CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2266|Reply: 23

[Tempatan] 19 bulan under Kerajaan PH. Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, suku pertama

  [Copy link]
Post time 3-11-2019 10:53 PM | Show all posts |Read mode
Ribuan lagi akan hilang pekerjaan, apa sudah jadi dengan negara ini
3 November 2019 0 3 4minutes read

SUARA MERDEKA: Saya sempat bersarapan dengan rakan saya dari Media Prima pagi tadi. Antara tajuk perbualan kami tentulah soal pemberhentian pekerja di syarikat gergasi media itu.

Selaku wartawan Utusan Malaysia, kami telah melaluinya. Sudah kering air mata kami menangisi nasib yang menimpa sejak berubah kerajaan. Tekanan demi tekanan memburukkan prestasi kewangan syarikat yang telah sedia agak kritikal sebelum ini.

Bila langkah pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika menguasai Putrajaya menghentikan langganan di semua pejabat kerajaan dan tidak membenarkan Utusan Malaysia diedarkan ke sekolah-sekolah, ia memberi isyarat negatif kepada pelanggan Utusan.

Banyak pihak yang mengelak daripada berurusan dengan Utusan bagi mengelak daripada dicap menyokong akhbar yang dikaitkan dengan UMNO itu, sehingga mereka boleh kehilangan bisnes atau jawatan.

Kelembapan ekonomi negara dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan masyarakat kehilangan nafsu untuk membeli akhbar. Situasi semasa yang menyaksikan disaji dalam pelbagai bentuk dan percuma, menyebabkan bisnis media menjadi tidak lagi relevan.

Saya mendapat khabar sedih daripada sahabat saya itu kerana sebulan dua lagi ribuan kakitangan Media Prima akan turut menerima nasib yang sama dengan kakitangan Utusan. Bezanya mereka akan diberhentikan dengan lebih baik pampasan berbanding kakitangan Utusan yang tidak dibayar pampasan dan dengan gaji dua bulan tertunggak.

Kira-kira 1,500 kakitangan kini menganggur secara rasmi. Selepas setahun berjuang dengan bekerja tanpa dibayar gaji dengan sempurna dan pelbagai faedah telah dinafikan oleh syarikat. Akhirnya semua kakitangan pasrah apabila kesemua aset terpaksa dilelong dan pada 6 November ini mereka perlu mengundi syarikat untuk melelong aset yang dibina dengan air mata dan darah itu.

Kakitangan Utusan dan kakitangan Media Prima hanya sebahagian kecil daripada mangsa kitaran ekonomi yang ganas menyebabkan lebih ramai lagi kehilangan punca pencarian dan pastinya menyumbang kepada masalah sosial serta kelembapan ekonomi.

Rakan saya berketurunan Cina merungut kerana bisnesnya kini merosot, begitu juga rakan di Facebook berketurunan India yang hanya saya kenali di alam maya turut melahirkan kekecewaan dengan kerajaan hari ini yang gagal menangani isu ekonomi negara yang semakin lembab sehingga perniagaannya hampir statik.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.

Rakyat negara ini masih berharap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai formula untuk mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi pada masa ini, sebagaimana beliau membawa keluar negara daripada kemelut ekonomi pada tahun 1997. Menteri-menteri lain memang tidak cukup jam terbang untuk menangani krisis ekonomi hari ini. Tindakan dan kenyataan yang dibuat hanya memburukkan keadaan sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
3thn lps dah predict benda ni hahahaha madey tu elok jadi menteri luar negeri jer la hahahaha asyik kutip honorary doctorate masalah kat malaysia nobody doing anything
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg menganggur ramai Melayu. Yg beli brg Cina org Melayu jugak dgn BMF lagi so makin down lah biz Cina. Kerajaan Haprak pulak x pandai nak bawak masuk pelabur. Asik hutang dan cari gaduh jer tau. Bengong betul lah PH ni. Cepat sikit lah bubar Parlimen tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2019 11:01 PM | Show all posts
tu sebab bank hati-hati nk bagi loan rumah
yg tetap kaya ialah geng Macau Scam
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 11:18 PM | Show all posts
lepas satu - satu kedai nampak kena tutup, tak boleh nak survive sebab kurang nya purchasing power. Yg rajin bersopping sekarang ni org2 yg suka barang2 murah tak berkualiti style jual dgn kuantiti byk dpt rega murah, last2 maki serapah sebab dapat kualiti mcm haram.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2019 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 3-11-2019 11:01 PM
tu sebab bank hati-hati nk bagi loan rumah
yg tetap kaya ialah geng Macau Scam

bru lulus loan rumah dgn rimau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2019 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 3-11-2019 02:59 PM
Yg menganggur ramai Melayu. Yg beli brg Cina org Melayu jugak dgn BMF lagi so makin down lah biz Cin ...

Yang menganggur ramai cina la nyah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat cina kaum pemalas makin melingkup...cuma spesies pprt saja heran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2019 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 3-11-2019 03:18 PM
lepas satu - satu kedai nampak kena tutup, tak boleh nak survive sebab kurang nya purchasing power.  ...

Biasalah.
Kedai runcit = bisnes caprut
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 07:02 AM | Show all posts
di luar PH bertambah kuat..penyokong & rakyat bertambah yakin....
apa jadi di CI ni...???

saya yg jadi bingung..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 07:09 AM | Show all posts
kahkahkah apa la kome bising2 ni...jiran ku bangga lagi ...siap kibar bendera ph lagi dpn rumah...mst byk jasa ph kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 3-11-2019 03:18 PM
lepas satu - satu kedai nampak kena tutup, tak boleh nak survive sebab kurang nya purchasing power.  ...

sekarang ni trend kalau nak buat niaga kena ada tag line ingin."menolong suri rumah menambah pendaptan modal sekian sekiamn". barang tak boleh jual tu kau punya pasal. yang penting duit stokis sapu dulu.  trend walk in / direct end user dah expired
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
keta honda civic

proton baru mazda etc brand2 baru sume berdedai jer

atas jln rnr full tiap kali cuti smpai queue pjg nak

buang air nak byr tol pun susah beratur pjg

mc d kfc etc fast food pun tetap penuh sentiasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
masuk sini @dodolgemok oooi haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 3-11-2019 10:58 PM
3thn lps dah predict benda ni hahahaha madey tu elok jadi menteri luar negeri jer la hahahaha asyik  ...

Kompeni2 kecik dah byk yg bungkus, yg dpt survive kompeni2 yg ada demand saja, kompeni besar pon dah lama struggle nak mantain operasi tp gaji menteri dan wakil yg berhormat makin naik sejak 3thn lps haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 03:25 PM | Show all posts
dah 19 bulan rupanyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesi pembuangan org sedang giat dijalankan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 02:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 03:21 PM | Show all posts













Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu kena BMF. Tgk apa berlaku kpd Saji selepas kempen BMF. Terus mencanak naik jadi nombor 1 pilihan rakyat (sbb majoriti rakyat siapa?)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068358 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list