CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25754|Reply: 169

[Jenayah] kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan

   Close [Copy link]
Post time 5-11-2019 10:39 AM | Show all posts |Read mode
TERTUDUH PERTAMA MENGAKU TEKAP TAPAK KAKI, LUTUT ZULFARHAN DENGAN SETERIKA WAP
KUALA LUMPUR, 4 Nov : Tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mangsa menggunakan seterika wap.
Muhammad Akmal Zuhairi, 23, turut mengakui bahawa Zulfarhan menjerit kesakitan, setiap kali beliau ditekap dengan seterika wap dan mangsa juga tidak melawan.
Tertuduh berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim semasa prosiding membela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Bagaimamapun dia tidak bersetuju dengan cadangan Julia, bahawa dia bukan hanya menekap seterika wap di dua bahagian itu, malah juga di bahagian lain.
Kepada soalan Julia bahawa dia hanya menyapu losyen gamat pada luka yang dialami Zulfarhan sepanjang 23 hingga 26 Mei 2017, tertuduh berkata “Ya”.
Katanya dia telah membawa Zulfarhan  ke Klinik As-Salam di Bandar Baru Bangi pada 27 Mei 2017, namun tidak membawanya ke Klinik UPNM, kerana ketika itu cuti semester.
“Semasa di klinik itu, saya, Muhammad Afif dan Abdoul Hakeem Mohd Ali (dua tertuduh) masuk sekali ke dalam bilik rawatan. Tiada surat daripada doktor untuk rujuk Zulfarhan ke hospital,” katanya.
Kepada cadangan Julia bahawa terdapat 90 kesan Zulfarhan dicucuh seterika dan dikatakan dia telah mencucuh Zulfarhan dengan seterika wap sebanyak 18 kali, Muhammad Akmal berkata “Tidak setuju”.
Muhammad Akmal turut  tidak bersetuju dengan cadangan Julia bahawa selain dirinya, empat lagi tertuduh lain iaitu Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri juga menekap Zulfarhan, menggunakan seterika berkali-kali secara bergilir-gilir.
Julia: Sepanjang Zulfarhan dicucuh dengan seterika, adakah kamu cuba untuk menghentikan perbuatan itu.
Muhammad Akmal: Tidak hentikan.
Tertuduh juga mengakui sebagai pegawai kadet dan pelajar universiti itu, tindakan yang dilakukannya itu salah dan tidak mengikut undang-undang.
Muhammad Akmal berkata selepas Zulfarhan mengaku bahawa dia mengambil komputer riba dan memohon maaf serta meminta sedikit masa untuk mengganti semula barangan tersebut, dia tidak membuat laporan kepada pihak atasan.
Julia: Saya katakan kamu tak buat laporan sebab kamu tahu perbuatan kamu memukul Zulfarhan adalah salah dan akan diambil tindakan.
Muhammad Akmal: Saya tak setuju. Kebiasaannya, di UPNM tak ada apa yang berlaku.
Julia: Jadi budaya disitu, pukul orang tak ada apa yang berlaku, curi komputer riba kena buang. Itu yang kamu maksudkan?
Muhammad Akmal: Ya Yang Arif.
Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakilinya,  Muhammad Akmal,  menjelaskan dia membawa Zulfarhan keluar dari UPNM untuk mendapatkan rawatan di klinik tersebut kerana ingin tahu keadaan luka di tubuh badan mangsa, sama ada terdapat jangkitan atau tidak.
Disoal Amer Hamzah adakah tertuduh ada memohon maaf kepada Zulfarhan dan bagaimana keadaan mangsa ketika itu, tertuduh menjawab dia ada meminta maaf kepada Zulfarhan kerana telah menggunakan seterika wap terhadap rakannya itu.
“Keadaan Zulfarhan ketika itu baik dan lukanya ada yang beransur pulih serta ada yang berair,” katanya.
Amer Hamzah: Boleh jelaskan kenapa kamu tidak setuju dengan cadangan pendakwaan bahawa kamu dan rakan-rakan melakukan cucuhan menggunakan seterika berulang kali secara bergilir-gilir?
Muhammad Akmal: Sebab saya tak nampak mereka buat guna seterika. Selepas saya buat (tekap) saya pergi tandas dan keluar merokok.
Pada 31 Julai lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala Abdoul Hakeem dituduh mengikut Seksyen 109 kanun sama  yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi tertuduh iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang-sa bagi maksud hendak memerasnya, untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti tersebut, Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azman bersambung esok.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2019 10:40 AM | Show all posts
And Justice For All
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kes tak berkait dgn unsur racist dan politik  dan tk de phk berkuasa yg nak cover. jika dah terbukti salah pasti dihukum
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 11:05 AM | Show all posts
cepatlah hukum dorang..lama dah kest ni berlanjutan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm hulur tengkuk ke tali gantung je
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga ade keadilan utk allahyarham zulfarhan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2019 11:50 AM | Show all posts
clear cut case ada niat membunuh...mati kerana laptop bodoh shj...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Part dulu..sat lagi baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2019 12:02 PM | Show all posts
trtunggu org bukak thread psl ni. kalau baca dari keterangan tertuduh mmg npk sangat lawyer dh bg jawapan siap2 utk lepaskan tengkuk. pas tu lebih nk jaga hati kawan bila ckp tak setuju part mengiron secara bergilir2 tu. konon lps tu keluar hisap rokok. bukan saksi ckp dorang  ni mmg start dari pkl bape sampai azan subuh kan. tak de pn saksi ckp tertuduh ade yg keluar lps iron arwah tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 12:09 PM | Show all posts
tak sabar nk tunggu hukuman...dh lama sgt dok bersoal jwb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 12:09 PM | Show all posts
mizruncing replied at 5-11-2019 12:02 PM
trtunggu org bukak thread psl ni. kalau baca dari keterangan tertuduh mmg npk sangat lawyer dh bg ja ...

but the case getting on good progress sbb ada yg mmg mengaku iron tu but i kinda know where are they heading to. masing2 mmg cederakan arwah but tak membunuh. tp kesian sgt dkt family arwah dgr balik pengakuan and lakon semula ni, iols baca sgt2 sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuti sem klinik upnm tutup ke?  Kan ke ade geng2 kadet yg x cuti?  Ipta yg bkn upnm pon bukak time cuti sem..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih.....budak ni baya2 anak aku....walau anak aku umur 18. ...tapi tetap rasa baya2 anak. .....cemanalah korang berhati syaitan sanggup mendera kawan sampai mati. ....cemanalah didikan keluarga mak bapak budak2 yg membunuh ni. .......
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 12:15 PM | Show all posts
MissLana replied at 5-11-2019 12:09 PM
but the case getting on good progress sbb ada yg mmg mengaku iron tu but i kinda know where are th ...

kann tu meols ckp mmg lawyer dh bg ayat siap suh mengaku tu. tp ada jgk ayat dia something fishy. like btol ke dia buat mcm tu or sekadar reka cerita je
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 12:16 PM | Show all posts
beloomberk replied at 5-11-2019 12:14 PM
Cuti sem klinik upnm tutup ke?  Kan ke ade geng2 kadet yg x cuti?  Ipta yg bkn upnm pon bukak time c ...

obviously la drg taknak pihak u tau.

kalau bawa klinik upnm, mesti la panjang cerita, kena report kat pihak u.

tu yang dorang gigih bawak ke luar tu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2019 12:39 PM | Show all posts
beloomberk replied at 5-11-2019 12:14 PM
Cuti sem klinik upnm tutup ke?  Kan ke ade geng2 kadet yg x cuti?  Ipta yg bkn upnm pon bukak time c ...

buat apa nak g klinik upnm uolss nanti kantoi laa dorang membuli. doc2 kt klinik ipta dorang mestilahh akan report ke authority. bahaya laa utk samseng ni semua. but panjang jgk akal nak memikir in case arwah kena infection or tak. tp still bodoh sbb nasi dah jd bubur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
siap mengaku lagi tu boleh pukul org sesuka hati kat sana, mmg guna undang2 rimba betul
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 12:57 PM | Show all posts
serious laa..mmg x bole nk imagine....

semoga yg berkenaan mendapat hukuman yg setimpal...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam terbayang plak dia menjawap dgn muka berlagak seolah x bersalah.imiginasi betul..
Harap jangan lah lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 01:48 PM | Show all posts
cepat la habis bicara ni.  semoga arwah mendapat pembelaan yang adil. ntah2 arwah mengaku tu sebab tak tahan kene sterika tu. sian parents dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.068977 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list