|
[Tempatan]
Photographer dikecam. Gambar pengantin background perkuburan Kristian di Batu Pa
[Copy link]
|
|
AbukRokok replied at 6-11-2019 09:29 AM
anak murid seman?
Baru nk tanya soklan yg sama?
Jijan seman kah, najib tersodok kah sifu marketing minah ni |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 6-11-2019 09:42 AM
Nak tau anak jijang senang je. Dorang ada sticker
Apooo? Sticker? Cemaner ghupa?
|
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish replied at 6-11-2019 11:09 AM
cuols... org kristian baru je dah sembahyang All Souls Day beberapa hari lepas
lepas balik dari ...
Kompom la xde org nk sewa baju2 dlm photoshoot ni
Bawak suweei sungguh! Choi! |
|
|
|
|
|
|
|
Pengantin berbaju songket posing di tanah perkuburan, pemilik butik akui kesilapan – “Saya hanya mahu ambil gambar ‘rare’, kubur-kubur mereka pun nampak cantik”
MEDIA sosial digemparkan dengan gambar-gambar pengantin beraksi di tanah perkuburan bukan Islam sehingga membangkitkan kemarahan warganet.
Berbaju songket tradisional pengantin, lengkap dengan tiara dan veil, seorang wanita dilihat memegang sejambak bunga putih sambil pelbagai aksinya dirakam termasuklah 'pose' duduk di tepi kubur.
Rata-rata warganet menyifatkan sesi penggambaran itu adalah keterlaluan dan tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Model pengantin duduk di tepi kubur. Foto ihsan Nur Amirah Mohd Amiruddin
“Perasaan hormat langsung tak ada. Orang sekarang nak famous sanggup buat apa saja... tak fikir sensitiviti. Banyak lagi tempat lawa, nak juga pergi kubur. Otak cair betul,” tulis seorang warganet.
“Lawa macam mana pun perkuburan tu, janganlah pergi ambil gambar di sana. Tiada respek betul pada kematian dan agama,” ujar seorang lagi netizen, antara yang berang dengan gambar-gambar pengantin yang tular itu.
Bercakap kepada mStar, pemilik butik pengantin berkenaan, Nur Amirah Mohd Amiruddin tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung kontroversi gambar di tanah perkuburan bukan Islam itu.
Wanita berusia 26 tahun itu memberitahu, sesi penggambaran di tanah perkuburan Kristian di Batu Pahat, Johor Ahad lalu melibatkan beberapa model dan bukan pengantin sebenar.
“Kami membuat sesi penggambaran itu sekadar suka-suka untuk menimba pengalaman dalam mencari gambar-gambar rare yang lain daripada lain.
“Asalnya kami nak buat tema gothic tapi tak ada baju yang sesuai. Jadi, kami hanya meneruskannya dengan menggunakan baju-baju pengantin untuk menjimatkan kos,” katanya kepada mStar.
Mengenai pemilihan tanah perkuburan Kristian sebagai lokasi penggambaran, Nur Amirah yang baru mengusahakan butik pada bulan lalu itu mengambil inspirasi dari luar negara.
“Bagi saya, ambil gambar dalam hutan, di tepi sungai atau pantai tu dah jadi kebiasaan. Saya mahu cari kelainan, lari daripada kebiasaan.
“Menerusi carian di internet, banyak gambar model pengantin dari luar negara di kawasan perkuburan. Jadi, saya ambil inspirasi daripada Mat Salleh yang buat fotografi macam tu. Kubur-kubur mereka pun nampak cantik untuk dijadikan lokasi penggambaran,” tambahnya.
Menerusi carian di internet, banyak gambar model pengantin dari luar negara di kawasan perkuburan. Jadi, saya ambil inspirasi daripada Mat Salleh yang buat fotografi macam tu.
NUR AMIRAH
Nur Amirah yang menetap di Kluang, Johor itu bagaimanapun menjelaskan bahawa gambar-gambar tersebut diambil untuk tujuan koleksi peribadi dan bukannya sebagai strategi pemasaran.
Menurutnya, gambar-gambar tersebut dimuatnaik di laman sosial peribadi miliknya tetapi diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga ia menjadi tular.
Walaupun tiada niat untuk menghina kawasan perkuburan bukan Islam, dia akur apabila dikatakan tindakannya itu tidak sensitif dengan masyarakat Malaysia yang terdiri pelbagai bangsa dan agama.
“Sehubungan itu, saya membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia pelbagai lapisan masyarakat di atas tindakan saya itu. Saya akui kesilapan yang telah dilakukan.
“Apa yang saya lakukan itu sekadar mencari pengalaman baharu untuk menampilkan kelainan, dan ia tiada kaitan dengan sama ada hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
“Saya mohon maaf dan memberi jaminan untuk tidak mengulangi kejadian seperti itu. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” ujar Nur Amirah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 6-11-2019 09:33 PM
Apooo? Sticker? Cemaner ghupa?
Ohh sticker kat socmed hehee |
|
|
|
|
|
|
|
X de lak entiti yg ngikut balik
Bior depa gerun skit jgn smpi ada yg ngikut bergambar |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 6-11-2019 10:38 PM
dah kenapa duduk atas kubur org lain, pakai warna warni pulak tu, p ...
Sbb tak beradab.. Lps tu acah2 tak bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelamin viral kau... Mmg nak.viral sebenarnya...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 6-11-2019 01:35 PM
Kompom la xde org nk sewa baju2 dlm photoshoot ni
Bawak suweei sungguh! Choi!
Itula.. betul2 bad marketing ni.
Setaun dua org akan ingat bridal ni tapi bukan service bagus.. sebab baju2 kawen pernah digayakan kat kubur |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma replied at 6-11-2019 07:39 AM
dekat kubur je pun.. semua nak sensitif diorang ni. Dah lah kuat sensitif, mudah terpengaruh pula tu ...
Okay lah macam tu.. nanti bila turn kau pergi plak.. boleh la org posing kat kubur kau nanti.. kan |
|
|
|
|
|
|
|
royaldanish replied at 6-11-2019 11:03 PM
Itula.. betul2 bad marketing ni.
Setaun dua org akan ingat bridal ni tapi bukan service bagus.. ...
Tu la.. bodow nau.. pekat tak campo ayirrr
|
|
|
|
|
|
|
|
astaga..batu nisan org..lak tu...
dah kenapa?
kalau waris tu nampak..mampus la korg kena saman
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah nya tudung masam kau tu tak masuk tema macam Mat Salleh tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nur Amirah Mohd Amiruddin
ingat nama pompuan pefeeling kreatif nih ya anak2 sekalian. esok2 korang posing la puas2 kat kubur dia pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
harap waris kepada arwah tu tengok n saman dorang sume ni.
lepas tu,denda pergi hantar bunga kat tiap2 kubur tu sejambak bunga tiap2 bulan selama 20 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak kreatif sangat,pergi la masuk mana2 church,temple yg bangunan cantik2 photoshut dalam tu.
dalam muzium,dalam penjara pun tak pernah dibuat orang lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak faham how are people okay with this? benda ni sah sah kurang hormati and nak cetuskan masalah perkauman. bodoh nak mampos |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih sbb viral. sales masyukk katanya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
riena3321 replied at 7-11-2019 02:59 AM
terima kasih sbb viral. sales masyukk katanya
alahaiii. viral sebab benda bodoh. yg support nya pon bodoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|