CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10302|Reply: 173

[Tempatan] Pelajar tahfiz maut dipukul

[Copy link]
Post time 8-11-2019 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 9-11-2019 04:54 AM

PELAJAR lelaki di sebuah maahad tahfiz meninggal dunia dipercayai dipukul rakannya dalam kejadian di Lanchang, di Temerloh, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa berusia tujuh tahun ditemui dalam keadaan lemah oleh warden wanita sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan tidak lama kemudian.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada badan mangsa

“Sehubungan itu, kita menahan tiga rakan mangsa yang juga pelajar maahad yang berusia 13 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya, hari ini.

Othman berkata, maahad berkenaan hanya mempunyai empat pelajar sahaja termasuk mangsa dan ia mula beroperasi sejak Januari lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mula belajar di maahad berkenaan pada pertengahan Oktober lalu bersama abang tirinya.

Katanya, siasatan juga mendapati maahad berkenaan beroperasi tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Maahad itu hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar yang juga suami kepada warden wanita berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan bedah siasat akan dilakukan pada hari ini.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 November 2019 @ 9:15 A

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
tak payah la nak mahaad mahaad ni kalau gini rupa dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak marah kafir kutuk Islam, tpi perlakuan Kita sendri pon dah merendahkan agama. Tempat menuntut ilmu agama pon mcam ni taraf nya, bila hafal sekadar hafal tpi xde pemahaman dan penghayatan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Musim budak tahfiz mendonia
Senang la keje antara 3 orang tu ja sapa pya angkara
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Di usia 7 tahun arwah dah diserah ke orang yang tidak dikenali. Apa yang difikirkan oleh keluarga mangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua sebab mak bapak nak anak jadi asbab mereka masuk syurga juga. Tapi betul lah, budak yang meninggal tu masuk syurga, baru 7 tahun..belum mumaiyiz lagi. Tapi mak bapak senang je kan hantar anak 7 tahun ke pusat tahfiz kononnya.

N bila orang kutuk mak pak ni, mak pak pro tahfiz ni marah sebab seolah-olah orang lain judgemental terhadap diorang.

N pusat tahfiz hanya 4 orang student? Apa jadah?

Innalillah untuk anak yang meninggal tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2019 10:39 AM | Show all posts
pelajar lelaki ke perempuan? wardennya perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru 13 tahun dh belasah budak smp mati.. Menyeramkan eh budak2 skrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
hawk77 replied at 8-11-2019 10:39 AM
pelajar lelaki ke perempuan? wardennya perempuan...

Lelaki rasanya baca news tadi. Yang mengajar kat tahfiz tu, suami warden tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:50 AM | Show all posts
tahfiz lanchang lg

3,4 bulan lepas cousin aku refer satu kes liwat di tahfiz
lanchang jugak

siap dah jd macam pesta sex pulak dia aku cakap
punca nya dr OSTAT la yg mengajar semua tu
sial tak?

mana la lagi nak diharap kalo macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:53 AM | Show all posts
umo 7 dah kena anto dok asrama, kesiannya
wa dulu umo baya tu masih lagi arwah nenek mandikan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:53 AM | Show all posts
4 pelajar termasuk abg tiri
1 meninggal
3 ditahan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:56 AM | Show all posts
Edited by DARSITA at 7-11-2019 06:57 PM

Suka suki jer beruk mat yeh laki bini buka pusat tahfiz ya. Denda penjara sebab menyebabkan kematian. Kasi tutup itu sekolah jugak.

3 ekor anak setan itu elok hantar Sek Henry Gurney.

Ni mesti kes abang tiri jeles dgn adik tiri.


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:00 AM | Show all posts
makpak nya, kalau anak setan jangan dihantar ke tahfiz ya untuk berubah....makpak kena hantar anak tu pegi Henry Gurney.....ni anak setan bagi dkt pusat tahfiz, makin galak setannya sebab panas dibacakan surah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:07 AM | Show all posts
pejabat agama belah sana tak aktif,

tak kawal selia, tak amik tindakan,

pusat tahfiz tu bagus, tapi dorg buka tnpa ada kewangan, main minta derma, alasan pesan org tua wakafkn tanah la,

tapi serba kekurangan, bangunan takde  cf, kakitangan tak cukup, pstu minta derma

sedih sgt tgk, nampak mcm org islam disini mcm peminta sedekah,
kehulu hilir minta derma, patutnya kalu mampu buat pusat tahfiz tu, buatla btul2, kalu tak mampu jgn buat

jabatan agama lembik , nak tunggu anak org mati, baru nk respon tu takde pengiktirafan, abistu ko tak halang, haramkan pehal?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sedihnya. ...apa nak jadi sekolah agama ni...

Anak aku pun x dihantar ke sekolah petang (agama )..hanya sekolah pagi...tapi tetap menjadi. .X tinggal solat berjemaah. .x melawan ibu bapa. ..dan boleh baca Quran. ..cuma beliau bukan hebat mana lah jadi hafiz boleh menghafal AlQuran tapi sentiasa baca Quran selepas solat fardu. ..amponnn jgn kecam.akak sebab pelik tengok ibu bapa sanggup berpisah dengan anak2 dari kecik semata untuk ke sekolah agama ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 11:17 AM | Show all posts
noor2 replied at 7-11-2019 07:13 PM
Ya Allah sedihnya. ...apa nak jadi sekolah agama ni...

Anak aku pun x dihantar ke sekolah petang  ...



Setengah orang Melayu ni jenis tak sayang darah daging sendiri. Mungkin senang dpt anak kot? hilang satu boleh buat lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 8-11-2019 11:17 AM
Setengah orang Melayu ni jenis tak sayang darah daging sendiri. Mungkin senang dpt anak kot? h ...

Macam dah jadi budaya sesetengah orang kita ni Dar. ....

Tapi sedih banyak kes yang x elok di sekolah berasrama agama ni.....baik dari kalangan guru mahu pun murid. ...imej islam tercalar. ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:20 AM | Show all posts
student 4 orang je?
cam mana dorang urus kos operasi?
suruh budak-budak mintak derma ka?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:21 AM | Show all posts
Kes yang lebih kurang sama terus berulang tah berapa ramai lagi nak jadi mangsa lepas ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.319145 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list