View: 1394|Reply: 12
|
[Dunia]
Merokok membahayakan keselamatan
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 8-11-2019 02:50 PM
Lelaki dibakar kerana tidak beri kawan rokok
INDONESIA - Berang rakannya tidak memberikan rokok, dua lelaki tergamak memukul dan menyimbah petrol sebelum membakar rakannya itu dalam kejadian di Semarang di sini baru- baru ini.
Jurucakap polis Semarang, Warijan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Widodo, 40 yang dalam perjalanan pergi ke tempat kerjanya sebelum terserempak dengan dua rakannya, Suka Adi, 27, dan Bayu Angga, 27.
Menurutnya, dua rakannya itu meminta rokok daripada mangsa namun dia tidak mempunyai rokok ketika itu kerana sudah habis dan Suka mengarahkan mangsa ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli rokok di situ
"Namun kedai tersebut tutup dan Widodo kembali berjumpa rakannya itu memberitahu bahawa premis tersebut belum dibuka lagi.
"Berang akibat tidak mendapat rokok, Suka memukul Widodo di kepala dan menyimbahnya dengan petrol sebelum Bayu menyalakan api menyebabkan seluruh badan mangsa terbakar.
"Widodo menjerit kesakitan namun dia sempat berlari dan terjun ke dalam sungai berhampiran untuk menyelamatkan dirinya,".Lapor Tribun news memetik sumber.
Dalam pada itu, Warijan berkata, Widodo mengalami kecederaan serius dan telah menerima rawatan di samping sudah dibenarkan pulang dari hospital.
"Selepas mangsa keluar dari hospital, dia telah membuat laporan polis dan kita segera menahan kedua-dua suspek tersebut.
“Suspek didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan dan berdepan hukuman penjara sembilan tahun,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kurex at 8-11-2019 03:28 PM
wowwww tak terkejut dgn leluhur ni dan leluhur tu yg suka bakar bakar..
sesungguhnya IND hampir sama |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak..umur 40 tahun kena buli dgn yg muda umur 27. kenapa baik sgt x melawan..
yg 2 ekor musibat tu pulak ada duit beli petrol, beli rokok pow org |
|
|
|
|
|
|
|
Boomi.. Cuba tukar.. Lelaki dibakar kerana rokok.. Tajuk skrg mcm tak menarik. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-11-2019 03:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 8-11-2019 03:43 PM
Boomi.. Cuba tukar.. Lelaki dibakar kerana rokok.. Tajuk skrg mcm tak menarik.
Mcm suratkabar sangat tajuk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 8-11-2019 03:59 PM
Mcm suratkabar sangat tajuk tu..
Hanya di Indonesia.. Lelaki terbakar kerana rokok |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan saja mengacam kesihatan tapi boleh mengakibatkan hilang nyawa nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
TT kena tukar headline.. Mati dek rokok
Pelik kot 40 bole kena buli macam tu... Adakah mangsa oku?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 8-11-2019 03:25 PM
wowwww tak terkejut dgn leluhur ni dan leluhur tu yg suka bakar bakar..
sesungguhnya IND hampir sa ...
Hahahhahahhahahhahhahahahhhahahhahhahahhahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 8-11-2019 03:25 PM
wowwww tak terkejut dgn leluhur ni dan leluhur tu yg suka bakar bakar..
sesungguhnya IND hampir sa ...
janji nama gue ori indo...kihkihkih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kakalongmu replied at 8-11-2019 07:29 PM
TT kena tukar headline.. Mati dek rokok
Pelik kot 40 bole kena buli macam tu... Adakah mangsa ...
Tak mati lah kakalong.....
Yg nk mati nya tu har...MN nusaraya |
|
|
|
|
|
|
| |
|