CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8754|Reply: 133

[Tempatan] Dah duduk 100 tahun pemilik nak ambik balik tanah

  [Copy link]
Post time 7-11-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 7-11-2019 02:46 PM

Kenapa halau kami?
MyMetroMutakhir

Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

PENDUDUK Kampung Laksamana di Teluk Intan, bimbang dihalau dari kediaman mereka selepas dimaklumkan pemilik tanah kampung itu mahu membangunkan kawasan berkenaan.

Mereka terdiri daripada antara 70 hingga 80 orang membabitkan 16 keluarga itu resah susulan menerima surat guaman meminta mereka mengosongkan kawasan kampung itu.

Penduduk, Wahida Abd Wahid, 45, berkata, selama ini, mereka tinggal di kampung itu dalam suasana harmoni dan aman walaupun hidup dalam serba kekurangan.


“Kami hanya ada kawasan ini... entah bagaimana nasib kami sekiranya dihalau dari kampung yang keluarga kami diami sejak lebih 100 tahun lalu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Wahida berkata, dia adalah generasi ketiga yang tinggal di kampung berkenaan dan semua urusan pembayaran sewa tapak selama ini dikutip oleh ejen pemilik.

Menurutnya, sehingga minggu lalu, tiada sebarang masalah timbul antara mereka dengan pemilik tanah.

“Namun, tiba-tiba kami menerima surat daripada syarikat guaman, beberapa hari lalu, yang mahu kawasan itu dikosongkan dalam tempoh terdekat.

Sedangkan, semua utiliti termasuk cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya kami bayar tanpa gagal sejak dari dulu lagi.

“Tanah ini bagaikan tanah pusaka kami. Namun kini mungkin tiada lagi dan ke mana hala tuju kami selepas ini?” katanya.

Katanya, rata-rata penduduk kampung berkenaan mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan, kerja kampung dan mencari rezeki dari hasil sungai.

Bagi P Ramaiammah, 74, kampung itu satu-satunya tempat tinggal keluarganya dan tindakan pemilik adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.

“Pemilik sepatutnya mengadakan pertemuan dengan kami dan berbincang secara elok sebelum tindakan diambil dan bukannya mengarahkan kami keluar secara mengejut,” katanya.

Justeru, katanya, mereka mahu pihak kerajaan terutama Pegawai Daerah Hilir Perak serta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu campur tangan dan mencari jalan untuk membantu penduduk di situ.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, ketika membuat lawatan ke kampung berkenaan menasihatkan agar penduduk berkenaan bersabar.

Katanya, perkara itu akan dibawa ke pengetahuan Pegawai Daerah Hilir Perak sebelum dimaklumkan kepada kerajaan negeri pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula 15 November ini.

“Amat menyedihkan apabila mengetahui perkara ini berlaku dan saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membela nasib penduduk di sini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 2:37

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 02:51 PM | Show all posts
dah memang ada tuan tanah..toksah kira la betapa aman sentosanya hidup korang..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:08 PM | Show all posts
dah nama pun hak org..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:09 PM | Show all posts
Dah tanah bukan milik sendiri nak bantah pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la ko duk 2 juta tahun pun tp kalu tanah tue atas nama org lain.. So yg berhak adalah org tue.. Bukan ko.. Nak kisah hak deme tp hak tuan tanah mcm mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap besar duduk 100 thn xpacak kuil..klu x sng2 dpt tanah free
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2019 03:25 PM | Show all posts
nie jenis tak bersyukur nie... dah sampai 3 generasi tak reti2 nak carik harta sendiri?

mcm nie gerun betul nak sewakan tanah/ rumah kat 3rd party....

takut nanti dah bertahun2 sewa dikatanya hak dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lain kali pacak kuil keliling kmpg tu. Selamat la rumah korg. Silap2 dpt pampasan + tanah free lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 03:42 PM | Show all posts
hmmm kesian lah, sudah tinggal begitu lama disitu.
tapi, tempat itu hak org, mereka patut tahu the moment will come when the owner nak ambil balik hak dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian jugak nasib depa nih... Dah nak buat lagu mana dah tuan tanah tak sudi nak menyewakan... Carik jer tanah lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yang dikatakan pemilik tanah aka tuan tanah kedaung tu? Kena cek jugak macam mana tanah tu dapat jadi milik dia in the first place. Manusia lain pun perlu rumah jugak untuk hidup. Kau plan nak buat shopping komplek ke dek?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:48 PM | Show all posts
bayar segala mala mak bapak cukai pun, status korang kat situ tetap penyewa..
duduk la berapa lama sekali pun..
tetap status penyewa bukan pemilik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:50 PM | Show all posts
berpindah aje la...sambil nyanyi 'nenek moyang kaya raya...'
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok tanah orang, kata tanah pusaka? Da nama pun menyewa, walaupun bayar segala macam sewa, bil utiliti bagai, tanah tu tetap bukan tanah korang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
harta orang diclaim macam harta sendiri..
3 generation tu..mmg takde inisiatif nak kuar dan cari umah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya pacak kuil dekat situ.. buat 4 penjuru dekat hujung kampung.. lepas tu claim kuil tu dah ada seratus juta tahun yg lalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2019 04:08 PM | Show all posts
kesian.. carik lah penempatan baru kak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau i pon hantar surat jah. Kalau ajak berjumpa confirm merayu2 nak duduk lg 3bulan, dah 3 bln, nk duduk setahun. Xkuasa nak layan. Dah 3 generasi dia bg masa.

Kesian dgn tuan empunya tanah. Bg masa singkat ckp suruh bg masa nk beli tanah, bg lebih2, mcm ni la xsedar diri siap claim 3 generasi duduk aman2. Elok halau je semua
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pon kira tuan tanah nak ambik secara baik. Ada kes i tgk cerita tamil, dia bakar je terus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 7-11-2019 04:09 PM
Kalau i pon hantar surat jah. Kalau ajak berjumpa confirm merayu2 nak duduk lg 3bulan, dah 3 bln, nk ...

Jgn jd mcm kes paya jaras baru2 ni..bg notis 4 thn pn x pindah2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.073605 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list