CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2074|Reply: 19

[Tempatan] RM6.9 bilion wang tak dituntut. Boleh semak secara ONLINE tahun depan

[Copy link]
Post time 6-11-2019 09:48 PM | Show all posts |Read mode
RM6.9 bilion wang tak dituntut, semak atas talian tahun depan - MOF
November 06, 2019 21:15 MYT

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM10.826 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) telah diserahkan oleh pelbagai entiti kepada Jabatan Akauntan Negara (JANM) sehingga 31 Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2.085 bilion telah dibayar balik, RM1.8 bilion telah dikreditkan dalam pindahan hasil kerana tidak dituntut dalam tempoh 15 tahun sekali gus menjadikan jumlah semasa dalam akaun amanah WTD adalah RM6.932 bilion.
Jelasnya, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah mewujudkan sistem semakan atas talian bagi memudahkan rakyat Malaysia yang mana ia dijangka boleh diakses selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Pihak JANM telah membangunkan perisian supaya kita boleh akses secara atas talian. Data telah dimuat naik dan sekarang kita tengah buat ‘stress test’ supaya apabila kita buka kepada umum, orang ramai akses dan sistem tersebut tidak lumpuh.
“Kita harap hujung tahun ini atau awal tahun depan ia akan dapat memudahkan rakyat Malaysia untuk akses dan tahu berapa banyak yang tinggal (tidak dituntut) dan kemudian pergi membuat tuntutan,” katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 atau Belanjawan 2020 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selain isu akses kepada nilai WTD, Amiruddin memaklumkan bahawa isu logistik juga antara masalah yang dihadapi rakyat ketika membuat tuntutan WTD.

Mengikut rekod Kementerian Kewangan, bagi tempoh sama tahun lalu sebanyak RM9.974 bilion WTD diserahkan dengan RM1.875 bilion telah dibayar balik, RM1.6 bilion telah dikreditkan dalam pindahan hasil kerana tidak dituntut dalam tempoh 15 tahun menjadikan jumlah semasa akaun tersebut berjumlah RM6.495 bilion.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada menyumbang sikit..buka akaun bank last2 tak guna sbb banyak sangat ada..hihi
Nak tuntutlah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh harap2 ada million dollar duit sis yang x di tuntut
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah ada online. Jenuh nak pegi ke tempat dia nu. Dah la buka office hours je. Kita pun kerja. Lansung tak sempat pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut le xde ak check aritu, padahal ada je ak rs dlm 10-20 hingget dlm dormant akaun bank ak. Yg aktif akaun gaji ak je skg ni. Dulu masa study u, ada 3 bank ak bukak. Satu wajib sbb u suh, satu bank sesaje bukak sbb kebetulan dia bukak cawangan kt u ak, satu bank tmpat keje lama ak nye gaji. 15 tahun br leh tuntut., ak nye dormant dlm 7 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang ada online. Harapnya adalah sikit duit belum dituntut.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2019 01:38 PM | Show all posts
baguslah ade online ni.. dah bape tahun dah dgr nak ade online ni tp tetap takde.. harap yg ni menjadi la ye..
aku pernah pergi, nak check utk org dah meninggal, kemain mcm2 dia suruh bawak padahal nak check je bukan nak tuntut.. kalau dah bawak semua surat tetiba takde duit kuciwa la kang
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 01:45 PM | Show all posts
Lengkong replied at 7-11-2019 06:56 AM
Senang ada online. Harapnya adalah sikit duit belum dituntut.

adik aku buat semakan bulan lepas.... dapat 4k+++
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 03:19 PM | Show all posts
Dari tahun lepas lagi cakap pasal online...
Nak check jugak... dulu ada akaun bank bumiputera, BSN, ASN. Dulu2 biasiswa masuk ASN.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah brp taun dgr bole cek online tp bertangguh2 lagi.  Igt lg dulu waktu viral pertama kali ade sorg g cek dpt beribu. Maka ada yg ckp cepat2 la korg g cek. Esok tk tuntut, rosmah pakai duit tu buat shopping. Terus la beratur umat sekalian alam nk g cek  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:31 PM | Show all posts
Baguslah...lama dah aku tunggu nak di online kan.  Nak pergi ofis hour pun kena pegi awal & beratur ambik nombor. Dahlah sehari ada limit sekian sekian nombor je
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 04:57 PM | Show all posts
okay tazabar nak t engok duit beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari tahun lepa ckp thn ni ada online.. nnti tahun depan kata tahun depan lagikk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi je mana mana kaunter jabatan wang tidak dituntut. Google la sket mane paling dekat. Bawah salinan ic, muka depan bank yang aktif. Pastu isi borang tuntutan dan serah. Tunggu la sms atau emel makluman kalau ada.

Asalnya nk tuntut cek insuran terbatal, dpt la xtra rm20 utk pendaftaran masuk usm dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 6-11-2019 11:16 PM
Eloklah ada online. Jenuh nak pegi ke tempat dia nu. Dah la buka office hours je. Kita pun kerja. La ...

Pasal duit kena pergi bank atau jabatan ni. Semua benda kena bercetak. Utk tuntutan la kot boleh online
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 9-11-2019 08:09 AM
Pasal duit kena pergi bank atau jabatan ni. Semua benda kena bercetak. Utk tuntutan la kot boleh o ...

At least boleh check online dulu, ada ke tak duitnya. Kalau ada, then boleh pegi tuntut. Kalau takde online ni, beratur panjang penat penat, sekali check takde.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-11-2019 10:06 AM
At least boleh check online dulu, ada ke tak duitnya. Kalau ada, then boleh pegi tuntut. Kalau tak ...

Sekarang jabatan tengah lengang sbb semua tunggu sistem online. Besok dah online mmg panjang lg proses tunggu nya. Saya p hari tu dtg je kene panggil. Jabatan kecil je kat putrajaya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 9-11-2019 11:26 AM
Sekarang jabatan tengah lengang sbb semua tunggu sistem online. Besok dah online mmg panjang lg pr ...

Jabatan mana tu? Nak pegi jugak kalau lengang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-11-2019 08:25 PM
Jabatan mana tu? Nak pegi jugak kalau lengang.

Kaunter wang tidak dituntut, jabatan akauntan negara, putrajaya. Bawa ic, salinan ic dan salinan buku bank. Diorg ahti kering tanak fotostatkan apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 9-11-2019 08:50 PM
Kaunter wang tidak dituntut, jabatan akauntan negara, putrajaya. Bawa ic, salinan ic dan salinan b ...

Ooo ok ok. Thanks for the info. Bolehlah try nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.073694 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list