CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9262|Reply: 86

Anjing juga makhluk Tuhan-Nabila Huda

[Copy link]
Post time 2-11-2019 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Haiwan juga makhluk ciptaan Tuhan - Nabila Huda



KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda, tidak menganggap tindakannya bergambar bersama seekor anjing seperti dimuat naik di laman Instagramnya, baru-baru ini, mampu memberikan pengaruh buruk kepada pengikutnya.

Sebaliknya, tegas Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, 34, dia berbuat demikian sekadar menunjukkan rasa cinta terhadap haiwan yang juga makhluk ciptaan Tuhan.

"Saya tak anggap perbuatan itu memberi pengaruh buruk kepada sesiapa dan saya juga rasa tiada masalah untuk kita berbuat baik dengan apa sahaja jenis haiwan. Anjing juga makhluk Allah.

"Lagipun, ketika foto itu dirakamkan, saya dan anjing berkenaan sama-sama dalam keadaan kering. Kalau dalam keadaan basah sekali pun, bukankah kita kita boleh samak?

"Jadi, tidak perlulah kita hendak menjadikan perkara itu sebagai isu besar," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Skrin (ASK) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Nabila atau lebih mesra disapa Abil memuat naik gambarnya berswafoto dengan anjing ketika dia dan keluarganya bercuti di New Zealand, baru-baru ini.

Tindakan bintang filem Munafik itu bukan sekadar mendapat kecaman sebahagian warganet, malah turut mencuri perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang menyifatkan perbuatannya sebagai fenomena ‘menormalisasikan’ dosa.

Mengulas perkara itu, anak kepada penyanyi Amy Search ini meminta PU Syed atau sesiapa sahaja supaya lebih memberikan fokus kepada isu lebih besar, seperti gejala sosial yang dikatakan semakin tenat, terutama membabitkan golongan remaja.

"Saya memang tidak pernah baca komen netizen. Selepas memuat naik gambar, saya akan biarkan sahaja.

“Tetapi, kalau ada sesiapa yang hendak memberikan pendapat atau ceramah, lebih baik mereka fokus pada masalah remaja hari ini yang semakin teruk.

"Ada yang bukan muhrim, tetapi berpegangan tangan, berpeluk dan bercium di khalayak ramai. Pada saya, isu itu yang patut lebih diberikan perhatian," katanya.

Sementara itu, pada acara anugerah terbabit, Nabila dinobatkan pemenang trofi Pelakon Drama Terbaik menerusi Dia Tidak Berdosa, sekali gus mengetepikan calon lain seperti Sherie Merlis, Eyka Farhana, Mimi Lana dan Sweet Qismina.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2019 04:25 PM | Show all posts
BUkan susah untuk mengaku sy silap. Maaf.
Kan lebih manis bunyi nye.
lupe lak ego tu lagi penting
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni sila selfie dgn babi lak please
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Oopss Nabila ni... Masa remaja dulu pun pernah kena tgkp kering kn.. Tetiba acah2 nk suh PU pikir pasal gejala sosial remaja plk... Minta maaf atau xyah komen apa2 je. Dia ni mmg jenis dia je yg betul kn (mcm kes kedai mkn dia dulu)
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi pun makhluk jugak, Nabila weii..
Bila ko nak selfie geder...?
Sebab babi x comelss ker..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 05:16 PM | Show all posts
iols faham je maksud abil tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Perkataan maaf tu memang sesuatu yg payah utk orang ucapkan. Lebih2 lagi bila d kenali, d minati.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik la Abil ni jenis boleh berfikir tak mcm ummah lain ikuttt sajok apa yg lobai cakap, otak simpan dalam peti.

U go gurlll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 lepasni ada PU ke daie atau lobai yg tarbiah kan abegong perihal tanggungjawab terhadap seorang anak ditinggalkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat malu ja bila rakyat marhaen aman2 ja jawab anjing pun makhluk Allah

Yang konon bijak agama gigih tak berkutik bila ustaz2 meliwat budak2, tapi pasal selfie anjing laju ja nak kondem,

Sekali lagi MEMALUKAN.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 2-11-2019 05:41 PM
Buat malu ja bila rakyat marhaen aman2 ja jawab anjing pun makhluk Allah

Yang konon bijak agam ...

Setuju. Kalo bab2 macam ni cepat je nak betulkan, bila time golongan acah2 mulia yang kena, sibuk suruh kita jgn masuk campur.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-11-2019 05:24 PM
Harap2 lepasni ada PU ke daie atau lobai yg tarbiah kan abegong perihal tanggungjawab terhadap seora ...

Ada tgk muka melayu baby hidung cm sempek je huhuhu
Xda sgt muka kokosen

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-11-2019 04:22 PM
Nasib baik la Abil ni jenis boleh berfikir tak mcm ummah lain ikuttt sajok apa yg lobai cakap, otak  ...

Khenzsss? Patot ramai lg ummah melayu yg boleh fikir macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-11-2019 04:24 PM
Harap2 lepasni ada PU ke daie atau lobai yg tarbiah kan abegong perihal tanggungjawab terhadap seora ...

Yng tu xde salahnya sbab dia dh cerai dn dia baik hati bg sepenuh hak penjagaan kt ibu budak tu. Abegong bg elaun bnyak smpaikan mak budak tu pon boleh hidup mewah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MenteriWanita replied at 2-11-2019 05:41 PM
Buat malu ja bila rakyat marhaen aman2 ja jawab anjing pun makhluk Allah

Yang konon bijak agam ...

Klu kes mcm tu org kata ko fitnah ahli agama pulek, aku perati je dari dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nubook replied at 2-11-2019 05:55 PM
Setuju. Kalo bab2 macam ni cepat je nak betulkan, bila time golongan acah2 mulia yang kena, sibuk  ...

Bak kata sorang forumer, hanya budak sekolah agama tahu perangai sebenar budak sekolah agama, faham2 kan lah ayat itu, kalau perbuatan liwat biasa ja pada dorang apa ntah lagi benda lain, bahaya tak bahaya lah pemikiran dorang ni, sebab tu nak ibadah ikut Rasullulah nak masuk syurga ikut Quran dan Hadith.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2019 06:10 PM | Show all posts
go to helllllzzzzssss
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
veYron replied at 2-11-2019 06:00 PM
Klu kes mcm tu org kata ko fitnah ahli agama pulek, aku perati je dari dulu.

Padahal bukti keliling pinggang, kalau kat luar negara dah penuh paderi masuk penjara, kat Malaysia aman2 ja, siapalah kita nak menegur, sekadar rakyat marhaen.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 2-11-2019 06:00 PM
Yng tu xde salahnya sbab dia dh cerai dn dia baik hati bg sepenuh hak penjagaan kt ibu budak tu. A ...

Tanggungjawab sbg bapa tetap ada bukan sekadar bg nafkah $$$ pd anak.......
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-11-2019 05:17 PM
Tanggungjawab sbg bapa tetap ada bukan sekadar bg nafkah $$$ pd anak.......

Yng ni iols xsetujoooo hehehe sbab dia xnak participate dlam upbringing. Klau dia nak hak penjagaan sesama, meroyan pulak ox kan? Apatah lg klau dia insist ambip dn bela si budak tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.113448 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list