CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3078|Reply: 30

[Tempatan] Tragedi Bas Merempuh : Seorang Maut & Beberapa Orang Cedera Dirempuh

[Copy link]
Post time 8-11-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dewi Nur Harasha Alias, Astro Awani |  Published November 07, 2019 22:15 MYT

Bas berkenaan juga kemudiannya merempuh pagar dan sebuah rumah yang terletak bersebelahan simpang empat itu. - Foto ihsan pembaca/media sosial

BAYAN LEPAS: : Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle di Bayan Lepas, Pulau Pinang petang Khamis.

Difahamkan sebuah bas yang datang dari arah Persiaran Kelicap hilang kawalan selepas melalui simpang  berkenaan merempuh motosikal sebelum merempuh sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A. A Anbalagan berkata, penunggang motosikal berusia dalam lingkungan 20-an itu maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

Bas berkenaan juga kemudiannya merempuh pagar dan sebuah rumah yang terletak bersebelahan simpang empat itu.

Anbalagan berkata, setakat ini seorang pemandu kereta dan penumpang yang turut cedera dalam kejadian itu, telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemandu bas terbabit pula mengalami kecederaan ringan dan kini ditahan untuk membantu siasatan.

Anbalagan berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2019 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Mangsa maut adalah pelajar, penghantar makanan

Shamsul Munir Safini

Bas yang merempuh mangsa tersadai selepas melanggar tembok batu rumah di persimpangan Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas petang semalam. Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
PENUNGGANG motosikal yang maut dirempuh bas dalam kemalangan di persimpangan Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas petang semalam, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara dan bekerja separuh masa di sebuah restoran makanan segera.

Mangsa, Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16, dikatakan bekerja sebagai penghantar makanan restoran makanan segera berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghantar pesanan pizza pelanggannya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum bas dipandu lelaki berusia 49 tahun merempuh dan menggilisnya.

Kejadian pada 6.30 petang itu turut membabitkan sebuah lagi motosikal dan dua kereta.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, seorang pemandu kereta dan dua anaknya yang menaiki kereta Suzuki Swift turut cedera dalam kejadian itu.

“Mereka diberi bantuan sejurus kejadian oleh pihak berkuasa dan wanita serta dua anaknya dibawa ke hospital,” katanya.

Menurut Anbalagan, berdasarkan maklumat awal didapati bas berkenaan yang datang dari arah Persiaran Kelicap ke Bayan Lepas pada mulanya bergesel dengan sebuah kereta yang parkir di tepi jalan sebelum melanggar Suzuki Swift terbabit yang sedang membelok ke kanan.

“Selepas itu, bas yang dipercayai gagal dikawal melanggar sebuah lagi motosikal parkir di bahu jalan sebelum ke lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hasyim.

“Sebaik sampai di persimpangan itu, bas terbabit melanggar motosikal mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum merempuh tembok batu pagar perumahan berdekatan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis dipercayai bas berkenaan hilang kawalan disebabkan masalah brek dan pemandunya kini ditahan dan akan menjalani ujian saringan awal air kencing.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 12:43 AM
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirajion


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 8-11-2019 07:31 AM
Mangsa maut adalah pelajar, penghantar makanan

Shamsul Munir Safini

Innalillah.. sian mak ayah budak nii.. muda muda lg pandai cari duit
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:28 AM | Show all posts


harap sykt bus bayar ganti rugi/pampasan kpd mangsa yang terbunuh.

1. Duit urus jenazah
2. Duit pampasan kpd ibubapa mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit pampasan jgn ciput je..sian budak rajin maybe harapan mak ayah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya budak tgh part time jd mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
arwah yg part time tu layak dpt tak socso ke insuran epf ke apa2 sebab kemalangan semasa kerja kan.. at least dapat ringankan beban keluarga.. muda2 dah pandai cari duit.. sayang budak2 gini yang pergi awal
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt ank kwn aku dah td
Dia pun buat part time hantar pizza
Nasib la dia dah 17, so bukan tp tetap nak ucapkan salam takziah pada semua keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:13 AM | Show all posts
tgk cam bas persiaran je...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah pada yg meninggal..
camni lah biasanya excident..ujung2 yg melanggar terselamat..
malang tak berbau..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:16 AM | Show all posts
kesian nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ashk4nn replied at 8-11-2019 09:09 AM
arwah yg part time tu layak dpt tak socso ke insuran epf ke apa2 sebab kemalangan semasa kerja kan.. ...

Xlayak rsnya..sbb leje sambilan kan..tmbh Msia ni bkn aware psl contract..tmbh klu bdk ni xde lesen.

Takziah utk keluarga. Sedih sebab kehilangan anak muda yg struggle cr rezeki halal. Mungkin utk lepas belanja dia. Sesungguhnya ni keje yg baik. Bukan xbermaruah mcm kata pensyarah universiti tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:10 AM | Show all posts
aduhai... kesiannya anak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:24 AM | Show all posts
Macam aksi dalam filem, takziah buat keluarga mangsa moga dapat pampasan sewajarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada dpt WA org felwd...arwah adik badik 7 org dia anak sulung ..nk bantu mak ayah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:43 AM | Show all posts
kesian adik tu jadi rider pizza..
innalillah wainna ilaihi rojiun
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:56 AM | Show all posts
ramainya adik beradik. kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ashk4nn replied at 8-11-2019 09:09 AM
arwah yg part time tu layak dpt tak socso ke insuran epf ke apa2 sebab kemalangan semasa kerja kan.. ...

Blh dpt ke..sedangkan umur dia blm cukup lg..budak sekolah lg pulak tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064346 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list