CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1103|Reply: 4

[Tempatan] Ayat cover line: Menteri/Timbalan tak competent dikata penjawat awam tak biasa s

  [Copy link]
Post time 9-11-2019 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin akui penjawat awam belum biasa dengan PH
Dikemaskini Hari ini 4:03 petang

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui bahawa penjawat awam belum biasa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Kata Muhyiddin, selepas 61 tahun pemerintahan BN, penjawat awam telah terbiasa dengan cara tertentu dalam melaksanakan tugas.

Justeru, katanya, ia memerlukan masa.

"Satu setengah tahun ini, masih terlalu awal untuk warm up, memahami (dasar PH), biasa dengan sistem, dan lain-lain," kata Muhyiddin pada sidang akhbar di Pontian, Johor hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai respons kepada laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata bahawa masih ada penentangan dalam kalangan penjawat awam terhadap PH.

Ini kerana sesetengah orang masih tidak yakin bahawa kerajaan PH akan bertahan melebihi satu penggal.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penjawat awam bagimapaun perlu memberi kerjasama dengan kerajaan semasa kerana tugas mereka adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada daulah terpendam (deep state) mempunyai kaitan hubungan antara negeri yang dalam dengan penangkapan 12 individu termasuk dua Adun DAP yang didakwa mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bagaimanapun, Muhyiddin menafikan tanggapan itu dan berkata beliau telah menjelaskan situasi sebenar kepada DAP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2019 06:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 07:01 PM | Show all posts
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata penjawat awam bagaimanapaun perlu memberi kerjasama dengan kerajaan semasa kerana tugas mereka adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.


Rakyat... bukan parti memerintah. But then again, nama pun pegawai kerajaan kan. Tp bukan ke dulu korang jgk yang ckp, peg kerajaan x semestinye sokong parti pemerintah. Ke mende tu terpakai mase korang bukan kerajaan je. Aku konpius ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bohsan aku dgr nama dia ni.. apa fungsi pn tatu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 9-11-2019 07:01 PM
Rakyat... bukan parti memerintah. But then again, nama pun pegawai kerajaan kan. Tp bukan ke dul ...

Kau ni bodoh ke apa. Bab mengundi mmg la bebas tapi kalau dah kerja kerajaan kena la follow sop kerajaaan. Apa kaitan sokongab parti dengan hal ehwal kerja??? Otak bodoh tak boleh fikir benda simple
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.095936 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list