CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3371|Reply: 32

[Jenayah] Dasar komunis.. Isteri etnik Uighur dipaksa sekatil dengan pegawai kerajaan

[Copy link]
Post time 6-11-2019 05:14 PM | Show all posts |Read mode

Kerajaan pusat didakwa cuba menarik lelaki yang masih bujang di kawasan pedalaman China untuk berpindah ke wilayah Xinjiang dan mengikat tali perkahwinan dengan wanita Islam yang sudah berkahwin. - Foto Agensi


BEIJING: Wanita Islam yang sudah berkahwin di China sering dipaksa untuk berkongsi satu katil dengan pegawai kerajaan lelaki yang dihantar untuk memantau mereka.

Pendedahan menggemparkan itu dibuat selepas golongan isteri etnik Uighur di wilayah Xinjiang diminta untuk 'menjemput' pemeriksa ke rumah mereka di bawah program pengawasan wajib ketika suami mereka ditahan di pusat pendidikan semula di negara itu.


Ketika terpaksa berpisah dengan suami masing-masing, mereka juga perlu memberikan maklumat tentang aktiviti seharian dan pandangan politik mereka kepada pemeriksa lelaki yang menggelar diri mereka sebagai 'saudara' golongan itu.

Selain itu, mereka juga digalakkan untuk 'menyemai perasaan cinta' antara satu sama lain.


Difahamkan, golongan 'saudara' tersebut datang melawat mereka setiap dua bulan dan akan tinggal seperti pasangan suami isteri sepanjang hari.

"Mereka akan 'bantu' keluarga itu dengan ideologi dan membawa idea baharu. Mereka akan bercakap tentang kehidupan apabila mula terbit perasaan cinta," lapor Radio Free Asia memetik kenyataan pegawai kerajaan dari daerah Yengisar di wilayah Kashgar.

Jelasnya, antara 70 hingga 80 keluarga di bandar itu menerima kunjungan 'saudara' kebanyakannya lelaki etnik Han yang akan tinggal selama enam hari bersama setiap keluarga.

Sementara itu, Kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW) mendedahkan kempen kerajaan digelar 'Berpasangan dan Menjadi Keluarga' telah dikuatkuasakan di wilayah didiami etnik minoriti Islam tersebut sejak awal 2018.

"Keluarga Islam di seluruh Xinjiang kini terpaksa tidur dan makan di bawah pemerhatian ketat walaupun di dalam rumah mereka sendiri," kata penyelidik kanan di kumpulan yang berpusat di New York, Maya Wang.

Pembongkaran program itu dibuat selepas Beijing dikatakan menggalakkan lelaki Han berkahwin dengan wanita Uighur untuk mengajar mereka tentang apa disebut kerajaan sebagai 'ideologi yang betul'.

Kerajaan pusat didakwa cuba menarik lelaki yang masih bujang di kawasan pedalaman China untuk berpindah ke wilayah Xinjiang dan mengikat tali perkahwinan dengan wanita Islam yang sudah berkahwin.

Mereka yang mengikuti dasar itu dikatakan akan menerima tanah percuma dan insentif perumahan.

Kira-kira 30 juta lelaki di China kebanyakannya penduduk Han gagal mencari pasangan hidup kerana isu ketidakseimbangan jantina di negara tersebut.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2019 05:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa etnik Uighur ni, Rupa turki mix Chinese
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah melindungi mereka... Aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 05:52 PM | Show all posts
Semoga semua saudara se Islam kita dilindungi
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lupa diri bangsa 2b tuh. Nantikan balasannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
etnik2 yg tertindas ni mmg tak reti nak melawan balik ke? kalo bersatu hati ramai2, pasti dpt kalahkan musuh
ni aku tgk asyik meratap sendu jah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Etnik han hodoh ke.. aku search muke mcm tak.cun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2019 06:20 PM | Show all posts
Jorja replied at 6-11-2019 05:30 PM
Lawa etnik Uighur ni, Rupa turki mix Chinese

Mereka ni dari negara serpihan russia yang ada bunyi than kat belakang nama negaranya sebab tu tak nampak macam orang China yang biasa.  Manakala puak Han ni mereka kebanyakannya beragama islam (mereka ni ramai mengusahakan kedai makan halal disana) dan muka macam orang China biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2019 06:20 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 6-11-2019 06:06 PM
etnik2 yg tertindas ni mmg tak reti nak melawan balik ke? kalo bersatu hati ramai2, pasti dpt kalahk ...



kerajaan komunis ni strict gila..tak sempat nak bersatu dia cantas awal2 tangkap masuk kem yg lelaki. itu yg jadi macam ni..
fb socmed semua kat sana di sekat..mana maklumat nak keluar melainkan ada yg terlepas dari wartawan yg power2



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 08:29 PM | Show all posts
info Yahudi dr New York
boleh percaya ke


kat Youtube versi  Uighur  di tindas semua dr Yahudi
versi pelancong ke Xinjiang semua nampak Uighur bahagia je
tak nafi kat sini ramai pengikut sesat upahan Yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:29 AM | Show all posts
cilaka punya kapir laknat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye lah, parti komunis china tu parti kembar Umno kan

https://1.bp.blogspot.com/-fE6zX3jLFIE/WjExmFAcPUI/AAAAAAAAAAc/gPDJt_RSjt4W9qcXmAv8-qv5jIz5vNELQCLcBGAs/s1600/WhatsApp%2BImage%2B2017-12-11%2Bat%2B11.11.29.jpeg
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 7-11-2019 08:29 AM
cilaka punya kapir laknat...

....lihat 13#
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:48 AM | Show all posts
tudiaa...
jika benar, kasihan pd sedara umat Islam kita..
jika xbenar, mampos ke neraka ler....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:55 AM | Show all posts
Tun M x nak komen ke ? kasi komen laa skit Tun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 09:58 AM | Show all posts
semoga Allah lindungi mereka
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 10:02 AM | Show all posts
kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dilraba dilmurat x kena mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 10:56 AM | Show all posts
macam dulu arwah saddam difitnah habis-habisan sampai dia meninggal baru kita tahu kebenarannya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.073497 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list