memelihara kucing itu buat sementara waktu dan memberitahu, pemiliknya atau sesiapa yang mahu mengambil kucing itu boleh menghubunginya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2019 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape2 minat blh try menyamar jd tuan beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 03:09 PM | Show all posts
Tak kena tinggal mesti dia sesat lupa macam mana nak balik rumah.  Dah ramai yang bagi makan kat situ mesti dia decide nak lepak situ je terus
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 03:35 PM | Show all posts
alaa comel nye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 03:42 PM | Show all posts
bebaru ni iols gunting loceng kt leher kucing yang selalu datang rumah iols...entah sapa yang letak nampak kucing tu tak selesa dan gatal...kucing dalam pic atas ni, kalau rantai macam tu biasanya cina suka pakai
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa.. siannya. Sesat kot.
Dah biasa dibela memang tak pandai cari makan sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2019 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
meols rase sesat tu.. comel kucing ni..mst cpt je org adopt nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 05:18 PM | Show all posts
harap ada vietnam yg tuntut
bawak balik buat lauk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing sesat ni. Kucing kan jenis berjalan waktu mlm. Sekali lupa jln pulang. Terpaksa la lepak kedai makan terdekat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tuannya tak cari ke? pakai rantai mcm tu bukan susah pon kalau post kat group fb cakap kucing hilang..kalau kena buang harap bekas tuan jatuh miskin merempat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 1-11-2019 05:45 PM
tuannya tak cari ke? pakai rantai mcm tu bukan susah pon kalau post kat group fb cakap kucing hilang ...

Jgn2 kucing ni lari dari rumah sbb nk mkn ayam goreng..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 1-11-2019 05:48 PM
Jgn2 kucing ni lari dari rumah sbb nk mkn ayam goreng..

kalau tuan masih sayang datang la bawak ayam goreng umpan suruh balik, seketul bpe hengget je pon
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel nye.... mesti rumah tuan dia ada dekat2 situ jugak. Letak poster lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya xkan tuan dia buang.Tuan dia mkn kenyang terus lupa pd si bulus.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke tuannya hidup keseorangan dan dia dah mati? Jadi si oren keluar merayau
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2019 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 1-11-2019 05:18 PM
harap ada vietnam yg tuntut
bawak balik buat lauk

Semoga viet tu tercekik bulu kucing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2019 04:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rindu kucing iols Yang dah kembali kpd penciptaNYA nagis sampai bengkak mata ngn muka ...sedihnyaaaa mcm meroyan pun ada ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kucing macam ni ramai orang nak adopt.. Macam group adopt stray cat. Dulu oklah group tu, tapi jenis admin yg malas buat kerja, macam cilaka dah group tu.

Orang bebas post kuahan hati perli2.. Yang admin tu pulak pondan, bila aku tegur, tak boleh terima.. Jadinya dia pun buat karangan panjang lebar pasal aku.. Cam sial punya admin
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga omel dapat rehome and dapat owner yg best.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 1-11-2019 05:18 PM
harap ada vietnam yg tuntut
bawak balik buat lauk

Ko kan.. Mak harap org viatnam tu yg angkut n kerat2 ko buat stew.. Gittuh mak emosi yach!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.145207 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list