CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3696|Reply: 30

[Tempatan] Mee segera goreng ayam berulat. Restoran di Seri Manjung (nama dirahsia) diarah

[Copy link]
Post time 6-11-2019 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Hidangan berulat




“SAYA tiada niat jahat dan hanya mahu memberi peringatan kepada orang lain supaya lebih berhati-hati kerana ia membabitkan makanan,” kata Wan Mohd Amirul Wan Mohd Azam.

Wan Mohd Amirul, 24, adalah individu yang memuat naik video yang memaparkan mee segera goreng ayam berulat di sebuah restoran di Seri Manjung yang tular hari ini.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kepada rakannya 5 pagi tadi dan merakam video berkenaan sebelum dikongsi dengannya di WhatsApp.

“Rasanya mee segera tiada masalah cuma ulat dari ayam yang dipercayai sudah beberapa hari, nasib baik dia belum sempat menjamah hidangan itu.

“Rakan sudah memaklumkan kepada orang kedai berkenaan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana peniaga tidak mementingkan kebersihan makanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, dia mengambil inisiatif berkongsi video berkenaan di Facebook (FB) kerana mahu orang ramai lebih berhati-hati dan baginya jika perkara itu didiamkan saja dibimbangi berulang lagi.

“Sebelum ini sudah ada berita keluar mengenai kedai makan kotor tetapi pengusaha makanan seperti tidak ambil kisah dan masih ada menjual makanan kitar semula.

“Jadi saya fikir ini untuk peringatan semua lagipun ia berlaku kepada kawan saya dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya tidak menerima aduan rasmi daripada pihak terbabit bagaimanapun mengambil maklum video yang tular itu.

“Setakat ini tiada aduan rasmi tetapi ia tular dalam media sosial dan pihak kami sedang menyiasat perkara ini,” katanya.

Tinjauan di kedai makan terbabit mendapati premis itu sudah diarah tutup oleh pihak berkuasa selama 14 hari bermula 4.30 petang hari ini sehingga 20 November ini namun usaha mendapatkan komen pemilik kedai tidak berhasil kerana tiada di premis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 November 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Eww...brp hari punya ayam simpan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 10:07 PM | Show all posts
Bagi tau je nama kedaai tu
Alang alang da kasi viral camni...hilite je nama kedai mcm tu
kenapa nak rahsiakan..
kalau ko rahsiakan padanlaaa dgn muka hang...!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti baby lalat tu.... Ayam terdedah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun ada pengalaman mcm ni tapi kedai lain la...lepas kejadian tu taubat tak beli makanan kat kedai mamak tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2019 04:14 AM | Show all posts
Eeeuuuwwwww ......gelinya tgk huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:32 AM | Show all posts
mamaks?

yukksss!

kenapa la korang suka sgt makan kat mamak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayam goreng mamak terdedah la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:02 AM | Show all posts
Ayam dah berapa hari dah...maunyer tak berulat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:03 AM | Show all posts
nih mesti ayam goreng yg dia jual tuh terdedah dari siang, lalat hinggap....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:09 AM | Show all posts
ya allah nk muntah..wekkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:25 AM | Show all posts
Punya banyak macam tu, geli lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:35 AM | Show all posts
mamak ke?
suka nau makan kedai 24j
ntah bila diorang nak kemas kedai
makan recylcle lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama dirahsia tu boleh agak lah kedai sapa. Untuk jaga marwah mulayu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 10:50 AM | Show all posts
setakat nak makan megi, masak sendiri la dik oiii...bukan susah pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 11:58 AM | Show all posts
Euwww ayam goreng recycle dah semalam punya mungkin mana tak berulat, berbondong2 keluar dari ayam lepas dipotong2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 02:55 PM | Show all posts

boleh tahan besar ulat tu
nama penuh kedai tak jelas


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 02:58 PM | Show all posts
kedai mana kat Manjung tu ? cer khabor nama kedai terus...naya kang aku pi kedai tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:01 PM | Show all posts
klu mkn jgk ayam tu
konpem ceri beri...muntah segala akan melanda
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.339014 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list