View: 10237|Reply: 158
|
[Tempatan]
Banyak bandar di Malaysia lenyap tahun 2050
[Copy link]
|
|
Bandar utama di Malaysia akan 'lenyap'
HIDAYAH HAIROM | | 6 November 2019
Antara kawasan di Malaysia yang tersenarai akan terjejas dan berapa bawah paras laut menjelang 2050.
SHAH ALAM - Beberapa bandar-bandar utama di Malaysia didakwa bakal 'lenyap' kerana akan berada di bawah paras laut menjelang tahun 2050.
Perkara itu didedahkan pusat penyelidikan swasta, Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) melalui Twitter rasmi hari ini.
Pendedahan juga itu adalah berdasarkan kajian terbaharu Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding terbitan Nature Communications.
Antara negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Penang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.
"Pada tahun 2050 Alor Setar menjadi sebuah pulau; sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan; Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam; Bagan Datoh, Teluk Intan, dan Kuala Selangor lenyap; Port Klang tenggelam; Shah Alam menggecil; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertempat di sebelah pantai.
"Muar dan Pekan juga tenggelam; Kuala Terengganu mengecil dan menjadi beberapa buah pulau. Di Sarawak, Kuching juga mengecil dan menjadi beberapa buah pulau," katanya.
Antara pendedahan Cent-GPS di Twitter berdasarkan kajian terbaru antarabangsa.
Tambah kenyataan itu lagi, berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah. Projek perumahan dibazirkan. Tanah perladangan rosak. Krisis kekurangan makanan melanda.
"Tak kiralah parti mana yang anda sokong, orang korporat ataupun NGO, ini adalah realiti masa hadapan kita," katanya.
Ciapan tersebut menjelaskan, kajian dibuat oleh Scott A. Kulp, dari Universiti Rutgers Amerika Syarikat itu menggunakan model CoastalDEM (Digital Elevation Models) iaitu pengukuran yang lebih tepat berbanding model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM) pada kajian terdahulu.
"Model CoastalDEM mengurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yg terjejas dgn lebih tepat, berpunca drpd perubahan iklim,"katanya.
Dalam masa sama pendedahan itu turut menyatakan di peringkat global, populasi Asia adalah paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut iaitu sebanyak 70 peratus.
"Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira. Keseluruhan bahagian selatan Vietnam termasuk bandar Ho Chi Minh akan tenggelam pada tahun 2050.
"Bandar-bandar utama seperti Bangkok, Mumbai dan Shanghai akan lenyap," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teori org putih banyak mengarut..selama aku hidup tiada pun bandar besar sudah tenggalam & hilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
di jakarta sana udah ada area yg mmg tenggelam
di youtube BBC indonesia, jakarta sinking tu ada tunjuk satu masjid ni, dah kene tenggelam smpi separuh bumbung sbb paras air laut semakin naik
masjid tu located tepi laut pun
BBC Indon interbiu ummah lokal, ummah tu bilang masa kecik2 dulu dia selalu shalat di masjid tu tapi kini udah tidak boleh diguna lagi yach |
|
|
|
|
|
|
|
hamdalah |
|
|
|
|
|
|
|
Hangpa sempat ka idak berjumpa tahun 2050 itu ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-11-2019 09:07 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_premierleag replied at 7-11-2019 09:04 AM
di jakarta sana udah ada area yg mmg tenggelam
di youtube BBC indonesia, jakarta sinking tu ada tun ...
Patut la Jokowi nk pindahkan ibu negara ke Kalimantan plk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Korek la lagi emas hitam.. korek biaq semua daratan jadi sink hole.. bukit, gunung kasi tarah sampai rata.. |
|
|
|
|
|
|
|
peratusan utk percaya tu kurang |
|
|
|
|
|
|
|
kat BBC Indon tu, ada jugak diorg tunjuk area lain di jakarta sana selain lokasi masjid tu
tp iols cuma bleh recall masjid tu je
cuba uols tengok kat youtiub
|
|
|
|
|
|
|
|
Muor tu memang rendah sangat, rata takde bukit, especially area sekitar HSBC tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh jadi, sebab dulu Gunung Jerai tu adalah sebuah pulau |
|
|
|
|
|
|
|
i tgk video u
seram betul
masjid tu da jadi laut...diorang pasang tebatan
kalau panjat mmg nampak masjid dlm laut
yg sebelah tebatan tu pulak jalanraya dah mmc berair jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul! Banyak bukit bukau dan gunung ganang yang dah ditarah.. untuk buat penempatan rumah2 harga mampu tengok!
|
|
|
|
|
|
|
|
So kita nak pindah negara mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
utara jakarta dah tenggelam dan terpaksa buat tembok....laut lebih tinggi 2m dari daratan dan daratan terus tenggelam 10cm setahun
|
|
|
|
|
|
|
|
iya sis
sbb ummah jakarta mmg guna sumber air dr bawah tanah
lama2 tanah bakalan mendap ke bawah
dah la sana ada berjuta penduduk jah
berapa byk gallon air yg kene pam hari2
lama2 mmg mendap
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu, iols penah jua terbaca, psl pelabuhan tanjung priok di jakarta sana
in the future jua bakalan lenyap ya port itu
dah la port tu terbesar dan tersibuk di asia tenggara
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu meols target nak anak2 migrate ke Jepun.
Hihihihi...sebab Jepun dah siap sedia untuk hadapi semua ni.
Lagi pun coastal area Kat Jepun berbukit-bukit....Tak macam di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|