CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6048|Reply: 44

Bagaimana saya 'menabung' sambil berbelanja dengan aplikasi SHOPBACK

[Copy link]
Post time 4-11-2019 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TT tak dapat tidur so jalan jalan di facebook, terserempak pula dengan artikel ni. Hurm. Menarik.

Petik dari Facebook:

Bagaimana saya 'menabung' sambil berbelanja dengan aplikasi SHOPBACK

Ramai yang masih kurang pencerahan tentang aplikasi berkonsepkan 'pengembalian wang tunai' atau cashback. Ianya boleh disifatkan seperti program kesetiaan,dimana perbelanjaan online yang dibuat melalui pelbagai aplikasi dihubungkan menerusi satu pelayan induk yang menawarkan pulangan wang tunai pada kadar 0.1% sehingga lebih dari 10% bagi setiap transaksi pembelian yang dilakukan.

Bagi saya yang sering menempah hotel atas urusan kerja dan peribadi melalui aplikasi agoda,booking.com dan membuat pelbagai pembelian secara atas talian seperti shopee, ladaza dan lebih dari 500 kedai atas talian yang lain, selain mendapatkan tawaran diskaun bagi pembelian tersebut, saya turut mendapat pulangan wang tunai melalui aplikasi penghubung iaitu SHOPBACK. Saya mula menggunakan Shopback pada sekitar Julai 2017. Walaupun berasa agak sangsi pada mulanya, tapi saya cuba juga bagi pembelian bernilai kecil pada mulanya dan setelah berjaya mendapat pulangan balik RM50 pertama, saya terus menggunakan aplikasi ini bagi setiap pembelian sehingga sekarang.

Caranya agak mudah. Hanya install aplikasi Shopback di google play store dan daftar seperti semua apps yang lain. Anda juga boleh menggunakan link ini bagi mendaftar :

https://app.shopback.com/mys?raf=u7rIOQ

Bagi setiap pembelian pertama, anda akan mendapat 'welcome bonus' sebanyak RM5 menggunakan kod diatas. Setiap pembelian harus dibuat melalui aplikasi Shopback. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membeli sesuatu di Shopee, buka aplikasi Shopback, cari link untuk Shopee dibawah menu shopping. Klik butang 'shop now' dan anda boleh lihat peratusan pulangan wang tunai bagi aplikasi berkenaan serta syarat-syaratnya. Teruskan dengan menekan butang 'continue to app', anda akan dibawa ke aplikasi shopee dan anda boleh membeli belah seperti biasa.

Setelah bayaran dilengkapkan, biasanya Shopback akan mengambil masa beberapa hari bagi mengesan pembelian anda; dalam kes contoh ini, setiap pembelian di shopee mengambil masa 2 hari untuk pengesanan dan 75 hari bagi pengesahan dan penebusan. Bagi tujuan penebusan, ianya akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Jumlah minima yang diperlukan untuk penebusan adalah RM10. Dalam kes saya, penebusan berjaya dilakukan hanya dalam tempoh lebih kurang seminggu permohonan dan dikreditkan ke dalam akaun bank yang saya berikan sewaktu pendaftaran. Sehingga sekarang, jumlah terkumpul di dalam akaun saya adalah melebihi RM900, cukup untuk tebus dan bercuti secara percuma!

Sekarang sehingga 31 Oktober 2019, Shopback sedang mengadakan promosi bonus pulangan balik wang tunai sebanyak RM50 bagi tempahan percutian pertama kali. Tunggu apa lagi? Tempahlah sekarang!

*Iklan ini tidak ditaja oleh Shopback dan percutian percuma hanya untuk diri saya sendiri sahaja. Mohon jangan komen nak ikut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2019 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tkde maknanya menabung smbil bebelanja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ak pn ade apps ni. syok jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Best ke? Haritu baca komen kat twitter kata takde la best sangat. Terus tak jadi nak guna
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Best la sambil sopim sambil dpt cashback. Book hotel kat agoda, sopim kat lazada sopi, sopim brg baby bonds pn dpt cashback refer je sesapa bila signup terus dpt rm5 free. Aiolls bayo bil2 kat shopee pn dpt cashback taw sbb ada apps shopnack ni. Bil bulan2 da la beratus2,dpt la jgk casjback sikot ponn, hewhew~
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak shopping xdala cashback ni kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
aku ritu download pada awal kemunculan apps ni. tapi agak leceh la, sbb kena link2 kat tab lain.

inconvenience lah utk user
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Best jgk..tapi sikit sgt la point dapat and Kalau booking.com tu Baru tinggi sikit point cashback.

Satu lagi nk dapat cashback tu makan masa..kena lalui step pengesahan dulu..cth belanja bulan 8, bulan 11 baru disahkan. Dan nk withdraw money kena cukup rm10 atau more yang dah lepas disahkan baru blh..

Kalau beli barang sikit2 tu mmg x target nk cashback dlm masa terdekat pun..buat kumpul point jela..dah tau bkn senang org nk bagi kita duit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2019 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. Smpai 900 dah.. Brapa juta dah kau shopping?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 4-11-2019 06:53 AM
Tkde maknanya menabung smbil bebelanja.

Dpt balik duit juga la.. Sy baru tau 3 bulan lps.. Now rm23..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 10:58 AM | Show all posts
sarah82 replied at 4-11-2019 10:53 AM
Dpt balik duit juga la.. Sy baru tau 3 bulan lps.. Now rm23..hahahah

oo ada jugak la..tapi konsep dia byk kau mengabis bykla cash back.tak seswai utk kaka yg kurang minat sopim (jenis sengkek manjang)



Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
https://app.shopback.com/mys?raf=ab6Hoc nahh my referal link, sign up, soping, hatta topup lima hengget je pn kat sopi da blh claim rm5 FREE dulu aiol selalu amek order dr org sekeliling yg nak beli brg kat sopi lazada 11st ke bookibg.com ke, iols tlg belikan n dpt cashback. X amek.upah pon orderkan sbb i know blh kumpul.sikit2 kat sopback ni. Even my mum nak beli sangkar kucen pn kat sopi rm30 je i orderkan  
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 4-11-2019 10:58 AM
oo ada jugak la..tapi konsep dia byk kau mengabis bykla cash back.tak seswai utk kaka yg kurang mi ...

Sy shopping barang2 keperluan tok.. Kurang2 dpt balik boleh beli brg utk dia.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 11:19 AM | Show all posts
sarah82 replied at 4-11-2019 11:04 AM
Sy shopping barang2 keperluan tok.. Kurang2 dpt balik boleh beli brg utk dia.. Hahahaha

good good
cucu yg bijak
bole guna pakai ni..sbnrnya kaka tk spend cash sgt..byk pakai kad dan online je.
tpi mikir otak dh kaput nk slot benda ni plak..aiseh

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 4-11-2019 11:19 AM
good good
cucu yg bijak
bole guna pakai ni..sbnrnya kaka tk spend cash sgt..byk pak ...

Hahaha.. Sy kan suka berjimat.. Plus sy tak nak bebankan keluarga tok sy mengasuh ni.. Tu yg cari jalan nak jimat
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
auntyonion replied at 4-11-2019 10:59 AM
https://app.shopback.com/mys?raf=ab6Hoc nahh my referal link, sign up, soping, hatta topup lima heng ...

Berapa banyak dah terkumpul cash aunty utk tempoh yg berapa lama? No wodner akak tengok ada org offer nak tolong belikan kat org luar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2019 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt balik seringgit 2 lepas shopping
Tapi ai selalu lupa masuk thru shopback bila nak shopg kat shopee bila mata dh kelabu tgn plak bgegar2 nak purchase.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh byk siut... Mak punya belas2 hengget je
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
yg buat artikel ni tt eh? buat artikel sbb nak dapat referral lettew
review jujur aku: kalau beli kat shopee masa first time (shopee existing acc bukan new user) guna shopback dapat 1% je, lepas brp bulan turun 0.75%, skrg 0.5%. Dah la pembelian kena tggu 75/90 hari baru boleh claim, tu pon masih boleh kena reject, nak dispute mcm leceh gila procedure, baik burn jah stakat 80sen. sempatla kumpul rm70 gitu. tapi skrg dah malas nak guna sbb sikit sangat lgpon baik la aku bertunggu tangga kat shopee jah terus kejar cashback voucher sampai berbelas rm satu transaction. sejak kempen 11.11 ni dah lebih rm100 (10,000++ coins) cashback aku dapat, padahal hujung bulan 10 baru start. hampir setiap hari aku shopping nak kumpul coins banyak2, nnt masa takde kempen ape2 senang nak beli barang terdesak. sambil kumpul cashback guna jugak cashback yg dah dapat
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la drpd xde langsung kan. Kalau yg rahin sopin on9 tu berbaloi lah guna. Kurang2 dpt la 10, 20 sen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.243952 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list