|
Edited by FanTasyCreaTioN at 6-11-2019 04:08 PM
Insya-Allah kita hantar warga emas pergi umrah, kata Wee
Nov 4, 2019 (Dikemaskini Nov 4, 2019)
A A
PRK TG PIAI | Calon BN, Wee Jeck Seng, berjanji untuk menghidupkan semula program tajaan warga emas Muslim ke Mekah jika beliau memenangi persaingan pada 16 Nov ini.
Sebelum ini Wee menggerakkan kempen tersebut pada 2016. Ketika itu beliau adalah penyandang kerusi parlimen terbabit.
“Mungkin tuan puan masih ingat, saya ada buat satu program khas untuk masyarakat Melayu. Sebahagian daripada mereka dah berusia, tapi ada niat nak ke tanah suci, tapi tak kesampaian.
“Maka dengan itu, saya buat satu program untuk menghantar 10 lelaki warga emas ke tanah suci untuk menjalankan umrah [...] (ketika itu).
“Saya boleh buat komitmen. Komitmen maknanya janjilah ya. (Kalau) Kerajaan (PH), janji tu tak jadi janji, tapi kalau saya janji tak (tunai), saya dosa, tak boleh.
“Saya janji, insya-Allah, kalau kita menang kali ni, maka kita mahu hantar lagi warga emas sedemikian ke tanah suci untuk umrah,” katanya.
Wee yang juga ketua MCA Tanjung Piai berucap sedemikian semasa sesi memperkenalkan diri di ceramah kelompok BN di Pekan Nanas malam tadi.
Perluas untuk wanita juga
Dalam program yang pernah dibuatnya dulu, 10 orang warga emas setempat dipilih untuk mengerjakan umrah, dan menurut Wee, ia ditanggung sepenuhnya oleh peruntukan kawasan yang diterimanya.
Katanya, program itu dilakukan kerana beliau melihatnya sebagai salah satu tanggungjawab sebagai anggota parlimen yang perlu menjalankan tugas dengan “seikhlas yang boleh”.
Malah, tambah Wee, sekiranya menang dalam PRK ini, beliau akan berusaha mencari dana supaya program itu juga dapat diperluaskan kepada warga emas wanita juga. |
|