View: 2690|Reply: 17
|
[Tempatan]
PRK Tg Piai. Makanan Bugis, burasak dan lepat loi laku keras
[Copy link]
|
|
Burasak dan lepat loi laku keras
8 November 2019
PONTIAN - Makanan tradisi masyarakat Bugis, burasak dan lepat loi menerima permintaan luar biasa daripada pengunjung yang datang ke daerah ini ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai sejak dua minggu lalu.
Tidak sukar untuk mencari burasak kerana terdapat banyak kedai dan restoran menjual hidangan tradisi itu antaranya restoran Burasak Abah di Taman Utama Pekan Nanas di sini.
Pemiliknya, Ismail Ibrahim, 59, berkata, dianggarkan 200 keping burasak dan lepat loi mampu dijual sehari ketika musim PRK Tanjung Piai berbanding hari biasa yang hanya sekitar 20 hingga 50 keping.
Menurutnya, burasak dan lepat loi enak dimakan bersama asam pedas ikan parang, serunding dan rendang daging.
Burasak hidangan tradisi masyarakat Bugis laku ketika PRK Tanjung Piai.
"Memang ramai orang luar yang datang nak makan burasak dan lepat loi. Masing-masing teruja hendak rasa hidangan masyarakat Bugis yang hanya ada di Pontian.
"Sekali rasa burasak dan lepat loi memang tak nak berhenti. Semua kata sedap dan ada 'kick' makan dengan asam pedas ikan parang," katanya.
Katanya, restoran Burasak Abah menjadi tumpuan pemimpin parti politik termasuk Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya tidak kira siapa dan mereka daripada parti politik mana. Semua yang datang saya sambut dengan senyuman dan berikan mereka rasa burasak dan lepat loi," katanya.
Ismail berkata, dia dan isteri, Sainah Nurong, 58, membuat sendiri burasak dan lepat loi menggunakan resipi turun temurun keluarganya.
"Burasak diperbuat daripada beras manakala lepat loi daripada pulut. Cara memasak sama seperti nasi lemak tetapi perlu dibalut dengan daun pisang kemudiannya direbus selama lapan jam," katanya.
Menurutnya, dia bersyukur dengan rezeki yang diterima ketika musim PRK Parlimen Tanjung Piai dan berharap agar keamanan dan kemakmuran masyarakat di Tanjung Piai dikekalkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yummy burasak |
|
|
|
|
|
|
|
rase mcm lontong bungkus daun pisang.aroma daun pisang muda yg wangi. hidangan hari raya yg mesti ada bg orang bugis |
|
|
|
|
|
|
|
Najib kn bugis, haruslah dia g mkn burasak. Yup org berbisnes, sentimen politik harus diketepi. |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan Bugis is the Best....sebab makanan orang duduk Atas kapal....makan Tak sakit perut |
|
|
|
|
|
|
|
Burasak Dan Lepat Loi boleh bertahan sampai 7 Hari...tanpa disimpan dlm peti sejuk.
Sebab tu Bugis boleh duduk Atas kapal lama.....
Diorg makan dengan Bejabuk....Bejabuk ni macam serunding...berbulan boleh tahan lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Org bugis mmg ramai kat Malaysia tapi takde satu pun makanan diorang yg terkenal. Makanan asal Indon yg terkenal kat sini byk dari jawa dan minang je. |
|
|
|
|
|
|
|
nobito replied at 9-11-2019 05:40 PM
Burasak Dan Lepat Loi boleh bertahan sampai 7 Hari...tanpa disimpan dlm peti sejuk.
Sebab tu Bug ...
Serunding kelapa,telur kicap,ayam masak likuk,nesemeti ikan parang mesti Ada time Raya org bugis. |
|
|
|
|
|
|
|
Austronesian replied at 9-11-2019 06:13 PM
Org bugis mmg ramai kat Malaysia tapi takde satu pun makanan diorang yg terkenal. Makanan asal Indon ...
Bugis rata2 jarang jual Warisan keluarga mereka sembarangan gitchew....so ko takkan jumpa Masakan Bugis di kedai2 makan biasa.
Authentic gitu.
Sebab tu resepi Bugis sangat berharga Dan Tak boleh diubahsuai....cuba2 lah belajar guna resepi YG betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cicisweets replied at 9-11-2019 06:19 PM
Serunding kelapa,telur kicap,ayam masak likuk,nesemeti ikan parang mesti Ada time Raya org bugis.
Ye serunding Kelapa....boleh guna Udang atau Ikan.
Lain2 masakan
Nasu Liku
Nasu Metti
Nasu Palekko
Manu Nasu Cenggoreng
Nasu Puteh
Katirisala
Barongko
Sekaporo
Coto Makassar
Dan banyak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Burasak dan Lepat Loi kalau nak tahan lama mesti dikukus dahulu.
Tujuan kukus untuk bunuh semua bakteria kulat etc YG boleh rosakkan makanan tu.
Sebab tu time Hari Raya diorg hidangkan Burasak Dan Lepat Loi sebab masak sekali je....tapi boleh hidang sampai seminggu. |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 9-11-2019 04:42 PM
rase mcm lontong bungkus daun pisang.aroma daun pisang muda yg wangi. hidangan hari raya yg mesti a ...
Lontong lain la....lontong Tak kukus
Burasak dan Lepat Loi ni half cook sebelum dibungkus Dan direbus 8 jam |
|
|
|
|
|
|
|
Kampung aku panggil pulut pasung...tiap2 hari raya buat benda ni |
|
|
|
|
|
|
|
nobito replied at 9-11-2019 06:58 PM
Burasak dan Lepat Loi kalau nak tahan lama mesti dikukus dahulu.
Tujuan kukus untuk bunuh semua b ...
Nampak sedap..kat mana nak cari kedai jual burasak kat selangor... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nobito at 9-11-2019 08:06 PM
jas7512 replied at 9-11-2019 07:36 PM
Nampak sedap..kat mana nak cari kedai jual burasak kat selangor...
Waktu pagi banyak jual kat Bukit Tinggi Klang, Bugis Sabah Jual
Kat Shah Alam pun Ada...Rumah Ketupat...Signature dish Nasu Metti dan Burasak
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
nobito replied at 9-11-2019 07:51 PM
Waktu pagi banyak jual kat Bukit Tinggi Klang, Bugis Sabah Jual
Kat Shah Alam pun Ada...Rumah ...
Thanks..nanti nak cari...tq2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|