CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6201|Reply: 51

"Tidurlah Sayang Ummi Rehat Sepuas-puasnya" - Coretan Ibu Muhammad Sai

[Copy link]
Post time 8-11-2019 06:37 PM | Show all posts |Read mode
“Sepanjang hayatnya tidak pernah sikit pun arwah susahkan kami, bahkan dia suka berdikari, mencari wang sendiri jika mahukan sesuatu."


Begitulah yang dikatakan oleh ibu kepada Muhammad Saifullah Mohammad Hafeiz, 16 yang meninggal dunia akibat dirempuh bas di Bayan Lepas, semalam.


Memetik laporan Harian Metro, Siti Hajar Ghazali, 38 berkata dia dan suaminya terkejut selepas menerima berita nahas itu.


"Saya pelik sebab selalunya dia kalau hendak keluar, pasti akan salam saya dulu tetapi semalam dia keluar begitu sahaja tanpa memaklumkan apa-apa.


Kredit foto: Sinar Harian




“Tidak lama selepas itu, saya dapat panggilan memaklumkan kemalangan itu. Sedih dan sukarnya saya menerima berita itu,” katanya.


Katanya lagi, meskipun masih bersekolah namun anaknya itu suka melakukan pelbagai kerja kerana tak mahu susahkan dia dan suaminya.


“Dia masih bersekolah, tetapi dari dulu dia jenis tidak suka duduk diam dan akan membuat kerja-kerja sambilan untuk mengumpul duit demi masa depannya.

“Malah, dia beritahu dia tidak mahu susahkan saya dan ayahnya, jadi apa sahaja dia nak, dia yang akan berusaha sendiri,” katanya.


Dalam pada itu, status Siti Hajar menerusi laman Facebook begitu mengundang sebak.


“Perginya putera sulung ummi, Muhammad Saifullah kepada Penciptanya. Terima kasih jadi anak yang baik untuk ummi. Jadi sahabat ummi. Walaupun ada masa Chaq tak larat tetap buat apa yang ummi suruh.

“Tidurlah sayang ummi rehat sepuas-puasnya. Tunggu ummi, abah dengan adik dekat sana. Ummi reda dengan ketentuan ALLAH.

“ALLAH pinjamkan Chaq kat ummi sekejap sahaja. 16 tahun lima bulan," luahnya.


Terdahulu, sebuah bas persiaran dari arah Persiaran Kelicap ke bayan Lepas dikatakan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta dan merempuh sebuah lagi kereta.


Bas itu kemudiannya merempuh motosikal yang diletakkan di tepi jalan dan juga motosikal Muhammad saifullah yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 06:46 PM | Show all posts
Kucing  ko bela dilanggar org pun ko meraung inikan anak ko.

Rindu ,dugaan berat utk makcik ni.

Takziah.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Driver kelly peria yg positif dadah & takde lesen. bawa bus, keta & kotor semua tak semenggah. elok bawa basikal sajalah puak ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga pihak atasan tak bias dalam kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca status mak dia pun aku menangis ..berat sungguh ujian utk mak bapa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas kilang yg warna biru tu seram. Kemain laju potong kalau bawak.. dahler cermin hitam.. aku syak driver kelly
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2019 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga rohnya tenang di sana
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:05 PM | Show all posts
ni kalau terlepas, mmg ajaib lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah sedihnya.. Moga ibu arwah n keluarga diberi kekuatan n ketabahan ats kehilangan ank tersayang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:55 PM | Show all posts
Betara_Indera replied at 8-11-2019 08:05 PM
ni kalau terlepas, mmg ajaib lah

takkan terlepas punya. Duduk mereput lah dlm jel.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga...
Iolss pun ada 2 saudara dekat yg 'hilang' anak masa umur baya2 arwah ni.
Dedua tu anak sulung n lelaki. Dedua pun meninggal sbb accident.
Yg sorg tu agak lama kawin baru dapat anak. Anak dia meninggal sebulan dua sebelum puasa. Masa Raya tahun tu ktorg jumpa dia, dia still sedih lagi. Mata pun sembab. Dah lamaaa baru dia OK sikit.

Yg lagi sorang anak 2 org. Sorang laki, sorang pompuan. Meninggal lepas raya haritu. Anak dia ni suka makan ayam. Sehari lepas kebumi ank dia tu, dia bagi ayam yg dlm fridge kt mak dia. Dia ckp dia tak boleh tgk. Mesti terigt anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 8-11-2019 08:56 PM
Takziah buat keluarga...
Iolss pun ada 2 saudara dekat yg 'hilang' anak masa umur baya2 arwah ni.
...

Teringat juga..
Tahun 2004,anak buah i pun meninggal eksiden masa umur 18 tahun..
Dia pun anak lelaki sulung, yg sangat baik.. Anak yg boleh diharap. Masa tu adik bongsu dia umur 2tahun manja gila ngan dia..
Hari nk kebumi tu, ramai dtg jumpa kakak i ucap takziah sambil puji2 kebaikan arwah masa hayat nya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 8-11-2019 09:14 PM
Teringat juga..
Tahun 2004,anak buah i pun meninggal eksiden masa umur 18 tahun..
Dia pun anak  ...

Takziah sis..
Samalah macam arwah sedara iolss ni. Masa kebumi tu ramai kawan dia yg dtg. Dorg ramai2 turun kan jenazah ke dlm liang lahad.

Arwah ni tggl depan rumah nenek dia (mak long iolss). Masa arwah ni ada, mak long iolss klu nak mntk tlg apa2 mmg mntk tlg dgn arwah ni la. Mak n pak sedara arwah ni pun, boleh kata sume la menangis masa dorg kafan kan arwah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 8-11-2019 08:56 PM
Takziah buat keluarga...
Iolss pun ada 2 saudara dekat yg 'hilang' anak masa umur baya2 arwah ni.
...

Sedihnya baca cerita u.

Kt forum ni, ank org meninggal pun org buat main. I doakan org mcm tu, rase apa yg kami rase.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 8-11-2019 10:05 PM
Sedihnya baca cerita u.  

Kt forum ni, ank org meninggal pun org buat main. I doakan org mcm  ...

Iolss belum ada anak Mod..
Tapi mak iolss baby sit anak org n ada sorang bdk ni mmg manja dgn ktorg. Kalau dia tk dtg sunyi rumah. Ktorg pun selalu je sebut pasal dia klu borak2 dgn sedara mara.

Ni baru anak orang tay. Tak tau la klu parents yg dh 'hilang' anak. Macam mana lah perasaan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kite hidup ni akan sampai satu masa merasa juga kehilangan orang tersayang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 8-11-2019 08:56 PM
Takziah buat keluarga...
Iolss pun ada 2 saudara dekat yg 'hilang' anak masa umur baya2 arwah ni.
...

Bukan sahaja anak meninggal ko xleh tgk mknn kegemaran (ayam)...

Aku ni anak masuk asrama yg suka mkn asam pedas pun..aku takkan masak asam pedas selagi dia x balik cuti..xleh masak, sedih sebak teringat anak x dpt mkn

Yg sorang lg suka minum teh hijau..habis aku sorok teh hijau..sayu teringat anak jauh

Takziah acik yg hilang anak dlm accident ni, betapalah pentingnya meneruskan kempen jauhi dadah. Dadah musuh negara.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat umminya. Dalam berita tadi ada tunjuk keadaan tempat kejadian. Mujur jasad arwah sudah ditutup dengan kain. Semoga umminya kuat menghadapi ujian ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabahlah ummi. Ujian yg sgt berat. Redha tu akan dtg sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal2 je kena langgar walaupun berhenti kt lampu isyarat. Kesiannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.349944 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list