CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 6

[Tempatan] Biro MCA: Ramai bunuh diri tak tahan tekanan along kutip hutang. Dulunya hidup m

  [Copy link]
Post time 8-11-2019 04:08 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh diri tak tahan diburu along
       

JOHOR: Beberapa kes bunuh diri yang berlaku di negeri ini sejak tahun lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan tekanan dihadapi mangsa akibat diburu along.

Ketua Biro Aduan MCA Johor, Michael Tay Chee Boon, berkata pemerhatiannya mendapati segelintir mangsa kes bunuh diri pernah cuba mendapatkan nasihat pihaknya selepas tidak mampu membayar hutang dengan along sebelum ini.

“Kita bantu ramai orang yang hadapi masalah ini melalui beberapa cara termasuk rundingan semula dengan along terbabit mengenai jadual pembayaran hutang mereka.

“Ada peminjam yang berjaya membebaskan diri daripada hutang along, namun ada juga yang gagal dan kehilangan segala-galanya termasuk kerja dan keluarga.

“Kita dapati, beberapa orang mengambil tindakan melampau dengan membunuh diri kerana tidak sanggup diburu along selain berasa kehidupan mereka tidak lagi bermakna,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai statistik tepat mengenai bilangan mangsa yang membunuh diri kerana tidak semua kes dimaklumkan kepada mereka oleh ahli keluarga.

Katanya, secara keseluruhan pihaknya menerima 80 aduan kes berkaitan along sejak Januari hingga Oktober lalu, berbanding 40 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, peningkatan 50 peratus itu sebahagiannya dipercayai berpunca daripada peminjam yang sebelum ini bekerja di Singapura kehilangan kerja akibat penutupan syarikat di republik berkenaan.

“Sebelum ini mereka mendapat gaji besar dan hidup mewah, selepas tidak bekerja, mereka masih perlu meneruskan pembayaran komitmen yang sama seperti sebelumnya termasuk ansuran kereta dan rumah.

“Ada antara mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam daripada along, namun tidak mampu membayar semula menyebabkan hidup mereka semakin tertekan diburu dan diganggu ceti haram itu,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelak meminjam daripada along kerana syarat bayaran yang ditetapkan tidak munasabah selain golongan itu kerap menggunakan cara ganas dan menyalahi undang-undang untuk mengutip hutang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 06:13 PM | Show all posts
Bagus. Makin kurang cina kaum pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:42 PM | Show all posts
cina babi ke

gi jahnam la

lg ramai mampos lg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan la pinjam ahlong, live within your means....kalau mampu pakai keta Saga jer pakai la, kalau tak mampu naik motor jer la. Hidup ni tak perlu impress orang keliling. Masyarakat pun kalau nampak orang tu dah jadi susah ker miskin ker jangan la mencemuh or rasa gembira, bantu2 la mana yg mampu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
DAPee replied at 8-11-2019 08:43 PM
@pyropura

takyah la tag.. dah masuk gua dah hahs
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2019 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm.. Kenape tak lupus je along2 tu.. Kebal sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.057409 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list