View: 17595|Reply: 244
|
[Tempatan]
Photographer dikecam. Gambar pengantin background perkuburan Kristian di Batu Pa
[Copy link]
|
|
'Saya silap, bukan cari publisiti'
“SAYA mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,” kata pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26.
Nur Amirah memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai gambar seorang model wanita bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di Facebook (FB) miliknya baru-baru ini.
Gambar itu kemudiannya tular di media sosial hingga mengundang kemarahan warganet yang kurang senang dengan tindakan jurugambar seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.
Menceritakan perkara sebenar, Nur Amirah berkata, gambar berkenaan diambil pada Ahad lalu di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat.
Menurutnya, gambar itu diambil untuk koleksi peribadi dan kemudiannya dimuat naik di akaun FB miliknya bukan untuk mencari publisiti.
“Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.
“Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.
“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro malam tadi.
Nur Amirah yang menetap di Kluang turut menafikan gambar berkenaan diambil untuk tujuan pemasaran bagi perniagaannya.
“Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah aktifkan akaun FB buat sementara bagi meredakan keadaan.
“Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.
“Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Xpaham..apa masalahnya bergambo kt situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dahh jadi iklan percuma
Iye la dek!
Xsengaja la sgt |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada masalah ambil gambar kahwin depan kuburan....dalam tandus, kamar mandi, tempat sebelih ayam pun boleh no problem... |
|
|
|
|
|
|
|
dekat kubur je pun.. semua nak sensitif diorang ni. Dah lah kuat sensitif, mudah terpengaruh pula tu.Lemah sangat nampaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-11-2019 07:47 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nak cari publisiti murahan caranya timbulkan kontroversi kemudian pura pura minta maaf
Artis selalu guna cara ni bila sendu, job kurang |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma replied at 6-11-2019 07:39 AM
dekat kubur je pun.. semua nak sensitif diorang ni. Dah lah kuat sensitif, mudah terpengaruh pula tu ...
dulu ada kes org gambar kat kubur islam, pun 2x5 semua mengecam. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia buat tema 'Ajal dan Jodoh' |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak bg korang insaf bila nampak kuburan..kenà kutuk puleksss |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 6-11-2019 07:17 AM
Xpaham..apa masalahnya bergambo kt situ..
Tu lah...aku pun tgh fikir ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku tak sensitif pada org yg meninggal.. Kubur.. Tak kira agama apa.. Hormat la pada si mati |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ambik gambar biasa takpe. kalau duduk dan posing, selayaknya dikecam. Kalau orang duduk2, tangkap gambar posing2 dekat kubur arwah mak aku, aku pon mengamuk. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 6-11-2019 08:30 AM
Mcm kes ni jd isu bkn shb bgambr d kuburn org Kristian tp sbb kuang ajar duduk atas kubur org.... bygkn klu org dok kat kubur makpak nekatok adik bradik sdara mara... mau x hampa sentap mrpyan seluruh alam tuiter... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 6-11-2019 08:30 AM
Tq sarah..
memang patut kena kecam pun.. tak hormat langsung! |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 6-11-2019 08:30 AM
patut lar dikecam...jadah dok bertenggek atas kubur org.nsb tak nmpk nama kat kubur tu kalau tak mau kene saman.
amik pic tepi2 kubur je dag la.gigih nak kelainan sgt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|