Post time 6-11-2019 01:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seperti yang dijangka itu lah keputusannya. Depa diberikan kuasa seketika sahaja hak ditindas begitu sahaja. Sama sama kita bangkit menentang rejim zalim ini.
Post time 6-11-2019 02:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Apakah ini juga hanya KEBETULAN....?
Selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)semalam, dua perkara berlaku:
1. Penegasan Kerajaan untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) secepat mungkin.
2. Penarikan balik pertuduhan ke atas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berkaitan LTTE oleh pihak Peguam Negara tanpa dikemukakan sebarang sebab di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Apakah ini hanya kebetulan?
Apakah benar Tun Mahathir ditekan pimpinan DAP untuk beralah dalam dua isu yang melibatkan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara?
Di manakah prinsip ‘Rule of Law’ yang dicanang-canangkan?
Selepas pertuduhan rasuah melibatkan rumah banglo Lim Guan Eng ditarik balik walaupun mahkamah telah mulakan prosiding, Peguam Negara harus segera tampil menjawab insiden terbaru ini!
Batal pertuduhan LTTE: KPN kata mungkin ada isu teknikal
6 November 2019
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan LTTE ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran.
Beliau menjelaskan, mungkin ada beberapa isu teknikal yang membuatkan mahkamah menolak kertas pertuduhan terhadap Gunasekaran yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
“Saya belum dapat lagi alasan mengapa mereka buat demikan, mungkin ada sebab tertentu. Saya tidak terkejut. Ini normal dalam siasatan polis. Saya tidak syaki apa-apa, mungkin ada isu teknikal.
“Mungkin ada sebab tertentu berhubung dengan keperluan perundangan yang belum dapat lagi,” katanya dalam sidang media di Maktab PDRM Kuala Lumpur hari ini.
Awal hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, Seremban, masing-masing pada 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lalu.
Gunasekaran bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan diwakili barisan empat peguam yang diketuai RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong.
Sebelum ini Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan dituduh masing-masing di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober kerana memberi sokongan kepada LTTE dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober, atas pertuduhan tambahan.
Post time 7-11-2019 09:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mohon majlis raja2 hamek perhatian. Jangan selfishh sangat komer tengku2 hengat org awam sepot komer sebab nk penuhkan tembolok komer jer ker penat2 bayar cukai nak sepot elaun kerabat bagai!!!!