CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 957|Reply: 10

[Tempatan] Pengundi Cina lebih ramai tumpu ceramah BN. PH kena migraine. Tgh fkir apa lagi

[Copy link]
Post time 7-11-2019 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Pengundi Cina lebih ramai tumpu ceramah BN
7 November 2019

HARI kelima kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikan bahang pilihan raya semakin dirasai masyarakat setempat.

Perang pemasangan kempen pilihan raya seperti sepanduk, bendera dan risalah calon dilihat semakin menggalakkan di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas dan Kukup.

Kelihatan juga hampir kesemua calon bertanding daripada enam calon berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 2 November lalu, kini sudah menggerakkan 'gear' kedua dan ketiga bagi meningkatkan usaha mendekati pengundi.

Lebih menarik, salah seorang calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock, 49, sudah mula mengorak langkah memulakan kempen pilihan raya meskipun mendakwa hanya menumpukan pendekatan media sosial semata-mata.

Teka-teki 'kehilangan' seorang lagi calon Bebas mewakili Gabungan Pemandu Teksi SeMalaysia (GTSM), Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43, dalam kalangan pengamal media juga terjawab hari ini apabila beliau mengumumkan akan mengadakan sidang media mengenai PRK esok.

'Kehilangan' Faridah Aryani yang merupakan calon bidan terjun menimbulkan tanda tanya golongan pengamal media yang membuat liputan sepanjang kempen PRK kali ini susulan gagal dihubungi selain bayang langsung tidak kelihatan.

Upacara 'serang-menyerang' kredibiliti calon dan pemimpin parti politik di PRK Tanjung Piai juga dilihat sudah bermula apabila dua laporan polis dibuat penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), satu ditujukan kepada calon BN dari MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, manakala satu lagi terhadap Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Calon tunggal wanita dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wendy Subramaniam pula membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan penularan poster mendakwanya menjadi 'boneka' PH di laman-laman sosial.

Keseluruhan perjalanan kempen PRK Parlimen Tanjung Piai mencakupi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas dan Kukup ketika ini masih terkawal dan berlangsung dalam suasana tenang.

Bagaimanapun, dari aspek sambutan pengundi terhadap program turun padang calon-calon pilihan raya termasuk ceramah berkelompok, calon BN, Jeck Seng dilihat sedikit mendapat kelebihan berbanding calon PH dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Karmaine Sardini.

Senario itu dapat dilihat ketara berdasarkan bilangan kehadiran pengundi Cina di DUN Pekan Nanas apabila program ceramah Dr Jeck Seng sentiasa dipenuhi pengundi, berbanding ceramah calon PH dikatakan kurang mendapat sambutan.

Bahkan dalam satu program forum kopitiam di DUN Pekan Nanas, kehadiran Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong juga dilihat gagal menarik perhatian lebih ramai pengundi cina.

Perubahan trend kehadiran pengundi Cina ke program ceramah kelompok calon ketika ini dianggap mengejutkan memandangkan sebelum ini, mereka akan memenuhi segenap ruang program ceramah calon dan pemimpin PH.

Situasi ini turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk Parlimen Tanjung Piai sama ada desas-desus pengundi Cina marah terhadap kerajaan PH ketika ini adalah satu kenyataan atau terdapat unsur percaturan politik dalam kalangan pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa mahukan calon Bersatu kalah?

Terdapat juga desas-desus mengatakan Jeck Seng kini hanya memerlukan tambahan 10 peratus undi kaum Melayu untuk mencipta kejutan memenangi semula kerusi Parlimen Tanjung Piai dari tangan PH.

Lebih menyukarkan keadaan, calon PH, Karmaine Sardini juga didakwa berdepan tekanan daripada akar umbi parti yang didakwa memboikotnya termasuklah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.

Hal ini berikutan Bersatu Johor dikatakan berpecah kepada dua kem dengan Karmaine didakwa merupakan calon pilihan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya dipilih bertanding berbanding calon dikehendaki akar umbi parti.

Ditambah dengan pengaruh Karmaine dikatakan kurang dikenali penduduk tempatan berbanding Jeck Seng, PRK Parlimen Tanjung Piai ini pastinya menjadi satu ujian berat kepada PH bagi mengekalkannya.

Dari sudut pengundi Melayu, jangkaan Jeck Seng akan diboikot penyokong UMNO meleset sama sekali apabila kehadirannya di setiap pusat daerah mengundi (PDM) kawasan Melayu disambut meriah, terutama di Kukup.

Bagaimanapun, sama ada Jeck Seng turut mendapat sokongan pengundi menyokong Pas tidak dapat dipastikan.

Bagi Karmaine pula, kehadiran pengundi Melayu di program ceramah beliau juga masih tinggi meskipun terdapat dakwaan pengundi Melayu marah kepada PH.

Ditambah sokongan diberikan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang turut giat berkempen membantu calon PH, tidak mustahil peratusan undi Melayu diperolehi calon PH itu pada PRK kali ini lebih tinggi berbanding PRU14.

Walaupun tumpuan pemerhati politik lebih terarah kepada dua calon dari PH dan BN, peluang calon Gerakan, Wendy juga tidak boleh dinafikan dan dilihat lebih mampu mencipta kejutan berbanding calon Berjasa, Ir Badrulhisham.

Ini disebabkan program ceramah beliau turut mendapat perhatian masyarakat setempat, yang mungkin mencari parti alternatif boleh mewakili suara ketiga rakyat.

Sebenarnya, masih terlalu awal untuk memperkatakan calon mana lebih berpeluang menang pada PRK kesembilan selepas PRU14 ini kerana perjalanan kempen belum mencecah usia seminggu.

Cuma diharapkan suasana kempen PRK kali ini berjalan dengan penuh kematangan dan dapat dikekalkan sehingga hari pengundian, sekali gus tidak dicemari dengan insiden-insiden yang boleh memalukan politik negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
jangan sembang je lebih
nanti bila undi semua kat parti roket
dgr boleh percaya jangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 04:38 PM | Show all posts
hahahaha...melayu mudah lupa...melayu layu di tanah melayu....never learn from mistake....ini 1 bangsa tak boleh dipercayai lah bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 04:39 PM | Show all posts
hahahaha...melayu mudah lupa...melayu layu di tanah melayu....never learn from mistake....ini 1 bangsa tak boleh dipercayai lah bodoh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 7-11-2019 11:21 AM
jangan sembang je lebih
nanti bila undi semua kat parti roket
dgr boleh percaya jangan

tp mslhnya kempen ph mmg takde org haha
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kemenangan adalah bedasarkan kiraan undi. bkn dikira sapa palinh ramai,sapa bawak bendera paling bnyk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 9-11-2019 10:17 PM
tp mslhnya kempen ph mmg takde org haha

ye ke babe
teruk sgt dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang aku tau, org yg paling teruk kena serang setiap kali PRK ialah Najib.....Najib20X
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2019 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Parti atuk? patut dikatuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 9-11-2019 10:59 PM
Yang aku tau, org yg paling teruk kena serang setiap kali PRK ialah Najib.....Najib20X

pdhl najib bkn bertanding hahs
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle replied at 9-11-2019 11:17 PM
Parti atuk? patut dikatuk

No vote for Mahathir busuk...kuat gaduh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067877 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list