CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4199|Reply: 30

[Tempatan] Sepi Sendirian Di Hujung Usia

  [Copy link]
Post time 8-11-2019 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nur Saliawati Salberi

“JIKA ini sudah takdir hidup, saya reda menghabiskan sisa usia tua seorang diri di sini.

“Alhamdulillah, walaupun usia sudah 85 tahun, saya masih diberikan kesihatan baik untuk menguruskan diri sendiri,” kata warga emas, Dollah Muhamad yang tinggal menyewa seorang diri di rumah kecil di Kampung Ujong Pasir, Melaka.

Warga emas itu kini tinggal seorang diri selepas isterinya meninggal dunia 25 tahun lalu dan menjadikan beberapa kucing serta ayam sebagai teman.

Menurut Dollah, walaupun menyedari keadaan kediaman didiaminya itu sudah usang selain bumbung bocor, dia akan terus menghabiskan hari tuanya di situ kerana banyak tersimpan kenangan bersama arwah isterinya di rumah itu.

Bercerita mengenai anaknya, bapa kepada empat anak itu berkata, dia lebih selesa tinggal bersendirian daripada menyusahkan mereka yang turut mempunyai keluarga.

“Berbekalkan kudrat masih ada, saya mampu menguruskan diri serta memasak. Sekiranya demam atau tidak sihat saya akan meminta rakan untuk hantar ke klinik.

“Untuk mencari duit tambahan, setiap pagi saya akan tolong jiran mengupas kelapa dan selepas itu hanya berehat di rumah,” katanya yang menyewa rumah berkenaan dengan kadar sewa RM250 sebulan.

Menurutnya, selain diberikan upah, jirannya turut memberi makan dan minum kepadanya, malah dia turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Tidak perlu ke rumah orang tua kerana saya rasakan di sini lebih baik dan biarlah saya pun meninggal di sini.

“Jika ada pihak sudi membantu, harapan saya agar atap zink yang kebanyakan sudah bocor dapat digantikan, itu sudah memadai,” katanya sambil menahan sebak.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Azman Aziz berkata, pihaknya sudah berkunjung ke rumah warga emas berkenaan dan mendapati dia tinggal dalam keadaan uzur serta dalam persekitaran kurang sihat.

“Susulan itu MAIM sudah meluluskan empat bantuan kepada warga emas terbabit iaitu bantuan makanan bulanan, sewa rumah, sakit kronik, kecemasan serta bantuan Ramadan dan Aidilfitri.

“Semua kelulusan itu berkuat kuasa bermula November tahun ini sehingga Oktober 2020,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 6:14 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2019 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts


DOLLAH melihat mengemas barang di rumah sewanya. (Gambar kanan) Dollah menunjukkan atap bocor. FOTO Nur Saliawati Salberi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 07:30 AM | Show all posts
katanya dulu....kalau kahwin nanti dah tua anak2 jaga

tapi nan hadoooo....masing2 sibuk hal keluarga sndri
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
In sha Allah kehidupan Pakcik lebih baik selepas ini



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:26 AM | Show all posts

Rumah kecil usang gitu rega 250? lintah darat sungguh!

patut tolak duit sewa utk ganti atap baru. Apa daa tuan rumah duit nak tapi repair atap tak nak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila pakcik tak sihat, harap2 anak2 akan jaga. Selagi ada kudrat, selagi tu la akan tolak pelawaan anak2 untuk duduk sekali. Perangai orang tua memang macam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuan rumah sepatutnya betulkan bumbung. Kesian pakcik ni. Semoga aku juga di masa tua seperti pakcik ni tidak mengharapkan anak anak. Redha aje katanya tak mau menyusahkan anak anak. Boleh memasak sendiri. Hidupnya ringkas.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 8-11-2019 08:35 AM
Tuan rumah sepatutnya betulkan bumbung. Kesian pakcik ni. Semoga aku juga di masa tua seperti pakcik ...

Hujung hujung menyusahkan orang juga apabila sudah tidak boleh mengurus diri sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau ye pon anak2 tak jaga takkan tak hulur duit? tapi pakcik ni mmg nampak sihat walaupon umur 85. palig2 pon belikannla rumah kecik at least ayah awak tu tak payah menyewa
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tak nak susah kan anak tapi orang sekeliling pulak kene bantu. anak2, kok ye pun bapak cakap gitu, takkan terus bolayan saja. anak2 lajak ke apa ni. pakcik ni dah tahu tak sihat rumah bocoq, sorang diri, degil taknak dok welfare. kang pengsan sensorang cemana
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:03 AM | Show all posts
emmmmmmmmmmmmm

x berani nak ckp apa2.. kene dengar dua belah pihak .. skrg ni kalau tgk dr gambar x boleh dijadikan 100% betul...

semoga pakcik dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:53 AM | Show all posts
lahh ingatkan rumah sendiri.. klo sewa nape tak panggil tuan rumah betulkan atap bocor
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 8-11-2019 08:48 AM
Hujung hujung menyusahkan orang juga apabila sudah tidak boleh mengurus diri sendiri

Doalah supaya tak menyusahkan anak anak atau orang sekeliling. Dah mati kang orang lain atau anak anak jugak yang uruskan jenazah kita.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:07 AM | Show all posts
anak-anak takkan la tak boleh pakat belikan tanah buat rumak untuk bapak tu..
sampai ke tua kena menyewa..
kalau tak mampu sangat pun, tolong-tolong la betulkan sikit rumah kalau owner tak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:09 AM | Show all posts
kena dgr citer dr anak2 plak...tp rasa pakcik ni rasa masih sihat utk ddk sorg2 kot..mcm mak aku...mmg xnak ddk dgn anak2...dia lg suka ddk umah dia..mcm2 blh buat..aku la yg selalu call dan jenguk dia..in fact husband aku ddk dgn mak aku 2 mlm semggu..sbb keje dkt dgn umah mak aku tu..so mak aku happy2 je..adik beradik pun keliling...mmg tak la dia nak ddk dgn kitaorg....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:15 AM | Show all posts

Sebab tu aii beranak ramai sebab aii berharap agar ada satu dari anak anak ini menolong waktu tua. Tolong takat jengah seminggu sekali, bawa jumpa doktor, tolong beli barang barang dapur etc. Aiii pun tak nak dok dgn anak anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 11:19 AM | Show all posts
di hari Jumaat mulia dan barakah ni, meols doakan agar pakcik ni diberikan rezeki dan dipermudahkan urusan utk beribadah di usia sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:47 AM | Show all posts
tuan rumah pun, takkan la tak ada hati perut.. dah sewakan atok ni 250, tolong la baiki atap bocor
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 8-11-2019 08:53 AM
kalau ye pon anak2 tak jaga takkan tak hulur duit? tapi pakcik ni mmg nampak sihat walaupon umur 85. ...

Tgk la umur PM kita bp, so rakyat pun ikut le sama2 sihat. Ayah ak pun Alhamdulillah umur 77 boleh lg bwk kete, jln x bongkok lg. So hari2 ak bertekak dgn dia, biar x nyanyuk gitu. Bg ak ada org berborak2 ni bagusla.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana anak anak ni...x balik balik ke..bumbung rumah ayah pun tak dpt nk tolong repair..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.462968 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list