CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4546|Reply: 63

[Tempatan] Saya Tak Mahu Tersalah Pilih Pengganti Sekali Lagi - Tun M

  [Copy link]
Post time 7-11-2019 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RABU, 6 NOVEMBER 2019 @ 4:37 PM

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu berhubung pemilihan penggantinya bagi jawatan Perdana Menteri.

“Saya buat banyak kesilapan melantik pengganti... Jadi saya tidak mahu buat silap lagi kali ini.

“Sesiapa pun akan rasa berdebar apabila hendak menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada penggantinya,” katanya dalam pertemuan dengan akhbar Financial Times, di Bangkok, baru-baru ini.

Perdana Menteri merujuk kepada kekecewaannya dalam memilih pengganti pada 2003 dan 2009, masing-masing membabitkan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir bagaimanapun mengulangi komitmen beliau bahawa tiada perubahan mengenai calon penyandang seterusnya untuk menerajui tampuk pentadbiran Malaysia apabila semua isu berkaitan ekonomi, termasuk bebanan hutang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

“Tidak, sebenarnya tiada tarikh atau tempoh tertentu yang dinyatakan, sebaliknya keputusan untuk mengundurkan diri bergantung kepada beberapa masalah yang Malaysia hadapi ketika ini.

“Saya ada pengalaman menyelesaikan kemelut kewangan, jadi mereka mahu saya untuk (terus pikul tugas sebagai Perdana Menteri) bagi merungkai isu terbabit sebelum meletakkan jawatan,” katanya.

Isu peralihan kuasa sering kali menimbulkan ketegangan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan segelintir pemimpin utamanya mengusulkan supaya Dr Mahathir kekal menerajui tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri selama satu penggal penuh, iaitu hingga 2023.

Gesaan sedemikian turut disuarakan enam Ahli Parlimen UMNO, pada 24 Oktober lalu, yang tampil memberi sokongan supaya Pengerusi PH itu meneruskan mandat sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Enam individu berkenaan adalah Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Dr Adham Baba (Tenggara), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts

Tau dah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 01:11 AM | Show all posts
Perdana Menteri merujuk kepada kekecewaannya dalam memilih pengganti pada 2003 dan 2009, masing-masing membabitkan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Datuk Seri Najib Razak.


Compared to the fourth and the seventh eh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap la takut PM ke 8 buat apa yang PM ke 7 buat pada PM ke 6. PM ke 6 baru berapa tahun memerintah si seretnya / di serbu. PM ke 4 dah 22 tahun memerintah kalau di selongkar rekod.mesti masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 01:44 AM | Show all posts
Ngaku je la nak ganti dgn satu satunya pilihan yakni boboi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya yg dok pimpin tu pn x berapa betoi dh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2019 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kau pun sama x betul
bajet2 maksum sgt
menyampah aku tgk atuk94 nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:12 AM | Show all posts
ya betul...simunggu sedia berkhidmat menggantikan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2019 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Boboboi kuasa 3
Hidup boboboi !

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hai bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:16 AM | Show all posts
terpikir sapa la yg sebenar2 layak utk jawatan PM ke8 ni. uols rasa seelok nya sapa. susah dh nk percaya perangai sorang2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan kata atuk ja. Rakyat pun ramai tersalah pilih. La ni depa tengah kelemasan di telan ayaq kencing.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:32 AM | Show all posts
dh tu ko x rasa ke diri ko sndiri tu satu kesilapan buat rakyat msia?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 7-11-2019 08:32 AM
dh tu ko x rasa ke diri ko sndiri tu satu kesilapan buat rakyat msia?

Kan ak dh ckp tu tu hari.. Nk cuci nama diri.. Maka dicipta la alkisah tun ni zuhud.. X reti mmilih org... Tu yg slama 22 tahun.. Asyik kena tipu jak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:50 AM | Show all posts
ok la dia takut dr bagi ganti yg ckp zakat pun nak bagi kt non muslim ..yg tue pun tak bleh pikir.mcm mana konon nak jadik pm 8.. rosak malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:54 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 7-11-2019 08:44 AM
Kan ak dh ckp tu tu hari.. Nk cuci nama diri.. Maka dicipta la alkisah tun ni zuhud.. X reti mmili ...

utk sentiasa diingati sbg seorang pemimpin super hebat..
tp mgkin die pk diri tu selevel Gandalf..makin tua makin hebat kuasa magikanya..dan umur boleh mencapai smpi 1000 thn..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kasian tak de manusia lain yg berkualiti sampai atok uzur pun suruh pimpin
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 08:58 AM | Show all posts
all atuk

kan senang cakap direct saya nak mimim jadi PM8

letih kami rakyat marhen nak dengar putar belit
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:05 AM | Show all posts
adeqbun replied at 7-11-2019 08:54 AM
utk sentiasa diingati sbg seorang pemimpin super hebat..
tp mgkin die pk diri tu selevel Gandalf. ...

hahah,...ttiba masuk LOTR...

tp Gandalf dari grey sampai tukar ke white...tetap merendah diri...mnerima kelemahan org dan diri seadaanya...tidak la 24 jam pikir dia tu dewa maha hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 09:21 AM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 7-11-2019 09:23 AM

Nak kata Tun ni, zaman 22 tahun dia hebat sangat pun tidakjuga...sana sini projek melingkup aka kena tipu kekawan memanjang...

KLCC pun dah kena jual...jadi aku x nampak.sindrom salah pilih tu perlu menghantaui Tun..atau ada benda yg Tun nak sembunyikan...


Sebab itu Tun nak memastikan pengganti dia mesti boneka..pak turut....dengar semua apa cakap dia..if engkar...mula la ...


org tu..if liat sangat nak lepas jawatan...ada benda la tu....


Siapa yg x nak duduk rehat diam2 kat rumah...umur senja banyakkan amalan ibadat? melainkan ada benda yg dia risaukan if pengganti dia jenis kepala batu...
ini pun sifir dia mudah sahaja...x perlu matematik tambahan etc..

yg aku nmpk...setiap hari ..makin kantoi segala tingkah laku dia 22 tahun lepas...patut la risau memanjang..nak kata selamatkan Malaysia..habuk..x nmpk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.232877 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list