Sambutan perarakan Maulidur Rasul bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sememangnyasaban tahun diadkan diseluruh negara.
Sejak pagi tadi, pelbagai foto-foto menarik berjaya dirakam lensa kamera yang memperlihatkan situasi meriah perarakan tersebut. Lebih diingati para peserta perarakan yang beragama Islam disesetengah negeri telah mengenakan pakaian etnik mereka dan turut sama terlibat berjalan kaki serta berselawat.
Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang cuba menaikan sentimen perkauman dengan mengadakan provokasi terhadap acara tersebut.
Keterangan pada gambar itu ditulis ‘cubaan provokasi ketika sambutan Maulidur Rasul yang berjaya dibendung oleh anggota trafik bertugas.’ Kejadian didakwa berlaku di Melaka ketika peserta perarakan sedang menuju ke Dataran MAIM pagi tadi. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden berkenaan.
|