CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3244|Reply: 22

[Dunia] Staff pakai helmet dalam pejabat. Dah report supervisor tapi tak ada tindakan. M

[Copy link]
Post time 8-11-2019 07:26 AM | Show all posts |Read mode
Pakai helmet dalam pejabat
8 November 2019


Kakitangan jabatan terbabit terpaksa memakai helmet ketika bekerja.

Banda - Gambar sekumpulan pekerja terpaksa memakai topi keledar dalam sebuah pejabat kerajaan di Uttar Pradesh di India menjadi tular di media sosial.

Kesemuanya merupakan kakitangan jabatan elektrik di daerah Banda bertindak sedemikian sebagai langkah keselamatan berikutan pejabat mereka terletak dalam sebuah bangunan usang dengan bumbung premis itu dilaporkan berlubang.

Selain itu, turut terdapat tiang di tengah bilik terbabit yang berfungsi sebagai 'pemegang' siling untuk mengelakkan ia runtuh.

"Kami perlu pakai helmet untuk melindungi diri masing-masing jika berlaku kejadian tidak diingini secara tiba-tiba. Kami ada maklumkan kepada pegawai atasan tentang keadaan bangunan itu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Mungkin mereka mahu tunggu salah seorang daripada kami terbunuh baru usaha membaik pulih dimulakan," kata salah seorang pekerja.

Menurutnya, kesemua pekerja terbabit juga perlu membawa payung jika musim hujan berikutan bumbung bocor.

Bukan hanya keadaan pejabat itu yang usang, perabot yang disediakan juga sangat daif berikutan tiada laci atau almari disediakan untuk menyimpan dokumen atau fail, malah kesemua dokumen itu hanya ditempatkan di dalam kotak kadbod. - Agensi


Keadaan pejabat kerajaan itu yang sangat usang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 09:15 AM | Show all posts
takde audit ke tiap2 tahun??
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:18 AM | Show all posts
pejabat kerajaan dah mcm ni .. macam mana pulak rupa rumah rakyat ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:18 AM | Show all posts
x leh pakai safety helmet ke??? helmet moto berat doh... sakit tengkok weh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:41 AM | Show all posts
ni aku rasa org atas deal ngan kontraktor, tipu atas angin je. duit masuk kocek pegawai
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:52 AM | Show all posts
India ni bising banyak pasal orang lain. Pejabat Kerajaan pon diaorang takleh nak maintain dok hingaq pasal hal lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2019 10:09 AM | Show all posts
Ya ampun pejabat kerajaan pun
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:29 AM | Show all posts
unik sbb helmet moto
pakai safety helmet dah bole
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 10:35 AM | Show all posts
Aku pernah pi Pelabuhan dia .. Main office memang berul2 cantik, batu2 bangunan tu cantik betul (tinggalan British) .. pejabat CEO dia pon ok.. Tapi, pejabat executive operations dia memang agak buruk .. kerusi meja kayu macam zaman2 aku sekolah rendah dulu (80s) .. cabinet2 pon ala2 je, ada yang kopak2 ..

So, bersyukur lah dengan office aku sekarang ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpanas ke
Daifnya la hai
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:41 AM | Show all posts
teruknya pejabat.. dah macam rumah usang orang2 tua tinggal sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:52 AM | Show all posts
Masyallah... dah serupa bengkel kayu akak tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:34 AM | Show all posts
Betul tu dah macam sawmill je keadaanya.  Panas kepam ler kepala masing2 nak kena berhelmat berjam2 setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:40 AM | Show all posts
kalau cakap mau kena menjerit ni.. telinga dah tertutup dengan helmet
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:41 AM | Show all posts
yang full-face tu macamana nak minum air ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:43 AM | Show all posts
nampak la kat situ negara paling termiskin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ini, staff yg utamakan keselamatan, majikan buat tak endah. Kat sini, majikan provide segala PPE, safety procedures, SOP, staff buat bangang ja, siap confident takkan jadi apa apa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 02:29 PM | Show all posts
pejabat kerajaan tapi nmpk mcm bengkel pertukangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 06:52 PM | Show all posts


mintak mahap acik tergelak tengok gambar....

pakai helmet, pegang payung
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 07:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076786 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list